Ahad, 7 April 2013

Saya Sayang Miaw

Ya... Saya sayang binatang terutama kucing. Kalau nampak kucing.... Mesti nak pegang dan nak bawa balik rumah. Kucing adalah sangat cute! Ada gigi taring yang tajam, bulu yang lembut, boleh main-main ngan ekor kucing... Boleh cium puas-puas pun tak ada orang nak cop haram pula.

Siapa yang pegang kucing... Mesti stress menurun. Paling best bila kita bercakap-cakap ngan kucing. Orang kata mesti ntah apa-apa kita ni. Tapi kita yang tau sendiri la apa kita cerita ngan miaw tu. Haha. Rasa macam kucing tu faham pula apa kita cakap.

Saya memang ada sedikit arllegic ngan kucing. Kadang-kadang lepas pegang kucing... Kalau tangan tak basuh... Mula la bersin dan hidung berair + hidung gatal. Jadi saya kena sentiasa cuci tangan lepas pegang kucing. Kalau tak cuci pun.... Jangan sesekali pegang muka.

Saya memang sukakan kucing. Tak kira kucing apa-apa pun. Sejak dari kecil memang keluarga saya pelihara kucing. Daddy pun suka kucing tapi mum kurang sikit. Cuma dia tak akan biarkan kucing kami kelaparan dan akan sentiasa berikan makanan bila tiba waktu makan. Kekucing dah start berkumpul di luar pintu dapur antara jam 4.30-5.00 petang. Tu adalah waktu makan mereka. Pilihan makanan iaitu ikan selayang (basung) yang direbus. Campur ngan nasi. Itu adalah makanan paling best berbanding makanan berbentuk keropok kerana kucing boleh menghidap batu karang kalau pemakanan tu tak dikawal. Ubat cacing dan vaksin juga perlu diberikan untuk memastikan kucing sentiasa sihat.

Ya saya memang sangat-sangat sukakan kucing. Antara perkara yang merisaukan saya adalah ketika kucing sakit. Tapi saya ada stok antibiotik, ubat cacing dan vitamin kat rumah untuk kecemasan. Kalau boleh saya akan bawa kucing ke klinik haiwan untuk rawatan lebih baik.

Hrmmmm.... Sebenarnya kucing saya tengah sakit sekarang ni. Dah 3 hari bawa ke klinik haiwan kerajaan. Doktor kata demam. 1st day abang yang bawa. 2nd day skip sebab saya pergi KL dan abang pula start kerja balik lepas habis cuti. 3rd day (yang sepatutnya 2nd day suntik ubat) saya yang bawa sebab kebetulan masa tu saya MC. Demam-demam pun kena bawa miaw pergi klinik juga. 4th day saya keluar kejap dari ofis untuk rawat kucing. Dah tu...keadaan kucing macam makin teruk pula. Terkena lagi hari Sabtu... Klinik kerajaan tutup. Jadi pergi la klinik swasta. Orang tu kata jangkitan virus pula. Ni yang bikin risau sebab kalau dah kena virus... Susah nak baik. Lagipun kucing yang ni tak pernah vaksin lagi.

Sepanjang dia sakit.... Saya akan bagi glukosa untuk tambah tenaga. Walau dah sesakit mana miaw tu.... Tetap kena bagi juga makanan dan air. Yang penting kita try. Mungkin ada harapan untuk sembuh sebab selama ni saya buat macam tu. .. Ada yang sihat kembali. Kucing jadi tenat sebab dia tak makan apa-apa. Oleh itu, sentiasa la alert dengan hal yang berlaku kepada miaw anda.

Apa-apa pun... kita sebagai manusia dikurniakan akal fikiran. Sayangi binatang. Jangan jadi seorang yang kejam kerana setiap perbuatan yang jahat akan dibalas kembali. Kalau bukan di dunia.... di akhirat nanti pasti akan kena juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!