Rabu, 29 Mei 2013

Mabul World Turtle's Day - My Perspective

Memang saya gilakan laut yang cantik. Dan sangat excited bila Prof suruh saya ikut ke Pulau Mabul, Semporna untuk menghadiri Mabul World Turtle's Day. Dalam kepala otak memang dah terbayang laut yang biru dan cantik..

Okay. Kami berjalan menggunakan jalan darat. Saya balik kerja jam 5.30PM, terus siap mandi (tak sempat makan) dan terus blah balik ke UMS. Dalam jam 10PM, kami dah bertolak. Dalam kereta memang ngantuk. Tidur.. bangun... tengok internet.... tidur balik.... bangun... tengok internet dan seterusnya. Saya ingat lagi jam 2 pagi kami singgah makan maggi goreng sambil tengok cerita Indonesia. Sampai kat Semporna kira-kira jam 7 pagi. nak check in hotel... tak terima pula sebab masa check in adalah jam 12.00PM. Last-last duduk kat Seafest Hotel dan syukur kerana mereka terima juga check-in waktu pagi gitu dan check out jam 4PM. Ngam pula staff bahagian korporat ada kat sana, jadi saya tumpang bilik mereka saja la Tak lama pun nak check in kat sana... Just untuk mandi dan tukar baju saja sebab event start jam 10.45AM kalau ikutkan jadual.

Tak kisah mata tak cukup tidur... itu bukan penghalang. After breakfast dan bersiap, kami terus ke jeti pelancong. Naik boat dan lebih kurang sejam juga nak sampai dari Semporna ke Mabul. Pemandangan sangat indah. Walaupun ada hujan kejap tapi tak jadi masalah.


Dah sampai Pulau Mabul... rasa excited sebab air sangat jernih. Boleh nampak tapak sulaiman tu kat dalam laut. Punya la saya suka. 



Masa start event, semuanya okay. Event dirasmikan oleh Datuk Pang Yuk Ming, Assistant Minister for the Ministry of Tourism, Culture and Environment Sabah... bertempat di Uncle Chang's Sipadan Mabul Dive Lodge. Seronok dapat tengok penyu kena tagging. Sempat juga saya pegang penyu tu tapi tak sempat amik gambar. Mana lagi laut yang cantik... betul-betul seronok dapat bertugas waktu tu. Dapat berkenalan ngan ramai orang lagi.... Weeeee ^^


Naik bot polis ^^

Pulau Bohey Dulang yang sangat cantik

Posing jap

Isnin, 27 Mei 2013

Inai Kuku dengan Mudah

Tak semestinya orang yang nak kahwin baru boleh pakai inai. Yang still bujang pun boleh pakai juga. 

Saya suka pakai inai sebab nampak cantik saja. Lagipun kalau pakai cat kuku, tak boleh solat sebab cat kuku tak masuk air. Tapi kalau guna inai boleh. Sekarang kalau nak guna inai tak perlu lagi petik daun inai... tumbuk hingga lumat... lepas tu baru boleh tampal kat kuku. Sekarang dah ada yang instant.

Hari tu kebetulan my family baru balik dari umrah dan ada beli sekotak inai dari Mekah. Jadi saya pun dengan sukahatinya pakai la kat kuku. Jenama inai tu adalah Rani Nail Henna. Rasanya kat Malaysia pun ada juga jual kot kat kedai-kedai muslimah. 

Caranya senang saja sebab inai tu kat dalam tiub. Just sapu kat kuku. Tapi still kena buat dengan berhati-hati sebab takut terkena kat kulit, nanti merah pula kulit. Paling bagus, kalau terkena saja kat kulit.... terus lap cepat-cepat. Lepas tu tunggu la beberapa minit. Biasanya saya akan tunggu selama 30 minit. Kalau lama sangat nanti jadi hitam pula. Pastikan kita basuh kuku yang kita letak inai terlebih dahulu untuk ratakan warna inai ngan jari yang sebelah lagi. Sebab kalau tak... nanti sebelah terang sebelah tak. Itu tips saja.

