Isnin, 27 Mei 2013

Inai Kuku dengan Mudah

Tak semestinya orang yang nak kahwin baru boleh pakai inai. Yang still bujang pun boleh pakai juga. 

Saya suka pakai inai sebab nampak cantik saja. Lagipun kalau pakai cat kuku, tak boleh solat sebab cat kuku tak masuk air. Tapi kalau guna inai boleh. Sekarang kalau nak guna inai tak perlu lagi petik daun inai... tumbuk hingga lumat... lepas tu baru boleh tampal kat kuku. Sekarang dah ada yang instant.

Hari tu kebetulan my family baru balik dari umrah dan ada beli sekotak inai dari Mekah. Jadi saya pun dengan sukahatinya pakai la kat kuku. Jenama inai tu adalah Rani Nail Henna. Rasanya kat Malaysia pun ada juga jual kot kat kedai-kedai muslimah. 

Caranya senang saja sebab inai tu kat dalam tiub. Just sapu kat kuku. Tapi still kena buat dengan berhati-hati sebab takut terkena kat kulit, nanti merah pula kulit. Paling bagus, kalau terkena saja kat kulit.... terus lap cepat-cepat. Lepas tu tunggu la beberapa minit. Biasanya saya akan tunggu selama 30 minit. Kalau lama sangat nanti jadi hitam pula. Pastikan kita basuh kuku yang kita letak inai terlebih dahulu untuk ratakan warna inai ngan jari yang sebelah lagi. Sebab kalau tak... nanti sebelah terang sebelah tak. Itu tips saja.

Nak lagi nampak cantik? Sebelum letak inai, kita kilatkan dahulu kuku dengan pengilat kuku. Pas tu baru bubuh inai.  

Sebelum letak inai baru

Tengah tunggu inai selama beberapa minit


Tada! (Kuku saya memang kecil -_-)

Jenama inai yang saya gunakan. Tak mahal. Dalam dua tiga ringgit je kot kalau kat Malaysia

7 ulasan:

  1. Kemas nyaaa akak pakai ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang ja pakai ni sbb dalam tiub ^^ kalau dulu susah ckit sbb sy guna yg serbuk tu. kena bancuh lagi -_-

      Padam
  2. tips selanjutnya jga tngan baik2x klu tngn cntik mst hasilnya tmbah cntik mcm tgn bos..ehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya ^^ Kalau mau tangan lawa kena selalu masak nasi. Cuci beras. Terus tangan SK II

      Padam
  3. Amboiii suka benor dia berinai2.. Sama la kita dulu2..time kecik2 dulu gigih menumbuk2 inai..nk amik inai amik daun yg tua ada bintik2 hitam..katanya tu lg power tp x tau la betul ke tk..tp mmg segala petua humban dlm lesung tu.. Asam jawa..arang..beras..nasi..limau nipis semua ada.. Mujur milo je x masuk..klu tk tmbh gula.dh siap milo perasa daun inai.hehe..

    Tp skrg dh mlas tumbuk..amik je inai mekah yg serbuk tu tmbh air, bubuh kt jari sure merah menyala hasilnya..bau pun best.. Korang2 yg merasa nk jd pengantin balik boleh la sms saya 0194344930.. Sy ada la 5 kilo hangkut dari mekah tu.. Sape2 nk terutama B2B tu sila2kan sms ye.. Sementara stok masih ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ah. cantik kalau pakai inai. okay. nnti manatau sy nak, sy kol je ^^

      Padam
  4. Selama ni guna yg tumbuk je..coz xnk kluar duit lgsung...ttiba nnk belikan inai instant ni..try pakai..serabut..buruk kot..

    BalasPadam

Terima kasih!