Isnin, 17 Jun 2013

Santai-Santai Hari Ahad

Hari Ahad adalah hari bersuka ria. Jangan lupa bawa keluarga berjalan-jalan. Ke mana sahaja yang penting happy! Walau sebanyak mana kerja pun... kena ada masa untuk rehat jugakan?

Tak adalah.... ni saja nak cerita. Apa-apa pun.... my mum is my number one. Kami adik beradik memang sibuk bekerja. Jadi mum selalu duduk kat rumah saja. Tapi kalau Sabtu atau Ahad... memang saya akan bawa mum pergi berjalan-jalan... at least bawa makan kat luar.

Sometimes malas juga nak jalan kat shopping complex yang crowded (lagi kalau orang dah gaji... memang otak jadi sesak tengok orang ramai). Jadi saya akan bawa mum pergi tepi pantai sambil menikmati makanan yang enak. Tak pun.... jalan awal dan tengok wayang show paling awal. Haha... Biasanya 11.45AM. Masa tu orang tak ramai lagi. Petang sikit dah start sesak....

Kelmarin (16hb Jun 2013 - Ahad).... saya bawa mum jalan juga. Asalnya nak tengok wayang ngan kawan tapi macam kelam kabut pula kawan saya ni sebab dia ada program lain lagi. Jadi batalkan saja. Lain kali ada masa boleh set time betul-betul. ^^ So baik bawa mum pergi outing lagi eventhough masa hari Sabtu tu dah bawa dia keluar. Tak apa kan?

Kebetulan ada acara lumba perahu kat Tanjung Lipat. Tapi masa saya pergi tu dah habis la pula.... Tak sempat tengok! Haha.... Tak apa la kot.

Apa-apa pun.... enjoy your weekends. Jangan terlalu kerja. Kena spend time with family and friends juga ^^



Nasihat Dalam Percintaan

Jika kita benar-benar inginkan seseorang.... perkara terpenting yang harus kita buat adalah menjaga dia sebaik mungkin. Jangan harapkan si dia sahaja yang memahami perasaan kita... sebaliknya kita juga harus berbuat sedemikian. Sometimes kita tak sedar.... kita bagitau dia yang kita sayangkan dia dan ingin bersama dia. Tapi adakah apa yang kita cakapkan itu benar-benar dilaksanakan? Atau kita hanya.... talk only.... no action? Kalau kita tak bersungguh-sungguh untuk mencintai dia, lebih baik jangan sentuh hatinya.

Bercinta ni banyak dugaan yang perlu dilalui. Tapi setiap dugaan tu dilalui bersama. Bukan biarkan pasangan lalui seorang diri. Jika dia mengalami kesusahan.... kalau boleh jadikan diri kita sebagai orang pertama yang dia harapkan untuk mohon bantuan. Jangan tunggu dia minta bantuan baru kita nak bantu. Think wise! Always bersama dia susah dan senang. Dan untuk mengeratkan lagi hubungan itu.... kita jangan kedekut untuk berkongsi masalah kita bersama dia. Kita tentu fikir kita tak nak bebankan dia dengan masalah kita. Tapi percayalah.... jika seseorang itu betul-betul mencintai kita.... tiada perkataan 'beban' untuk orang yang dia sayangi. Dia akan menjadi orang yang setia dan sedia untuk membantu. Tapi ingat.... jangan ambil kesempatan dalam kebaikan orang. Jujur dalam perhubungan itu penting.

Kadang-kala kita tak sedar kita minta macam-macam dari pasangan kita. Kita nak dia nampak cantik / kacak setiap masa, suruh itu ini etc. Tapi adakah permintaan dia.... kita laksanakan? Sama rata. Jika dia boleh buat apa yang kita minta.... kenapa kita berat untuk tunaikan permintaan dia?

Agak terkilan juga dengan pasangan yang selalu ignore meng-ignore ni. Kalau sms... try la balas. Kalau call... try la angkat. Tak susahkan? Walau sibuk macam mana pun. Kita tak tau apa yang ada kat dalam hati dia. Begitu dia mengharapkan supaya kita SMS dia.... or call dia. Use your sense. Janganlah berat sangat untuk jawab sms dia. Some people boleh terima kalau kena ignore.... tapi kalau kita buat selalu, nanti apa pula dia fikir. Tak rasa kesian ke.... dia sms kita.... dia tunggu jawapan dari kita.... tapi kita tak balas. Kalau ada perasaan kesian.... kenapa tak balas sms? Tak ada kredit? Nanti dah ada baru balas sms dia. Explain everything.

