Rabu, 1 Mei 2013

Berikan Peluang Kedua atau Move Forward?

Kenapa dulu sewaktu masih bersama.... tak nak menghargai? Kita menyayangi sepenuh hati dan berikan yang terbaik. Kita tak ada masa pun tapi untuk orang yang tersayang.... masa tu kita adakan juga. Tapi pasangan kita tak reti nak jaga kita baik-baik. Ignore kita, cakap yang bukan-bukan dan bla bla bla. Bila kita dah decide nak tinggalkan dia... sana la baru pasangan kita terkial-kial nakkan kita balik. Lepas tu baru terkial-kial juga ikut semua apa yang kita nak dia buat sebelum ni. Adakah berbaloi untuk kita terima dia balik dengan sepenuh hati? Atau better kita blah saja tinggalkan dia?

Sebenarnya benda ni ikut situasi. Tak senang kita nak tinggalkan orang yang kita sayangi macam begitu saja. Lebih-lebih lagi kalau kita dah lama kenal dia. Ingat.... kita kena hargai pasangan kita. Once kita cakap benda yang boleh menyentuh sensitivity dia.... ada peluang dia akan tinggalkan kita. Contohnya la....  kita cerita tak baik pasal keluarga pasangan kita.... siapa yang tak marah? Kita buat endah tak endah kat dia... buat main-main hubungan tu.... anda fikir sendiri apa akibatnya. 

Ibarat lantak kayu dengan paku.... then cabut balik. Kesannya tetap ada. Begitu juga la dengan hati ini. Mungkin dia terima kita balik... tapi dah tak sama macam dulu.

Peluang kedua?
Antara KEBAIKAN berikan peluang kedua kepada pasangan tentunya kita dapat bersama-sama dengan orang yang kita cintai tu kembali. Tak perlu nak cari orang lain sebab dia tentunya dah berjanji ngan kita supaya akan lebih menghargai + menyayangi kita. Masa tu la dia rasa nak tebus balik kesalahan dia dan dah start ikut nasihat yang kita berikan. Selain itu, perhatian yang lebih akan diberikan. Hidup pun rasa bahagia sebab kita memang suka kat dia... then kita tengok dia pun dah berubah.... love percent dia kat kita pun makin bertambah....Sejuk hati. Kan? Tentunya kekecewaan kita boleh diubati kerana mesti la kita bercita-cita untuk bersama orang yang kita cintai itu sampai bila-bila. Bertuahnya hidup kita kerana pelbagai dugaan yang datang berjaya ditempuhi bersama. Cheewah!

Tapi.... cuba fikir pada PERSPEKTIF YANG BERBEZA. Walau dia dah janji dia tak akan buat lagi... bagaimana pula pada masa akan datang? Mungkin 2-3 tahun ni memang la dia tak buat. Tapi dah 20 tahun akan datang macam mana pula? Adakah dia ikhlas merubah dirinya? Atau hanya lakonan semata-mata  kerana takut ditinggalkan? Adakah berbaloi kita accept dia balik sedangkan dia dah buat kita marah kerana perangainya yang kita tak boleh terima? Kalau dia betul-betul cintakan kita... kenapa dia buat benda yang tak sepatutnya dia buat? Kenapa dulu tak nak jaga baik-baik... sekarang baru nak terhegeh-tegeh jaga kita?

Move Forward?
Antara KEBAIKAN kita move forward ni... kita dah tak perlu lagi fikirkan pasal cinta kita dulu... Yang hanya menyakitkan hati. Yang tak reti nak jaga kita baik-baik. Di sini la peluang kita untuk berkenalan dengan yang lain. Mungkin orang itu adalah jodoh kita? Siapa tau. Mungkin orang ini juga la yang akan menjaga kita sebaiknya, yang mencintai kita sepenuh perasaan (chhewaaahh!) yang akan mencintai kita kerana diri kita. Ini la juga peluang kita untuk membuka mata kita... Mencari perspektif baru, mencari cinta baru yang kita idam-idamkan. Bak kata seseorang - If you had a second chance at true love would you take it? I don't think I would, because if it were true love one chance is all you need... Ada betulnya juga.

Tapi..... kalau kita move forward.... betulkah kita akan diberi peluang untuk temui seseorang yang lebih baik dari dia? Adakah move forward hanya sinonim dengan perkataan MUNGKIN? Apa akan terjadi dengan pasangan kita yang sebelumnya itu nanti? Adakah dia akan berdendam dengan kita jika kita dah temui cinta baru? Adakah dia membenci kita? Adakah dia akan bongkarkan segala rahsia yang kita dah buat kat dia kalau kita tinggalkan dia... jadi kita terpaksa terima dia dengan hati yang tak rela?

::: ____________________________________________________ :::

Sebenarnya kedua-dua options pun ada baik dan buruknya. Semua itu perlu dinilai oleh kita sendiri. Jika banyak baiknya.... tak salah kita berikan dia peluang kedua. Bak kata Nishan Panwar - Forgiveness to me doesn't mean accepting someone's apology. It means understanding fully that a person made a mistake but is worthy a second chance. Jadi gunakan la peluang ini sebaiknya. Tetapkan niat yang ikhlas, berusaha untuk berubah! 

A second chance doesn't mean anything if you haven't learn from it. Belajar dari kesilapan. Itu yang sebaiknya! Orang yang diberi peluang kedua patut bersyukur kerana DIBERIKAN PELUANG. Jangan lakukan kesalahan lagi. Belajar hargai dia sebaik mungkin.

Jika kita ragu-ragu.... Solat Istikarah. Mohon petunjuk daripada Allah s.w.t... Sentiasa berdoa kepadaNya. Kerana Allah Maha menentukan segalanya. Jika kita rasa tak berbaloi menunggu.... teruskan hidup ini tanpa dia...

But seriously for me... kalau nak jadi orang yang berjaya, move forward. Masa tak tunggu kita. :-)

Untuk lebih banyak quotes menarik.... klik link ini. Search Quotes

2 ulasan:

  1. betul gak 2...kita yg kejar masa..bkn masa yg kejar kita...klu mkin di biar..makin parah jdinya...

    BalasPadam

Terima kasih!