Nak lagi nampak cantik? Sebelum letak inai, kita kilatkan dahulu kuku dengan pengilat kuku. Pas tu baru bubuh inai.  

Sebelum letak inai baru

Tengah tunggu inai selama beberapa minit


Tada! (Kuku saya memang kecil -_-)

Jenama inai yang saya gunakan. Tak mahal. Dalam dua tiga ringgit je kot kalau kat Malaysia

Sabtu, 25 Mei 2013

Punya Excited....! Jumpa Balik Kenangan Lama

Kenangan akan tetap menjadi kenangan. Kononnya masuk bilik... Nak buka balik komik yang saya beli masa sekolah dulu. Tapi terjumpa benda lain pula... Lepas tu ketawa sendiri kat dalam bilik macam orang kurang siuman. Saya jumpa diary tahu. 2003 dan 2010..... Serta komik yang saya lukis dulu. 

Mula la membelek diary.... Rasa nak ketawa pun ada bila baca diari 2003. Banyak gila kenangan kat dalam tu yang saya tak ingat lagi. Diary tu ditulis dalam Bahasa Inggeris. Kira good girl la dulu sebab balik sekolah... Duduk diam di rumah. Tak pergi merayau. Diari 2010 pula, masa saya degree. Lagi la lucu sebab ditulis dalam Bahasa Melayu. Cerita gaduh dengan itu ini... Cerita buat assignment... Semua ada kat dalam tu. Tapi stop kat tengah-tengah... Lepas tu tak tulis diari lagi sebab dah start kerja kot. Terus malas nak tulis.

Bila tengok balik manga yang saya buat dulu... Terfikir juga.... Rajinnya saya melukis dan mewarna sampai buat satu buku gitu. Sekarang ni punya la malas. Skill melukis pun macam tu saja. Tapi cerita ni seronok. Ada sambungan lagi part 2 tapi tak buat sampai sekarang. Watak utama ada Aki dan Rey. (Aki memang menjadi pujaan si Rey ni dan dia memang suka kat Aki. Cuma tak ngaku. Haiya Rey...... .. Aki pun suka kat kamu la!) Apa yang saya merepek ni. 

Tapi sebenarnya cerita dia ni pasal..... Aki dan Rey ni belajar satu sekolah. Aki ni kerja kat satu restoran. After school dia ada extra work la kiranya. Dia kawan baik ngan Rey. Aki ada seorang adik nama Aiko. Dan adik dia ni baik ngan Rey. Aiko ni suka kalau Aki tu couple ngan Rey. Aki dan Rey ni gila-gila dan memang bestfriend. Tapi dalam diam.... Masing-masing ada hati. Ceiii..... Memang kisah cinta sakura no ai la ni. Haha! Tapi bukan tu saja. Dalam cerita ni ditambah ngan elemen magic sikit iaitu.... Sebenarnya mereka dah pernah bertemu pada masa silam. Tapi nama mereka lain.... Leo dan Sakura. Memang dah ditakdirkan mereka bersama cuma bila dah lahir balik kat dunia, mereka jadi bestfriend pula. (mana boleh bercinta terus). Masa zaman silam.... Leo dab Sakura adalah pahlawan. Dan bertugas melindungi seorang puteri dari musuh durjana. (dah start cerita karut). Lama-lama tu semua watak terlibat sedar siapa mereka pada zaman dahulu. Ada yang jahat and baik. So bermula la perang..... Sambung part 2.

Macam tu la ceritanya. Komik tu saya buat tahun 2005. Teringin nak sambung part 2 tapi otak dah berkarat. Kalau saya sambung.... Nanti kerja tak terbuat. Mana lagi nak sambung Master.... Tak cukup tangan weh.



Jumaat, 24 Mei 2013

Thank You Diman!