Jangan terlalu yakin bahawa orang yang mencintai kita akan tunggu kita buat selamanya. Jangan kita hanya buat ikut kehendak kita dan biarkan dia sebegitu rupa. Remember.... there are plenty of people yang akan cuba mencuri hati si dia. Jika kita teruskan dengan perangai kita sebegini rupa.... kemungkinan besar dia akan diambil orang. Sedalam mana dia mencintai kita.... sedalam itu juga la luka yang dia akan dapat jika kita tidak menjaganya dengan baik. I would like to say.... dia deserves a better person. Jangan marah! Jangan tuduh dia curang. Tanya diri sendiri dulu kenapa semua ini terjadi.

Heyyyy...... bercinta ini tak mudah. Banyak dugaan yang akan dilalui. Dan tak mudah untuk bertemu orang yang sanggup buat apa sahaja untuk kita. For me.... jika kita betul-betul inginkan dia.... hati dia la yang kita perlu jaga sebaik mungkin, kerana dia juga sedang melakukan perkara yang sama. Jangan hanya berjanji tapi tidak pernah menepati. That is the worst part of relationship. Janji kosong. Jangan buat begitu. Walau kita tak berniat nak mainkan perasaan dia... tapi secara tak langsung kita dah pun menganiayai dia.

Tak takut ke suatu hari nanti kita akan kena balik perkara yang sama? Tak pun.... dengan anak-anak kita? Dihantui rasa bersalah kerana dah mainkan perasaan orang. Jika kita tak ingin bersama dia, the best way is terus terang. In shaa Allah... dia dapat menerimanya. Walaupun agak melukakan hati.... lambat laun kita terpaksa menghadapinya juga. Kalau tak... sampai bila kita perlu hidup dalam penuh kepura-puraan? Masa tak pernah tunggu kita. Umur kita makin meningkat. Dunia ini tidak abadi. Renung-renungkanlah. Setiap orang tidak akan lari dari melakukan kesalahan. Tapi jangan kerap menggunakan alasan tersebut sekiranya kita dah buat benda tu berulang-kali.

Bagaimana untuk menilai sejauh mana dalamnya cinta seseorang itu? Not the way we dress.... bukan dari rupa kita.... bukan dari apa yang kita cakapkan.... tapi dari hati dan perbuatan kita. Cinta itu pengorbanan. Some people sanggup mengalah, sanggup melepaskan.... bukan kerana dia tidak sayangkan kita. Tapi kerana sayanglah.... dia merelakan segalanya. Jika kita lepaskan orang seperti ini pergi, kita telah melepaskan orang terbaik buat kita. Tuhan berikan kita peluang... tapi kita sia-siakan peluang itu. Alangkah ruginya.... Jealous? Normal thing.... tapi cemburu buta? Its not love. It is more to self-love. Watch out!

Cinta itu subjektif. Tapi jika kita dah ada perasaan ingin bercinta.... means kita dah dewasa. Oleh itu, berfikirlah secara matang. You deserve to choose who is the best for you. Jangan biarkan perasaan simpati, banyak terhutang budi atau kata-kata orang lain mempengaruhi kita. Cinta kamu adalah hak kamu. Relationship is not count based on how long kita dah bersama orang tu.... but the foundation that we build, the chemistry, trustworthy, commitment and sejauh mana pengorbanan yang sanggup dia lakukan untuk kita. Menunggu itu menunjukkan kesetiaan.... tapi jangan lupa... dia juga berhak untuk hidup bahagia...

P/S - Jika dah jodoh.... takkan ke mana juga.

Sabtu, 15 Jun 2013

Happy Birthday Amy!

Saya memang sayang ngan bebudak PKS saya nih.

Jadi HAPPY BIRTHDAY AMY!! (13 June)



P/S - Gambar si Diman tak ada la pula

Review : Kate Dual Eyeliner

Antara produk kosmetik dengan harga berpatutan yang menjadi pilihan saya adalah jenama Kate daripada Kanebo. Produk ini adalah produk Jepun. Selama saya menggunakan apa-apa produk from Japan buat masa ni tak pernah mengecewakan. Ini kerana mereka sangat menjaga kualiti produk keluaran mereka. Thumbs up!

