Jumaat, 12 April 2013

Sebarkan Kasih Sayang Melalui Makanan

Kan indah kalau dunia ini dipenuhi oleh kasih sayang. Tiada peperangan dan tiada prasangka buruk antara satu sama lain. 

Salah satu kegemaran saya adalah memasak. Rasa seronok saja kalau lepas memasak (memasak penuh perasaan). Tak kira bila.... kalau saya rasa nak memasak, saya akan menyelongkar peti ais dan sediakan semua bahan-bahan. Kalau tak ada, saya pergi beli kat supermarket. Tak kisah berapa pun harga... yang penting bahan tu ada!

Kenapa kita rasa masakan mak kita yang paling best walaupun kadang-kadang mak kita masak punya la simple. Sebab mak kita akan masak dengan penuh kasih sayang, penuh perhatian.... hanya untuk anak-anak dia. Kalau kita masak untuk orang-orang yang kita sayang.... bila makan makanan tu rasa happy saja. Jadi saya harap saya pun boleh buat macam tu juga.

Seronok kalau kita boleh sebarkan kasih sayang melalui makanan. Kita masak untuk keluarga kita.... untuk orang tersayang atau untuk kawan-kawan kita. Segala usaha yang kita lakukan tu... jika dihargai... kita pun jadi bersemangat. (semangat buat kerja office :b)

Saya terfikir juga... alangkah seronoknya kalau saya dapat sediakan makanan kepada orang-orang yang memerlukan. Saya ada nampak juga kat dalam Internet. Ada satu mat salleh ni dia selalu bagi makanan untuk orang-orang susah dan tak ada rumah.

Penyediaan makanan juga boleh menghidupkan suasana gembira. Baru-baru ni saya try buat cute bento untuk breakfast. Ok juga la walaupun tak ada la cute sangat. Haha.... Next time kena berusaha lebih keras. Kan best tu dapat buat roti bentuk hati.... ada sosej bentuk sotong, kek bentuk bintang dan lain-lain. Rasa comel saja dan tak nak makan. Sesuai juga untuk budak-budak yang malas makan. Kalau buat comel macam tu mesti mereka semangat nak makan nasi.

Try buat bento walaupun agak biasa saja :b

1 ulasan:

Terima kasih!