Sabtu, 15 Jun 2013

Review : Kate Dual Eyeliner

Antara produk kosmetik dengan harga berpatutan yang menjadi pilihan saya adalah jenama Kate daripada Kanebo. Produk ini adalah produk Jepun. Selama saya menggunakan apa-apa produk from Japan buat masa ni tak pernah mengecewakan. Ini kerana mereka sangat menjaga kualiti produk keluaran mereka. Thumbs up!

Okay la. Saya lebih prefer menggunakan liquid eyeliner berbanding pencil eyeliner. Sebab kulit saya agak berminyak, kalau pakai yang pencil eyeliner.... color pandai cair! Mesti nampak comot. :-( (Walau apapun jenama saya guna... yang mahal atau yang murah). 

Biasanya saya akan guna pencil eyeliner di bawah mata tapi kerana incident comot dan malas nak tengok cermin setiap masa.... saya dah tak guna lagi. Kalau guna liquid eyeliner saja kat bawah mata nampak tak rata pula. Dah pernah try guna pencil eyeliner dulu then baru campur ngan liquid eyeliner pula. Nampak cantik tapi sama juga pandai comot. Dan makan banyak masa untuk mekap. Fed-up!

Dipendekkan cerita.... saya pergi la beli eyeliner baru, jenama Kate. Produk ni bagus sebab ada brush yang lembut dan tajam.... plus ada pembayang mata untuk bagi mata nampak lebih besar. Jadi saya dah tak perlu menggunakan eye shadow lagi + menjimatkan masa untuk bermekap. Lagi satu, no more comot! Haha. Then tak perlu dah guna pencil eyeliner. Produk ini boleh didapati di mana-mana kedai Watson, Guardian, Sasa dan lain-lain kedai berhampiran anda. 

So far sangat puas hati ^^

P/S - Thank you kepada kawan saya yang push suruh saya pergi beli eyeliner baru :-b



Kate Dual Eyeliner - RM46
-
-
-
-
-
Ada satu lagi produk liquid eyeliner kesukaan saya dan sentiasa akan menjadi the best. Ni memang saya guna dari dulu sampai sekarang. Silky Girl Precision Liquid Eyeliner. Tak mahal. Harga RM16.90


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!