Isnin, 20 Mei 2013

Nak Ngorat Anak Gadis Kena Tackle Bakal Mertua Dulu

Kita boleh tau kalau orang tu betul-betul suka kat kita atau tak... Ada tak niat dia nak jumpa kedua orang tua kita?

Jadi ada sedikit tips kepada para gentlemen sekalian tentang cara-cara nak tackle bakal mertua ^^  

1. Kalau ke rumah bakal mertua..... bagi salam dulu. Muka kena senyum, confident, pakaian kemas, rambut pun kemas. Salam tangan bakal bapa mertua. Buah tangan jangan lupa bawa.

2. Sentiasa tanya khabar bakal mertua. Kirim salam and keep in touch ngan mereka selalu.

3. Buat research sikit. Contohnya kalau bakal bapa mertua suka main golf... study la sikit pasal golf. Nanti kalau dia tengah berbual-bual, ada juga topik kita nak cerita ngan dia. 

4. Siapa yang tak suka kalau bakal menantu jenis ringan tulang... Kan? Biasakan diri untuk menjadi seperti ini. Rajin-rajin datang dan menolong kalau kena jemput kenduri kahwin.... majlis tahlil etc.

5. Jangan kedekut wang dan ilmu. Ajak la pergi makan kat luar. Kat sana la bakal mertua akan tanya pelbagai soalan. Time tu la masa yang sesuai untuk tackle mereka. 

6. Apa-apa pertanyaan kena jawab dengan jujur dan penuh yakin. Jangan asyik goreng cerita. Bahaya untuk kesan jangka panjang.

7. Sebelum nak tackle, kena buat persiapan diri dulu. Tak boleh main masuk line macam tu saja. Kalau nak tunjuk kita betul-betul serius.... kena prepare everything.... Amal ibadat yang sempurna, kelengkapan materials etc. Kalau tak ada apa-apa macam mana nak kahwin ek?

Apa-apa pun.... orang tua memang inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Lebih-lebih lagi kalau anak gadis tu adalah anak kesayangan.... Mesti nak bakal menantu yang sesuai. Goodluck kepada para gentlemen! Di samping tu jangan lupa berdoa. Tu yang terpenting!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!