Sabtu, 13 April 2013

Tanam Pokok Tepi Rumah untuk Udara Lebih Segar

Cantiknya halaman rumah kalau dipenuhi tumbuhan hijau!

Saya memang suka gardening dan rumah saya memang dipenuhi oleh pokok buah-buahan dan pokok bunga. Tumbuh-tumbuhan bukan saja boleh menjadikan udara lebih nyaman, tapi membuatkan kita terfikir betapa indahnya ciptaan Tuhan. Hati senang kalau tengok pokok-pokok ni semua sihat. Kadang-kadang saya akan letak baja supaya tanaman lebih subur.

Setiap hujung minggu saya akan tengok tanaman saya ni okay atau tak. Mana-mana yang perlu dicantas... Saya akan cantas. Mana-mana pokok yang berbuah, saya akan bungkus. Nanti kalau banyak hasilnya boleh bagi kat kawan-kawan.

Seronok tau! Lepas ni ingat nak tanam tembikai. Tapi kena prepare semuanya dulu. Pernah juga terfkir nak tanam sayuran kat dalam pasu saja. Haha. Tapi tak tau la menjadi atau tak. Setakat ni yang menjadi adalah bayam, bawang dan lobak. Tu pun just untuk suka-suka saja.

Seriously memang rumah saya ni kira udaranya sejuk juga. Mungkin sebab tumbuhan ni la. Kalau tengahari kadang-kadang tak perlu guna kipas sebab rasa sejuk saja. Kan best kalau dapat tanam macam-macam sayuran. Nanti tak perlu beli kat kedai lagi. Banyak juga idea saya ni sebenarnya tapi nak laksanakan tu perlu teliti dan wang juga kena ada.

Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal.... Jangan lupa bahawa alam ini bukan milik kita selamanya. Oleh itu, pelihara la pokok-pokok ini kerana ia merupakan sumber oksigen, makanan dan kehidupan kita. Saya tak dapat bayangkan dunia ini tanpa pokok. Tak bestnya kalau macam tu kan?

Gambar-gambar kat bawah ni adalah jenis bunga yang ada kat halaman rumah saya :-)













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!