Ada farewell party tapi ada orang nak belanja makan juga. Jadi masa makan kat majlis perpisahan tu.... kami dah set makan sikit saja. Lepas tu blah terus pergi 1Borneo.... Makan kat Chicken Rice Shop. Nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada my colleague, Diman yang sudi belanja kami. 

Tapi yang lucunya.... tiba-tiba masa tu tak ada elektrik. Gelap terus 1Borneo. Tapi aktiviti makan still on seperti biasa.

Okay Diman! Lain kali belanja lagi! ^^




Hadiah Tidak Semestinya Mahal

Tak kira mahal atau murah hadiah tu.... Yang penting kita kena ikhlas kalau nak bagi kat orang. Orang memberi... Kalau boleh kita jangan la tolak. Nanti kecil hati pula sebab orang dah bersungguh nak bagi kat kita. Tapi ingat! Kena tengok juga ngan siapa kita terima hadiah tu. Takut kena perangkap! Oleh itu, perkara terpenting kat sini adalah sentiasa berhati-hati dan ketahui tujuan kenapa orang tu bagi kat kita.

Maksud keikhlasan di sini adalah kita memberi tanpa mengharapkan balasan. Apa-apa pun, niat kena betul. Lagi banyak kita memberi, In Shaa Allah akan lagi banyak kebaikan yang kita dapat nanti. Jangan kedekut untuk menghulurkan pemberian. Kalau rasa-rasa kita pokai time tu.... Kita still boleh sedekahkan senyuman and doa. Tak susahkan?

Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan saya yang sudi belikan kerongsang cantik ni untuk saya. Saya sangat suka sebab saya tak ada kerongsang style macam ni. Semuanya cantik ^^

Terima kasih daun keladi!

Rabu, 22 Mei 2013

Cara nak Relaxkan diri dari Tekanan Kerja

Berikut adalah tips mengurangkan tekanan kerja.... mengikut cara saya.... ^^

1. Dengar lagu sambil buat kerja. Kalau nak best.... Dengar bacaan ayat Al Quran atau surah pilihan. Sejuk hati... kan?

2. Jangan buat kerja 24 jam. Kena rehat juga. Take 5. Pergi amik minuman atau berbual ngan sesiapa sekejap. Tak pun.... Tengok Youtube. Search "Worst Bollywood Action Scene" atau "Worst Music Video" atau "Worst Movie Death Scene Ever". Gerenti menggila kalau tengok. Nak lagi best.... Buka my favorite page Sabahan Troll. Boleh juga kalau nak baca karangan budak ni. Terima Kasih Datuk. 

3. Masa rehat tu amik la masa 5 minit untuk tutup mata kejap. Ataupun tengok pemandangan hijau kat luar.

4. Hubungi orang yang kita sayang. Dapat dengar suara sekejap pun jadi la. 

5. Attitude - Sentiasa berfikiran positif dan yakin dapat menyelesaikan masalah dengan baik walaupun dalam keadaan gawat. Elakkan bercerita perkara negatif. Nanti tambah tekanan. Kalau nak cerita juga make sure dapat neutralkan diri selepas tu supaya aura negatif nyah jauh-jauh.

6. Masa drive pulang dari tempat kerja.... Jadikan kereta anda sebagai tempat mengadu. Contohnya pasang muzik kuat-kuat. Melalak dalam tu. Atau menari terus lagi best. Nak yang bagus sikit.... Mengaji kuat-kuat dalam kereta. make sure tak hilang fokus masa kat jalan raya.

7. Solat. Lepas wudu' and solat.... In shaa Allah hati menjadi tenang.

8. Senyum dan sentiasa ceria. Kalau boleh.... masa tengok cermin tu, bagi senyuman kat diri sendiri sekejap. Haha

9. Pandai bajet mana satu nak buat kerja dulu. Kalau rasa berat kepala.... Buat kerja yang ringan dulu.

10. Balik rumah jangan ingat pasal kerja lagi. Tinggalkan masalah tu di dalam office. Rumah is rumah. Office is office.

11. Makan snek kegemaran sambil buat kerja. (Pilih makanan sihat)

12. Senaman after working hour

13. Beli smartphone atau tablet. Boleh surf Internet terutama kalau outstation. Tekanan kalau tak ada internet.

14. Working desk yang semak membuatkan fikiran kita semak juga. Amik masa kejap untuk kemas meja tu.

15. Berdoa agar dijauhkan segala tekanan kerja.

^^ Banyak lagi cara lain sebenarnya. Selamat mencuba!

