Ahad, 5 Mei 2013

Diari Saya untuk Tahun 2013

Lamanya tak tulis diary. Rasanya last diary saya adalah pada tahun 2010. (Rasanya la....). Bila buka balik diary yang lama-lama tu.... Seronok pula baca balik. Sebab dalam tu bukan setakat tulisan yang serabut, tapi segala resit, tag, tiket, gambar etc.... Semua saya kepilkan dalam tu.

Tahun ni ingat nak tulis diary juga. Walaupun agak lewat.... Dah bulan Mei... Tapi bagi saya tak apa pun. Kali ni lagi canggih. Semua guna benda free. Pen tu saya dapat dari Majlis Profesor Negara. Dan buku diary tu dari pejabat TNCPI Universiti Malaya.

Diary ni jadi best kalau kita kreatif. Contohnya dalam tu kita boleh tambah kita punya sketch, atau print gambar kecil-kecil dan kepil dalam diary. Yang lagi best bila kita pakai pen warna warni untuk scribbling.

Diary ni semua rahsia ada kat dalam tu. Kan? Kan? ;p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!