Okay la. Saya lebih prefer menggunakan liquid eyeliner berbanding pencil eyeliner. Sebab kulit saya agak berminyak, kalau pakai yang pencil eyeliner.... color pandai cair! Mesti nampak comot. :-( (Walau apapun jenama saya guna... yang mahal atau yang murah). 

Biasanya saya akan guna pencil eyeliner di bawah mata tapi kerana incident comot dan malas nak tengok cermin setiap masa.... saya dah tak guna lagi. Kalau guna liquid eyeliner saja kat bawah mata nampak tak rata pula. Dah pernah try guna pencil eyeliner dulu then baru campur ngan liquid eyeliner pula. Nampak cantik tapi sama juga pandai comot. Dan makan banyak masa untuk mekap. Fed-up!

Dipendekkan cerita.... saya pergi la beli eyeliner baru, jenama Kate. Produk ni bagus sebab ada brush yang lembut dan tajam.... plus ada pembayang mata untuk bagi mata nampak lebih besar. Jadi saya dah tak perlu menggunakan eye shadow lagi + menjimatkan masa untuk bermekap. Lagi satu, no more comot! Haha. Then tak perlu dah guna pencil eyeliner. Produk ini boleh didapati di mana-mana kedai Watson, Guardian, Sasa dan lain-lain kedai berhampiran anda. 

So far sangat puas hati ^^

P/S - Thank you kepada kawan saya yang push suruh saya pergi beli eyeliner baru :-b



Kate Dual Eyeliner - RM46
-
-
-
-
-
Ada satu lagi produk liquid eyeliner kesukaan saya dan sentiasa akan menjadi the best. Ni memang saya guna dari dulu sampai sekarang. Silky Girl Precision Liquid Eyeliner. Tak mahal. Harga RM16.90


Khamis, 13 Jun 2013

Floss Gigi Anda!

Bakteria mudah membiak di dalam mulut kita. Salah satu punca pembiakan adalah disebabkan sisa makanan yang terdapat di celah gigi.

Kita dah berus gigi. Tapi ada satu nasihat penting dari doktor! Iaitu kita juga perlu sentiasa floss gigi kita... sekurang-kurangnya sekali sehari. Tujuan utama floss ni pastilah untuk buang sisa makanan yang masih melekat kat gigi. Walaupun dah berus gigi.... anda pastikah gigi anda benar-benar bersih dari sebarang sisa yang tinggal? ;-) Selain tu, floss gigi juga dapat mengurangkan mulut berbau. Yalah.... bila sisa makanan dah hilang di celah gigi, tentulah kita boleh senyum selebar-lebarnya.

Benang floss begitu mudah didapati di kedai ataupun farmasi berhampiran anda. Try tengok-tengok kat Watson atau Guardian (farmasi kegemaran saya). Tak mahal pun. Nak lagi best.... pilih floss yang ada perisa mint. Tapi kalau rasa tak sempat atau asyik lupa nak beli floss, still ada cara lain lagi iaitu dengan menggunakan benang.

Selamat beramal!

Ahad, 9 Jun 2013

Kenapa Saya Beli Emas?

Kalau dah kerja... kiranya mesti la dah ada duit untuk membeli-belah. Seriously saya suka berbelanja terutama makanan... memang tak boleh blah. Duit habis beli makanan saja. Masalah betul la.

Okay la straight to the point. Kenapa saya beli emas?

1. Sebab saya jenis yang tak leh pegang duit banyak kat tangan. Kalau ada duit mesti rasa nak belanja. Jadi untuk mengelakkan saya berbelanja sakan (biasanya belanja untuk makanan).... saya beli la emas. Lagipun emas ni tetap berharga sampai bila-bila. Kiranya kalau duit tu dah ubah jadi bentuk emas.... takkan nak pergi kedai pajak gadai untuk tukar balik pergi duit. Macam leceh pula kan. So tak dapat nak belanja dah. Hehe...

2. Sebagai perhiasan. Yalah... sebagai seorang perempuan, takkan dapat lari dari perhiasan. Boleh pakai time Hari Raya atau apa-apa jenis occasion nanti. Less is more! Pakai banyak-banyak emas macam lain pula. 

3. Faktor harga. Siapa tau nanti tiba-tiba harga emas melambung tinggi? Emas dan perak adalah logam yang amat berharga. Dalam Al-Quran pun ada sebut juga mengenai emas. Tapi tengok kadang-kadang ada juga masa-masanya harga emas ni menurun. Heee..... Tu la masanya kita beli emas. Nanti dah naik balik mesti nyesal tak beli.

4. Simpan untuk masa depan. Sebenarnya tak ada la sangat. Tapi emas ni boleh digunakan untuk masa depan juga. Manatau nanti dah tak ada duit, boleh jual emas balik ;b (Harap-harap la tak jadi macam tu. Amin Ya Rabbal Alamin...) Ataupun bagi kat anak-anak ke bila mereka dah besar ke.... Apa-apa la.

Saya nak kata minat betul ngan emas... macam tak juga la sangat. Apa-apa pun, kalau emas dah banyak disimpan, jangan lupa bayar zakat!

P/S - Emas pertama yang saya beli menggunakan duit sendiri adalah cincin ^^ Hiii. Suka!

Kami yang SoWT

Ni la kalau datang sowt...... Kali ni ngan bebudak ofis pula buat hal.

P/S - Foto kredit to Amy ^^






Tuaran Crocodile Farm - Best

Nah! Banyak tempat menarik kat Sabah ni sebenarnya. Masa jalan kat 1Borneo Hypermall.... terus la singgah ke Taman Buaya Tuaran kat area Tuaran, kira-kira 40 minit daripada sana. 

Taman ni buka setiap hari dari jam 8.30 pagi sampai 5.30 petang. 

Entrance fee:

Malaysian 
 - RM10 (dewasa)
- RM5 (Kanak-kanak)

Non-Malaysian
- RM15 (dewasa)
- RM10 (kanak-kanak) 

Selain daripada pertunjukkan buaya, ada juga persembahan tarian kebudayaan. Taman buaya ni kira luas juga tau. Penat juga berjalan. Boleh juga bagi makan  kat binatang yang ada kat situ, dengan syarat beli makanan yang disediakan berdekatan sangkar tu dengan harga RM1 (masukkan saja duit ke dalam tabung). 

Nak tahu lebih lanjut mengenai taman buaya ni, sila klik link ini.







Restoran Terapung Kampung Nelayan - Fresh Seafood Restaurant in Sabah

Kalau datang ke Sabah, mesti teringat seafood. Antara tempat makan yang paling best dengan seafood yang super fresh, try datang ke Restoran Terapung Kampung Nelayan di area Bukit Padang. Restoran ini telahpun diperakui halal, malah harga juga berpatutan. 

Anda boleh pilih menu yang fresh daripada aquarium. Kenapa saya sarankan restoran ni kepada anda yang datang ke Sabah? Sebab selain tu, ada juga persembahan tarian kebudayaan yang anda boleh tengok sambil makan seafood. 

Kalau tak nak makan seafood, boleh try Beijing BBQ steamboat juga.





From Philippine & Paris

Thank you Acai belikan fridge magnet from Filipina dan Zetty belikan keychain from Paris!!


Sabtu, 8 Jun 2013

Zaman Belajar Dahulu (Bachelor Degree)....

Teringat balik masa zaman belajar dulu kat Puncak Perdana. Banyak kenangan yang still tersimpan dalam otak ni. 0_o (Saya cerita pasal zaman Bachelor Degree)

Dengan semangatnya saya adalah seorang bekas pelajar IS222 Bachelor Degree Information Studies (Hons) Pengurusan Rekod - (Major), narrow bahagian Medical Records.... amik Minor subjek Resource Centre Management. ^^ tahun 2008-2010.

Okay la. Saya ada tiga orang kawan rapat yang memang selalu jalan sama-sama pergi kelas la. Zetty, Zira dan Lea. Mereka adalah roomate saya ^^. Teman sperjuangan saya!

Kelas paling awal adalah pada jam 9 pagi. Kelas malam pun ada juga tapi tak setiap hari la. Tapi tak risau sangat pasal kenderaan sebab kampus kami adalah kampus satelit kat Puncak Perdana. Jadi kelas dekat ngan hostel. Banding ngan kampus Shah Alam, perlu naik bas lagi ek. Ingat lagi.... kalau kat kelas ada take five. Lepas tu turun pergi membeli kat gerai di tingkat bawah. Beli pisang goreng atau roti, minum air tebu atau air kelapa. Then naik balik masuk kelas. (Sekarang pun macam tu juga. Pas habis kerja mesti take five turun membeli makanan ringan kejap). 

