Ahad, 14 April 2013

Lokan Panggang di Sepanggar

Kepada anda yang datang ke Sabah, jangan lupa singgah makan lokan panggang di area Sepanggar. 

Ada banyak gerai kat sana dan buka dari pagi hingga malam. Kalau pandai cari, ada gerai yang bukan hanya jual lokan panggang, tetapi juga tiram. Harga lokan bergantung pada saiz. Ada RM7... ada RM10 dan ada RM12. Tapi the best is medium size la. Kalau terlampau besar isi liat. Setiap gerai ada sambal yang berbeza. Kalau terkena yang best, kira puas hati la. Boleh buat sambal sendiri, perah asam limau, letak kicap dan lada. Memang best!

Selain lokan, gerai-gerai yang strategik ni juga (kat tepi jalan saja) menjual kelapa bakar, kelapa muda biasa, puding kelapa dan kerepek. Lain-lain makanan ada juga yang jual soto. Apa-apa pun, siapa yang datang sabah kena juga pergi tempat ni. Hari tu kebetulan kawan saya daripada Johor datang Sabah sebab nak buat research. Sambil-sambil tu terus melancong. Memang dia kata sedap lokan ni. Order sampai dua talam. Next time dia datang sabah dia kata nak makan lokan lagi. Boleh saja :-)





2 ulasan:

  1. mcm sedap tul plak lokan dia ney bos..yg dekat kelapa bakar ka??

    BalasPadam

Terima kasih!