Jumaat, 7 Jun 2013

Inspirasi

Dunia seni adalah dunia tanpa batasan. Kita boleh fikirkan apa yang kita suka, kita boleh lukis apa yang kita nak. Dunia itu adalah dunia yang penuh insprasi dan imaginasi.... . . 

Kalau nak melukis tak semestinya sama seperti di dalam gambar. Dipendekkan cerita.... Sebenarnya malam tadi saya balik lewat dari pejabat. Mula-mula kiranya nak buat kerja tapi otak macam rasa berat, jadi saya decided untuk melukis something. Saya buka galeri dari handphone saya, tiba-tiba tertarik pula ngan gambar daun bunga seribu kat tepi rumah.

Jadi saya pun mula la sketch gambar daun tu. Tapi saya tak ikut sepenuhnya. Just jadikan inspirasi sahaja. Yang lain.... ikut apa yang ada kat dalam kepala otak sendiri. Sambil dengar lagu-lagu.... Akhirnya my artwork siap juga! ^^. Saya memang suka melukis sejak saya kecil lagi. Tapi sekarang ni dah kurang praktis. Kadang-kadang lukisan tu tak menjadi. Terutama kalau masa tu tak ada feeling melukis. Tu yang tak best tu.... -_-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!