Kalau dalam kelas, saya suka amik gambar. Koleksi gambar masa kat UiTM dulu masih saya simpan lagi baik-baik dalam laptop saya ni, sama ada zaman Diploma ataupun Bachelor Degree. Pas tu suka makan-makan snek. (Sekarang pun gitu juga. Ada snek kat dalam laci. Hehe) Tapi lecturers semua cool dan supporting. Masa belajar serius juga la tapi kadang-kadang mata tu tahan ngantuk juga. Kalau ngantuk betul mesti blah pergi tandas kejap. Gula-gula atau chewing gum mesti ada kat dalam beg. Tu wajib bawa. Memang saya gila makan ek.
 Spicy Sizzling Lala - Garden Cafe

Menu di Noodle Station

Lepas kelas selalu nak pergi jalan-jalan. Naik bas Rapid... turun kat bandaraya Shah Alam. Pusing-pusing dari PKNS.... SACC Mall dan Plaza Alam Sentral. Memang tiga tempat tu jadi tumpuan. Tempat makan favorite adalah Noodle Station. Kalau tak... mesti makan kat Garden Cafe selain KFC. Then mesti pergi singgah membeli buah-buahan. Saya memang species suka jalan-jalan tapi tak suka shopping sakan. Suka window shopping saja.  


Program Pengurusan Rekod ni tak semestinya duduk dalam kelas dan belajar pasal rekod saja. Tapi ada juga subjek lain. Saya juga belajar buat sistem, buat research dan belajar bahasa (Saya amik bahasa Perancis). Yang kat atas tu contoh sistem untuk kedai kek dan kedai donut. 


 Design yang sangat fancy daripada saya. Haha ^^ Ni adalah projek berkumpulan (2 orang - saya dan Zetty). 


Ni projek berlakon dalam bahasa Perancis. Haha. Bila tengok balik video ni.... tergelak juga sebab macam lawak pula cara saya action dalam tu. Ahahaha! XD Tak hafal skrip. Tapi subejek ni tetap dapat A juga. Yeah! Dah la tajuk La Vigne (anggur). Lucu betul. Sebenarnya jalan cerita dia ni.... kami nak pergi tengok wayang. Tapi tak tau nak pilih wayang mana satu. Last-last pilih filem La Vigne. Apa punya jalan cerita la. Tapi kami berlakon ni berdasarkan apa yang kami dah belajar dalam kelas.

Ni adalah subjek minor... Resource Centre Management. Projek berkumpulan (2 orang). Projek ini adalah untuk budak-budak sekolah.... jadi design kena nampak kartun sikit. Yang ni kami guna HTML. Nampak simple tapi masa buat tu pening juga sebenarnya.


Ni projek lain untuk subjek Resource Centre Management



Lain-lain subjek lebih kepada cara-cara nak preserve records, nak buat pelupusan rekod dan lain-lain lagi la.

Arkib Negara Malaysia tu memang tempat tumpuan budak-budak rekod cari maklumat. Di sana la saya dapat tengok macam-macam rekod lama dalam pelbagai bentuk. Paling best bila dapat tengok newspaper yang dah lama (saya baca news tahun 60-an). Kami juga buat research di beberapa tempat dan antaranya Hospital SALAM dan RTM. 

Antara kenangan yang saya ingat masa saya belajar dulu.... gigi saya sakit. Dah la masa tu bulan exam. Tiba-tiba bangun pagi ngadu ngan kawan gigi sakit. Terus blah naik kereta sewa cari dental clinic. Haha. Tapi kat sana cabut gigi mahal sikit la. RM90 rasanya. Cabut gigi tak la lama sangat. Banding tampal gigi agak lama la... . . . . .

Banyak lagi kenangan masa zaman belajar dulu. Tapi kalau nak cerita dalam ni mesti panjang. In Shaa Allah saya akan cerita lagi next time. ^^

Tengok-tengok dulu la gambar kenangan masa belajar dulu.... (Saya memang gila amik gambar dan banyak gambar yang saya simpan untuk kenangan. Tak semestinya gambar saya dan kawan-kawan... tapi gambar yang ntah apa-apa pun saya amik juga. Haha XD)

Ni masa tinggal kat rumah sewa. Makan tengahari masak sendiri. Memang best!

Masa sambut birthday Lia. Tapi kek dah hancur. Adohai

Masa buka puasa kat Pizza Hut Shah Alam

Ni la ni.... masa kelas pun sempat amik gambar. Tu sticker lekat kat kuku.


Masa buat research kat Perdana Leadership Foundation


Port makan untuk students Puncak Perdana. "Kandang"

View dari hostel