Jumaat, 10 Mei 2013

Crazy-Crazy Us - Part 2

Okay! Untuk hari berikutnya.... 9hb Mei 2013, perjalanan diteruskan lagi oleh kami. Kali ni kami lepak kat 1Borneo pula. Oleh kerana hari hujan dan tiba-tiba saya ada meeting persediaan lawatan rasmi ke Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia... Jadi saya kena datang office juga walaupun cuti.

Tapi sebelum tu makan dulu kat Sushi King 1Borneo. Memang best dapat makan makanan Jepun. Order mixed bento. Lepas tu order lagi sup scallops. Then makan sushi lagi.

Tak puas lagi.... Direct terus pergi karaoke menyanyi puas-puas sampai sakit suara. Sebenarnya nak hilangkan tension sebab petang tu ada meeting. Keluar saja dari tempat karaoke.... Tiba-tiba kami ketawa. Tau kenapa? Sebab kat luar hujan lebat. Ahahaha! Memang dah agak dah... Lepas tu blah ke UMS sebab ada meeting jam 3 petang. Nasib baik ada payung. Walaupun payung golf tu besar... Hentam la yang penting payung.

Habis meeting (banyak-banyak minta maaf kat kawan saya sebab sepatutnya cuti tapi hal kerja tak boleh elak)... Kami balik lagi ke 1Borneo. Sebab.... Nak tengok wayang. Hehehehe..... Walaupun saya dah tengok Ironman 3 sebanyak 2x... Tapi saya dah janji ngan kawan saya ni yang saya nak tengok Ironman 3 ngan dia. Jadi buat kali ke-3, saya tengok Ironman 3 lagi. Yeah. Rezeki. Hehe..

Dah puas tengok wayang, kami pergi makan kat Homes lagi. Rasanya memang kami ni jalan sambil makan saja tau. Bagus juga la sebab dah lama saya rasa tak ada mood nak makan banyak. Ini kalilah! Dah tu abis cerita.... Pulang dengan gembira. Wipi!




3 ulasan:

Terima kasih!