Rabu, 22 Mei 2013

Timun Kedayan

Kenapa timun Kedayan? Seriously saya pun tak tau kenapa kena panggil timun Kedayan.

Timun Kedayan saiz dia kecil. Bukan anak timun atau apa tapi memang saiz dia macam tu. Kat Kota Kinabalu saya tak tau mana jual tapi kalau kat Labuan ada jual di pasar. Tu pun kadang-kadang susah nak cari. Mungkin sebab kat Labuan ramai orang Kedayan dan timun tu boleh dicari kat sana.... Sebab tu la nama dia timun Kedayan.

Apa yang best pasal timun kedayan ni?

Timun ni tak banyak biji. Bagi saya lagi sedap dari timun biasa atau timun jepun. Lepas tu saiz kecil. (Rujuk gambar. Yang kecil tu timun Kedayan dan yang satu lagi tu timun biasa. Minta maaf la timun dah naik kuning sebab lama kat fridge). Timun ni unik and susah nak cari. Ingat nak tanam tepi rumah la lepas ni. 

Seronok ada timun gini comel.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!