Sabtu, 25 Mei 2013

Punya Excited....! Jumpa Balik Kenangan Lama

Kenangan akan tetap menjadi kenangan. Kononnya masuk bilik... Nak buka balik komik yang saya beli masa sekolah dulu. Tapi terjumpa benda lain pula... Lepas tu ketawa sendiri kat dalam bilik macam orang kurang siuman. Saya jumpa diary tahu. 2003 dan 2010..... Serta komik yang saya lukis dulu. 

Mula la membelek diary.... Rasa nak ketawa pun ada bila baca diari 2003. Banyak gila kenangan kat dalam tu yang saya tak ingat lagi. Diary tu ditulis dalam Bahasa Inggeris. Kira good girl la dulu sebab balik sekolah... Duduk diam di rumah. Tak pergi merayau. Diari 2010 pula, masa saya degree. Lagi la lucu sebab ditulis dalam Bahasa Melayu. Cerita gaduh dengan itu ini... Cerita buat assignment... Semua ada kat dalam tu. Tapi stop kat tengah-tengah... Lepas tu tak tulis diari lagi sebab dah start kerja kot. Terus malas nak tulis.

Bila tengok balik manga yang saya buat dulu... Terfikir juga.... Rajinnya saya melukis dan mewarna sampai buat satu buku gitu. Sekarang ni punya la malas. Skill melukis pun macam tu saja. Tapi cerita ni seronok. Ada sambungan lagi part 2 tapi tak buat sampai sekarang. Watak utama ada Aki dan Rey. (Aki memang menjadi pujaan si Rey ni dan dia memang suka kat Aki. Cuma tak ngaku. Haiya Rey...... .. Aki pun suka kat kamu la!) Apa yang saya merepek ni. 

Tapi sebenarnya cerita dia ni pasal..... Aki dan Rey ni belajar satu sekolah. Aki ni kerja kat satu restoran. After school dia ada extra work la kiranya. Dia kawan baik ngan Rey. Aki ada seorang adik nama Aiko. Dan adik dia ni baik ngan Rey. Aiko ni suka kalau Aki tu couple ngan Rey. Aki dan Rey ni gila-gila dan memang bestfriend. Tapi dalam diam.... Masing-masing ada hati. Ceiii..... Memang kisah cinta sakura no ai la ni. Haha! Tapi bukan tu saja. Dalam cerita ni ditambah ngan elemen magic sikit iaitu.... Sebenarnya mereka dah pernah bertemu pada masa silam. Tapi nama mereka lain.... Leo dan Sakura. Memang dah ditakdirkan mereka bersama cuma bila dah lahir balik kat dunia, mereka jadi bestfriend pula. (mana boleh bercinta terus). Masa zaman silam.... Leo dab Sakura adalah pahlawan. Dan bertugas melindungi seorang puteri dari musuh durjana. (dah start cerita karut). Lama-lama tu semua watak terlibat sedar siapa mereka pada zaman dahulu. Ada yang jahat and baik. So bermula la perang..... Sambung part 2.

Macam tu la ceritanya. Komik tu saya buat tahun 2005. Teringin nak sambung part 2 tapi otak dah berkarat. Kalau saya sambung.... Nanti kerja tak terbuat. Mana lagi nak sambung Master.... Tak cukup tangan weh.



4 ulasan:

  1. bos ble pnjam ka dairy tu ?? ehehhe ble jgk jd tatapan kmi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi.... Amboi..... mana bole baca diary org lain. Hehehe

      Padam
  2. siyok bah komik ni..bila blh baca ni bos..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh iya kan. Sot ni komik ni. Hahaha XD

      Padam

Terima kasih!