Sabtu, 18 Mei 2013

Jalan Masjid India.... Apa yang Best kat Sana?

Kebetulan ada lawatan rasmi Jabatan Canselori UMS ke IPTA di semenanjung Malaysia. Dan ngam pula tu rombongan kami tinggal di kawasan yang paling strategik... area Jalan Masjid India. 

Kaum perempuan paling suka kat area ni sebab banyak kain, tudung, manik, brooch.... jual di sana. Kedai dah start buka seawal jam 9.30 pagi. Bagi sesiapa yang nak borong banyak-banyak, datang la ke sini. Kena pandai tawar menawar juga tau untuk dapatkan harga paling murah. 

Ada banyak kedai. Berderet-deret macam style Tanah Abang, Indonesia pula saya tengok. Walaupun tengah bersuka ria membeli belah, jangan lupa dompet dan handphone. Sebolehnya bawa la beg selempang sebab senang nak sangkut. Ada juga kedai-kedai yang kira top seperti Ariani, Jakel dan Gulatis. Pilih la mana satu ikut citarasa masing-masing.

Kalau hajat nak pergi membeli belah kat sini, hotel-hotel area ni pun ada banyak juga. Noble Hotel, StarPoints Hotel etc. Memang banyak la.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!