Rabu, 22 Mei 2013

Cara nak Relaxkan diri dari Tekanan Kerja

Berikut adalah tips mengurangkan tekanan kerja.... mengikut cara saya.... ^^

1. Dengar lagu sambil buat kerja. Kalau nak best.... Dengar bacaan ayat Al Quran atau surah pilihan. Sejuk hati... kan?

2. Jangan buat kerja 24 jam. Kena rehat juga. Take 5. Pergi amik minuman atau berbual ngan sesiapa sekejap. Tak pun.... Tengok Youtube. Search "Worst Bollywood Action Scene" atau "Worst Music Video" atau "Worst Movie Death Scene Ever". Gerenti menggila kalau tengok. Nak lagi best.... Buka my favorite page Sabahan Troll. Boleh juga kalau nak baca karangan budak ni. Terima Kasih Datuk. 

3. Masa rehat tu amik la masa 5 minit untuk tutup mata kejap. Ataupun tengok pemandangan hijau kat luar.

4. Hubungi orang yang kita sayang. Dapat dengar suara sekejap pun jadi la. 

5. Attitude - Sentiasa berfikiran positif dan yakin dapat menyelesaikan masalah dengan baik walaupun dalam keadaan gawat. Elakkan bercerita perkara negatif. Nanti tambah tekanan. Kalau nak cerita juga make sure dapat neutralkan diri selepas tu supaya aura negatif nyah jauh-jauh.

6. Masa drive pulang dari tempat kerja.... Jadikan kereta anda sebagai tempat mengadu. Contohnya pasang muzik kuat-kuat. Melalak dalam tu. Atau menari terus lagi best. Nak yang bagus sikit.... Mengaji kuat-kuat dalam kereta. make sure tak hilang fokus masa kat jalan raya.

7. Solat. Lepas wudu' and solat.... In shaa Allah hati menjadi tenang.

8. Senyum dan sentiasa ceria. Kalau boleh.... masa tengok cermin tu, bagi senyuman kat diri sendiri sekejap. Haha

9. Pandai bajet mana satu nak buat kerja dulu. Kalau rasa berat kepala.... Buat kerja yang ringan dulu.

10. Balik rumah jangan ingat pasal kerja lagi. Tinggalkan masalah tu di dalam office. Rumah is rumah. Office is office.

11. Makan snek kegemaran sambil buat kerja. (Pilih makanan sihat)

12. Senaman after working hour

13. Beli smartphone atau tablet. Boleh surf Internet terutama kalau outstation. Tekanan kalau tak ada internet.

14. Working desk yang semak membuatkan fikiran kita semak juga. Amik masa kejap untuk kemas meja tu.

15. Berdoa agar dijauhkan segala tekanan kerja.

^^ Banyak lagi cara lain sebenarnya. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!