Sabtu, 6 April 2013

Lipstick untuk Bibir Allergic

Sebenarnya saya jarang beli dan tak boleh guna sembarangan punya lipstick / lipgloss sebab bibir saya agak allergic dengan certain produk. Kalau tak ngam... Mesti bibir jadi bengkak, kering dan gatal.

Salah satu cara saya untuk elak perkara ni berlaku adalah....

1. Sapu lipbalm sebelum menggunakan lipstick. Antara produk lipbalm yang saya syorkan adalah Sebamed Lip Defense. Harga RM10+

2. Tak perlu guna lipstick. Sapu bibir menggunakan lipbalm bewarna dah memadai. Antara produk yang saya syorkan adalah Nivea Fruity Shine. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Harga dibawah RM10

Tapi ada satu jenama lipstick yang kiranya ngam pula ngan saya. Tak mahal tapi color agak menarik. Nutrimetics, Magix Lip Colour. Hari tu kat catalog ngam ada promo. Jadi saya beli 2 color untuk harga RM27.90. Harga sebenar adalah RM19+ untuk satu. Saya beli kaler purple dan hijau. Kalau sapu yang purple.... Bibir jadi warna pink. Kalau sapu yang green.... Bibir nampak sedikit kemerahan. Sebab tu namanya magix color. Warna dia sangat soft dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Nivea & Sebamed



Dua color. Purple - Magix Lavender. Hijau - Magix Green Tea

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!