Timun Kedayan

Kenapa timun Kedayan? Seriously saya pun tak tau kenapa kena panggil timun Kedayan.

Timun Kedayan saiz dia kecil. Bukan anak timun atau apa tapi memang saiz dia macam tu. Kat Kota Kinabalu saya tak tau mana jual tapi kalau kat Labuan ada jual di pasar. Tu pun kadang-kadang susah nak cari. Mungkin sebab kat Labuan ramai orang Kedayan dan timun tu boleh dicari kat sana.... Sebab tu la nama dia timun Kedayan.

Apa yang best pasal timun kedayan ni?

Timun ni tak banyak biji. Bagi saya lagi sedap dari timun biasa atau timun jepun. Lepas tu saiz kecil. (Rujuk gambar. Yang kecil tu timun Kedayan dan yang satu lagi tu timun biasa. Minta maaf la timun dah naik kuning sebab lama kat fridge). Timun ni unik and susah nak cari. Ingat nak tanam tepi rumah la lepas ni. 

Seronok ada timun gini comel.


Isnin, 20 Mei 2013

Koleksi Karangan "Terima Kasih Datuk"

Tiap kali saya baca karangan ni.... mesti akan gelak punya...



 _____________________________________________________
Ni ada lagi karangan budak yang lain. Pun lucu juga





Si Owren


Walaupun miaw ku si Owren ni tak la hebat macam kucing parsi yang lain... tapi dia tetap menjadi salah seekor kucing kesayanganku. Ni gambar dia masih muda lagi. Sekarang dah berumur sikit. Mata dia tu kaler kuning sebenarnya tapi ni gambar dah tak original.... kaler mata pun boleh tukar jadi biru. Eksyen sikit.

Kucing ni tak suka mengiaw. Biasanya akan diam saja. Kalau mengiaw pun suara macam tak keluar. Slow saja bunyinya. Kadang-kadang bila saya panggil kat sebelah sini, dia tengok kat tempat lain pula. Tapi kucing ni manja. ^^

Sebab tu saya sayang dia...

Nak Ngorat Anak Gadis Kena Tackle Bakal Mertua Dulu

Kita boleh tau kalau orang tu betul-betul suka kat kita atau tak... Ada tak niat dia nak jumpa kedua orang tua kita?

Jadi ada sedikit tips kepada para gentlemen sekalian tentang cara-cara nak tackle bakal mertua ^^  

1. Kalau ke rumah bakal mertua..... bagi salam dulu. Muka kena senyum, confident, pakaian kemas, rambut pun kemas. Salam tangan bakal bapa mertua. Buah tangan jangan lupa bawa.

2. Sentiasa tanya khabar bakal mertua. Kirim salam and keep in touch ngan mereka selalu.

3. Buat research sikit. Contohnya kalau bakal bapa mertua suka main golf... study la sikit pasal golf. Nanti kalau dia tengah berbual-bual, ada juga topik kita nak cerita ngan dia. 

4. Siapa yang tak suka kalau bakal menantu jenis ringan tulang... Kan? Biasakan diri untuk menjadi seperti ini. Rajin-rajin datang dan menolong kalau kena jemput kenduri kahwin.... majlis tahlil etc.

5. Jangan kedekut wang dan ilmu. Ajak la pergi makan kat luar. Kat sana la bakal mertua akan tanya pelbagai soalan. Time tu la masa yang sesuai untuk tackle mereka. 

