Selasa, 23 April 2013

Lakaran demi Lakaran...

Bosan tak semestinya tak ada kerja.... Tapi kerana nak rehatkan minda, kena buat satu aktiviti yang lain. Dan saya dengang tekunnya melukis anime.

Ya.. Saya memang suka tengok anime sejak dari kecil. Sebab kalau dulu channel AXN suka tayang ceta anime. Antara favorite anime saya adalah Gensoumaden Saiyuki, Gatekeeper, Ayashi No Ceres, Dr Slump, Paradise Kiss, Astro Boy dan banyak lagi la. 

Dulu suka beli majalah KREKO sebab dalam tu semua cerita manga. Versi komik yang paling best setakat ni adalah Sailormoon (Naoko Taekuchi), Pusaran Puaka (Junji Ito), Naruto (Masashi Kishimoto), Dragon Ball (Akira Toriyama), Cardcaptor Sakura (CLAMP), Hana Yori Dango (Yoko Kamio) dan Saiyuki (Kazuya Minekura). Dan satu-satunya pelukis komik Hong Kong yang saya sangat admire adalah Tony Wong - Pelukis Lingkaran Terkunci Jaguh sakti atau Saint / Journey to the West.

Hobi melukis ni memang start dari dulu lagi. Masa kecil-kecil suka buat komik sendiri. Balik sekolah saja mesti melukis... Haha... Sampai mum pun marah sebab tak belajar :b Tapi apa boleh buat... saya memang suka melukis. Masa sekolah dulu.... orang amik 10 subjek SPM. Saya amik 11 subjek sebab tambah subjek Pendidikan Seni tapi tak pernah masuk kelas pun. (Syukur juga la akhirnya saya dapat A). Masa Diploma dulu pun.... saya mohon Diploma Seni Lukis tapi bukan rezeki saya.... nama saya letak kat Information Management pula. 

Setakat ni saya ada beberapa komik sendiri. Ada yang ada color... ada yang hitam putih. Ntah apa-apa la komik tu. Nanti ingat nak cari balik la kat bawah katil. Lepas tu baca balik. