Rabu, 1 Mei 2013

Mewarna Anime Menggunakan Adobe Photoshop

Mewarna ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Tak boleh silap. Kalau silap mesti rasa tak puas hati sebab dah lukis cantik-cantik then ada terconteng sikit. Tapi kalau orang yang champion mewarna ni.... tak jadi masalah sebab kalau salah tu pandai-pandai la tu diaorang cover balik. 

Saya kalau bosan kat office (menunggu jalan tak jem + time tak banyak kerja).... kalau tak update blog... saya baca artikel. Kalau tak baca artikel... saya baca Sabahan Troll. Kalau rasa nak melukis... saya melukis. Bila dah melukis tu.... mood kena ada. Lepas tu mesti ada inspiration. Baru-baru ni lukis Sailormoon versi sendiri.

Ha.... ni memang lukis guna tangan. Tak ada pakai apa-apa software. Rambut tu saya warna guna highlighter. Ni sketch saja sebenarnya. Tak tau buat berapa minit tapi tak lama pun. Dah la pakai pensil HB. Hadoi....

Ni saya dah touch-up dan yang bestnya saya tak perlu menggunakan pensil warna. Hanya pakai Adobe Photoshop sahaja. Jadi tangan pun tak kotor lagi + ,menjimatkan masa + boleh undo kalau salah warna. Tu la antara kebaikkannya.

2 ulasan:

Terima kasih!