6. Apa-apa pertanyaan kena jawab dengan jujur dan penuh yakin. Jangan asyik goreng cerita. Bahaya untuk kesan jangka panjang.

7. Sebelum nak tackle, kena buat persiapan diri dulu. Tak boleh main masuk line macam tu saja. Kalau nak tunjuk kita betul-betul serius.... kena prepare everything.... Amal ibadat yang sempurna, kelengkapan materials etc. Kalau tak ada apa-apa macam mana nak kahwin ek?

Apa-apa pun.... orang tua memang inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Lebih-lebih lagi kalau anak gadis tu adalah anak kesayangan.... Mesti nak bakal menantu yang sesuai. Goodluck kepada para gentlemen! Di samping tu jangan lupa berdoa. Tu yang terpenting!

Ahad, 19 Mei 2013

Kenapa Saya Menulis Blog?

Ini adalah blog pertama dan mungkin juga yang terakhir saya. Mula menulis blog pada tahun 2010 (actually dah kena promote masa tahun 2006 lagi oleh pensyarah masa Diploma dulu, tapi buat-buat tak tau masa tu). semasa saya masih amik degree lagi. Tapi masa tu tak berapa aktif sangat sebab sibuk buat assignments kot. Then sambung aktif balik after saya kerja pada tahun yang sama. Walaubagaimanapun.... Selepas penapisan page (sebab sekarang dah pakai tudung).... Banyak page sekitar tahun 2010, 2011 dan 2012 yang saya dah delete. Tapi tak apa. Kerana blog saya adalah tetap blog saya.

Kenapa saya menulis blog? Just to share pengalaman saya, tips-tips yang mungkin berguna untuk sesiapa, share gambar yang pelbagai, to speak out pendapat saya dan yang penting blogging is my hobby. Oleh kerana saya selalu outstation, suka pergi tempat menarik, gila makan-makan ... Rasanya ada banyak benda yang saya boleh kongsikan. Kenangan terindah bersama family dan rakan-rakan juga perlu diselitkan dalam my blog. Kerana mereka amat bernilai buat saya. :)

Sumber inspirasi? Saya suka tengok blog Xiaxue, Katinosky, QiuQiu dan Dawn Yang. Mereka sangat cantik dan saya enjoy reading their blog.

Bagi sesetengah individu, blog dijadikan sebagai online diary. Saya pun.... Mungkin ya. Tapi tak semua cerita boleh dimasukkan ke dalam tu kan? Hahaha. Baru teringat... Kenapa saya suka tulis blog? Mungkin juga sebab dulu saya student sastera masa sekolah menengah kot. Saya memang suka menulis cerpen (selain buat cerita komik) dan pernah mewakili sekolah dan zon dalam pertandingan berunsur bahasa dan kesusasteraan ------> sajak, pantun, bahas ala parlimen dan forum. (Agak nerd ek masa kat sekolah? That's me.)

Nampaknya cerita saya makin melalut. Apa-apa pun, goodluck kepada semua blogger! Kepada sesiapa yang tak ada blog, jom la try menulis blog :)

Sabtu, 18 Mei 2013

Jalan Masjid India.... Apa yang Best kat Sana?

Kebetulan ada lawatan rasmi Jabatan Canselori UMS ke IPTA di semenanjung Malaysia. Dan ngam pula tu rombongan kami tinggal di kawasan yang paling strategik... area Jalan Masjid India. 

Kaum perempuan paling suka kat area ni sebab banyak kain, tudung, manik, brooch.... jual di sana. Kedai dah start buka seawal jam 9.30 pagi. Bagi sesiapa yang nak borong banyak-banyak, datang la ke sini. Kena pandai tawar menawar juga tau untuk dapatkan harga paling murah. 

Ada banyak kedai. Berderet-deret macam style Tanah Abang, Indonesia pula saya tengok. Walaupun tengah bersuka ria membeli belah, jangan lupa dompet dan handphone. Sebolehnya bawa la beg selempang sebab senang nak sangkut. Ada juga kedai-kedai yang kira top seperti Ariani, Jakel dan Gulatis. Pilih la mana satu ikut citarasa masing-masing.

