Ahad, 9 Jun 2013

Kenapa Saya Beli Emas?

Kalau dah kerja... kiranya mesti la dah ada duit untuk membeli-belah. Seriously saya suka berbelanja terutama makanan... memang tak boleh blah. Duit habis beli makanan saja. Masalah betul la.

Okay la straight to the point. Kenapa saya beli emas?

1. Sebab saya jenis yang tak leh pegang duit banyak kat tangan. Kalau ada duit mesti rasa nak belanja. Jadi untuk mengelakkan saya berbelanja sakan (biasanya belanja untuk makanan).... saya beli la emas. Lagipun emas ni tetap berharga sampai bila-bila. Kiranya kalau duit tu dah ubah jadi bentuk emas.... takkan nak pergi kedai pajak gadai untuk tukar balik pergi duit. Macam leceh pula kan. So tak dapat nak belanja dah. Hehe...

2. Sebagai perhiasan. Yalah... sebagai seorang perempuan, takkan dapat lari dari perhiasan. Boleh pakai time Hari Raya atau apa-apa jenis occasion nanti. Less is more! Pakai banyak-banyak emas macam lain pula. 

3. Faktor harga. Siapa tau nanti tiba-tiba harga emas melambung tinggi? Emas dan perak adalah logam yang amat berharga. Dalam Al-Quran pun ada sebut juga mengenai emas. Tapi tengok kadang-kadang ada juga masa-masanya harga emas ni menurun. Heee..... Tu la masanya kita beli emas. Nanti dah naik balik mesti nyesal tak beli.

4. Simpan untuk masa depan. Sebenarnya tak ada la sangat. Tapi emas ni boleh digunakan untuk masa depan juga. Manatau nanti dah tak ada duit, boleh jual emas balik ;b (Harap-harap la tak jadi macam tu. Amin Ya Rabbal Alamin...) Ataupun bagi kat anak-anak ke bila mereka dah besar ke.... Apa-apa la.

Saya nak kata minat betul ngan emas... macam tak juga la sangat. Apa-apa pun, kalau emas dah banyak disimpan, jangan lupa bayar zakat!

P/S - Emas pertama yang saya beli menggunakan duit sendiri adalah cincin ^^ Hiii. Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!