Jumaat, 24 Mei 2013

Hadiah Tidak Semestinya Mahal

Tak kira mahal atau murah hadiah tu.... Yang penting kita kena ikhlas kalau nak bagi kat orang. Orang memberi... Kalau boleh kita jangan la tolak. Nanti kecil hati pula sebab orang dah bersungguh nak bagi kat kita. Tapi ingat! Kena tengok juga ngan siapa kita terima hadiah tu. Takut kena perangkap! Oleh itu, perkara terpenting kat sini adalah sentiasa berhati-hati dan ketahui tujuan kenapa orang tu bagi kat kita.

Maksud keikhlasan di sini adalah kita memberi tanpa mengharapkan balasan. Apa-apa pun, niat kena betul. Lagi banyak kita memberi, In Shaa Allah akan lagi banyak kebaikan yang kita dapat nanti. Jangan kedekut untuk menghulurkan pemberian. Kalau rasa-rasa kita pokai time tu.... Kita still boleh sedekahkan senyuman and doa. Tak susahkan?

Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan saya yang sudi belikan kerongsang cantik ni untuk saya. Saya sangat suka sebab saya tak ada kerongsang style macam ni. Semuanya cantik ^^

Terima kasih daun keladi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!