Ahad, 14 April 2013

Snapshot di Gaya Street

Kepada yang berkunjung ke Sabah, selain dari lokasi lokan panggang.... anda jangan lupa juga ke tamu Gaya Street (Sunday Market). Tamu (pasar) ni terletak berdekatan pejabat Tourism Sabah.... dan diadakan pada setiap hari Ahad dari pagi sehingga la tengahari (6.30am - 1.00pm)

Macam-macam dijual kat sini. Ada yang jual binatang peliharaan, sayur-sayuran, souvenirs, makanan dan banyak lagi la. Ada juga perkhidmatan urut kaki oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Kalau nak jalan kat Gaya Street, kena dari hujung ke hujung. Sebab tamu ni kira agak panjang juga la dan terbahagi kepada dua bahagian.

Nak tengok lebih lanjut pasal Gaya Street... sila klik sini.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!