Isnin, 13 Mei 2013

Crazy-Crazy Us - Part 4

Ini kalilah! Setelah mengecewakan kawan saya kerana tak dapat menjadi tour guide yang bertauliah.... Hari ni saya balas balik semua kesalahan tu. Awal pagi bangun hantar my mum pergi kursus haji. Then balik bersiap dan terus blah pergi amik kawan. Amaran! Bawa selipar sebab kami akan pergi Tanjung Aru!!!

Walaupun mula-mula saya agak tension sikit sebab saya dah terlewat dan kereta kat belakang sikit terlanggar kereta saya, tapi dah recover balik semuanya apabila berjumpa ngan pantai. Bermain air laut tak ingat dunia. Haha. Dah la memang jenis suka pergi pantai. Nasib tak bawa baju spare. Kalau tak..... Yeeeeaaahhh mandi laut! Then tunggu Sugar Bun buka tapi dah jam 10 tak buka lagi.

Jadi kami blah pergi area Putatan. Makan kat sana. Makan nasi dan lauk sotong bakar etc. Nyam nyam! Pas tu gerak pergi Muzium Sabah. Bayar tiket RM2. Masuk dalam muzium dah banyak improvement sebab dah buat renovation. Pas tu kami pergi Muzium Marin UMS pula. Tapi ada sedikit traffic jam, sempat lagi kawan saya tertidur kat dalam kereta.

Dah tu, singgah makan lokan bakar dan minum kelapa bakar madu (tapi tak sedap la. Best lagi kelapa yang original). Sambil makan keropok ikan dalam kereta..... Blah pergi 1Borneo lagi sebab nak main bowling. Tapi saya tak pandai main jadi tengok saja la. Kena pujuk pun tetap saya tak nak. Hehe. :b Pas tu pergi main archery. Memang favourite saya.

Dah boring di 1Borneo sebab 3 hari berturut muka kami saja, kami blah pergi makan satay. Saya makan 5 cucuk, kawan makan 25 cucuk. Macam mana tu? Tu la destinasi paling last dan pas tu saya hantar kawan saya balik rumah.....

End of story.





P/S - Kami memang jalan-jalan cari makan. Sebab makan makan makan!!

2 ulasan:

  1. na...cerita pasal pantai..lama udah p pantai..sok mau pantai la mau cuci mata..hahaha

    BalasPadam

Terima kasih!