Khamis, 13 Jun 2013

Floss Gigi Anda!

Bakteria mudah membiak di dalam mulut kita. Salah satu punca pembiakan adalah disebabkan sisa makanan yang terdapat di celah gigi.

Kita dah berus gigi. Tapi ada satu nasihat penting dari doktor! Iaitu kita juga perlu sentiasa floss gigi kita... sekurang-kurangnya sekali sehari. Tujuan utama floss ni pastilah untuk buang sisa makanan yang masih melekat kat gigi. Walaupun dah berus gigi.... anda pastikah gigi anda benar-benar bersih dari sebarang sisa yang tinggal? ;-) Selain tu, floss gigi juga dapat mengurangkan mulut berbau. Yalah.... bila sisa makanan dah hilang di celah gigi, tentulah kita boleh senyum selebar-lebarnya.

Benang floss begitu mudah didapati di kedai ataupun farmasi berhampiran anda. Try tengok-tengok kat Watson atau Guardian (farmasi kegemaran saya). Tak mahal pun. Nak lagi best.... pilih floss yang ada perisa mint. Tapi kalau rasa tak sempat atau asyik lupa nak beli floss, still ada cara lain lagi iaitu dengan menggunakan benang.

Selamat beramal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!