Kalau hajat nak pergi membeli belah kat sini, hotel-hotel area ni pun ada banyak juga. Noble Hotel, StarPoints Hotel etc. Memang banyak la.



War Memorial Labuan

Sempena memperingati askar-askar yang terkorban Australia yang terkorban semasa penaklukan Jepun di Labuan, War Memorial ini telahpun diwujudkan. Selain askar mat salleh, askar Singh juga antara yang terkorban. Sebanyak 1788 kubur yang terdapat di sini.

Tempat ni terletak tak jauh daripada bandar Labuan. Seperti biasa, pengunjung dilarang melakukan benda yang kurang sopan, berlari-lari dan beberapa lagi pantang larang lain kerana kawasan ini adalah kawasan suci. Tiap tahun keluarga kepada askar terkorban akan hadir untuk memberikan penghormatan kepada keluarga mereka. Tempat ni sangat cantik dan bersih kerana dikawal rapi oleh pihak petugas. Terima masih kepada mereka kerana sentiasa menjaga kebersihan kawasan ini.

Kalau melawat Labuan... Tak sah kalau tak pergi War Memorial. Mesti kena pergi walaupun sekali.




Isnin, 13 Mei 2013

Crazy-Crazy Us - Part 4

Ini kalilah! Setelah mengecewakan kawan saya kerana tak dapat menjadi tour guide yang bertauliah.... Hari ni saya balas balik semua kesalahan tu. Awal pagi bangun hantar my mum pergi kursus haji. Then balik bersiap dan terus blah pergi amik kawan. Amaran! Bawa selipar sebab kami akan pergi Tanjung Aru!!!

Walaupun mula-mula saya agak tension sikit sebab saya dah terlewat dan kereta kat belakang sikit terlanggar kereta saya, tapi dah recover balik semuanya apabila berjumpa ngan pantai. Bermain air laut tak ingat dunia. Haha. Dah la memang jenis suka pergi pantai. Nasib tak bawa baju spare. Kalau tak..... Yeeeeaaahhh mandi laut! Then tunggu Sugar Bun buka tapi dah jam 10 tak buka lagi.

Jadi kami blah pergi area Putatan. Makan kat sana. Makan nasi dan lauk sotong bakar etc. Nyam nyam! Pas tu gerak pergi Muzium Sabah. Bayar tiket RM2. Masuk dalam muzium dah banyak improvement sebab dah buat renovation. Pas tu kami pergi Muzium Marin UMS pula. Tapi ada sedikit traffic jam, sempat lagi kawan saya tertidur kat dalam kereta.

Dah tu, singgah makan lokan bakar dan minum kelapa bakar madu (tapi tak sedap la. Best lagi kelapa yang original). Sambil makan keropok ikan dalam kereta..... Blah pergi 1Borneo lagi sebab nak main bowling. Tapi saya tak pandai main jadi tengok saja la. Kena pujuk pun tetap saya tak nak. Hehe. :b Pas tu pergi main archery. Memang favourite saya.

Dah boring di 1Borneo sebab 3 hari berturut muka kami saja, kami blah pergi makan satay. Saya makan 5 cucuk, kawan makan 25 cucuk. Macam mana tu? Tu la destinasi paling last dan pas tu saya hantar kawan saya balik rumah.....

End of story.





P/S - Kami memang jalan-jalan cari makan. Sebab makan makan makan!!

Jumaat, 10 Mei 2013

Crazy-Crazy Us - Part 3

Okay... Yesterday dah bawa ke 1Borneo. Kali ni (part 3) bawa ke..... 1Borneo juga. Hehe... Sebab kenapa? Sebab saya kena pergi office buat sedikit kerja yang sangat-sangat urgent. Jadi saya minta maaf ngan kawan saya sekali lagi sebab sepatutnya saya cuti tapi kena pergi office juga.

