Ahad, 19 Mei 2013

Kenapa Saya Menulis Blog?

Ini adalah blog pertama dan mungkin juga yang terakhir saya. Mula menulis blog pada tahun 2010 (actually dah kena promote masa tahun 2006 lagi oleh pensyarah masa Diploma dulu, tapi buat-buat tak tau masa tu). semasa saya masih amik degree lagi. Tapi masa tu tak berapa aktif sangat sebab sibuk buat assignments kot. Then sambung aktif balik after saya kerja pada tahun yang sama. Walaubagaimanapun.... Selepas penapisan page (sebab sekarang dah pakai tudung).... Banyak page sekitar tahun 2010, 2011 dan 2012 yang saya dah delete. Tapi tak apa. Kerana blog saya adalah tetap blog saya.

Kenapa saya menulis blog? Just to share pengalaman saya, tips-tips yang mungkin berguna untuk sesiapa, share gambar yang pelbagai, to speak out pendapat saya dan yang penting blogging is my hobby. Oleh kerana saya selalu outstation, suka pergi tempat menarik, gila makan-makan ... Rasanya ada banyak benda yang saya boleh kongsikan. Kenangan terindah bersama family dan rakan-rakan juga perlu diselitkan dalam my blog. Kerana mereka amat bernilai buat saya. :)

Sumber inspirasi? Saya suka tengok blog Xiaxue, Katinosky, QiuQiu dan Dawn Yang. Mereka sangat cantik dan saya enjoy reading their blog.

Bagi sesetengah individu, blog dijadikan sebagai online diary. Saya pun.... Mungkin ya. Tapi tak semua cerita boleh dimasukkan ke dalam tu kan? Hahaha. Baru teringat... Kenapa saya suka tulis blog? Mungkin juga sebab dulu saya student sastera masa sekolah menengah kot. Saya memang suka menulis cerpen (selain buat cerita komik) dan pernah mewakili sekolah dan zon dalam pertandingan berunsur bahasa dan kesusasteraan ------> sajak, pantun, bahas ala parlimen dan forum. (Agak nerd ek masa kat sekolah? That's me.)

Nampaknya cerita saya makin melalut. Apa-apa pun, goodluck kepada semua blogger! Kepada sesiapa yang tak ada blog, jom la try menulis blog :)

2 ulasan:

  1. suka baca blog u... :) keep bloging ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq ^^ akan berusaha dgn baik utk perbaiki blog

      Padam

Terima kasih!