Sebelum pergi office... sempat pergi makan kat Grace Point. Explain sikit pasal tugu peringatan Double Six yang terletak tak jauh dari area tempat makan.

Kebetulan masa tu hujan lebat. So pergi 1Borneo tengok wayang hantu. Haha. Saya tak suka sangat tengok wayang hantu tapi tak tau gila apa masa tu.... Kami pergi tengok 9-9-81... Cerita hantu Thai. Dengan berbekalkan makanan yang banyak... Sambil tengok wayang sambil makan. Lepas tu gelak sendiri sebab banyak makan. Tapi seperti biasa, cerita hantu ni saya tak banyak tengok. Tutup muka la. Haha. Rugi! Sebenarnya cerita tu best. Sebab dalam filem tu cerita dia berkisahkan kepada pelbagai watak berbeza tetapi pada kejadian yang sama.  

Lepas tu blah balik. Kebetulan ada ole-ole from KK saya nak bagi, so masa tu saya bagi juga la. Selimut gebu.. Memang selesa :b


Crazy-Crazy Us - Part 2

Okay! Untuk hari berikutnya.... 9hb Mei 2013, perjalanan diteruskan lagi oleh kami. Kali ni kami lepak kat 1Borneo pula. Oleh kerana hari hujan dan tiba-tiba saya ada meeting persediaan lawatan rasmi ke Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia... Jadi saya kena datang office juga walaupun cuti.

Tapi sebelum tu makan dulu kat Sushi King 1Borneo. Memang best dapat makan makanan Jepun. Order mixed bento. Lepas tu order lagi sup scallops. Then makan sushi lagi.

Tak puas lagi.... Direct terus pergi karaoke menyanyi puas-puas sampai sakit suara. Sebenarnya nak hilangkan tension sebab petang tu ada meeting. Keluar saja dari tempat karaoke.... Tiba-tiba kami ketawa. Tau kenapa? Sebab kat luar hujan lebat. Ahahaha! Memang dah agak dah... Lepas tu blah ke UMS sebab ada meeting jam 3 petang. Nasib baik ada payung. Walaupun payung golf tu besar... Hentam la yang penting payung.

Habis meeting (banyak-banyak minta maaf kat kawan saya sebab sepatutnya cuti tapi hal kerja tak boleh elak)... Kami balik lagi ke 1Borneo. Sebab.... Nak tengok wayang. Hehehehe..... Walaupun saya dah tengok Ironman 3 sebanyak 2x... Tapi saya dah janji ngan kawan saya ni yang saya nak tengok Ironman 3 ngan dia. Jadi buat kali ke-3, saya tengok Ironman 3 lagi. Yeah. Rezeki. Hehe..

Dah puas tengok wayang, kami pergi makan kat Homes lagi. Rasanya memang kami ni jalan sambil makan saja tau. Bagus juga la sebab dah lama saya rasa tak ada mood nak makan banyak. Ini kalilah! Dah tu abis cerita.... Pulang dengan gembira. Wipi!




Khamis, 9 Mei 2013

Dancing Fountain / Musical Fountain - Perdana Park, Tanjung Aru.

Dancing fountain ni terletak kat Perdana Park, Tanjung Aru.... (Sebelum sampai ke pantai). Masuk dalam dikenakan entrance fee. Ikut masa juga tapi tak ada la kena cas mahal. Selalunya RM1. Dancing fountain boleh disaksikan sampai jam 9.30PM.... bermula dari jam 7.30PM atau jam 8.00PM kot. Tak ingat (masalah hilang ingatan yang keterlaluan). Pada setiap hari.... ^^ Biasanya kalau Sabtu dan Ahad ramai orang... tapi kalau weekdays tak ramai....

Sesiapa yang melawat Sabah.... rugi tak pergi tau!

P/S- Saya teringat pula kat KLCC pun ada juga musical fountain. Duduk lepak kat Dome sambil tengok benda tu, kira menarik juga.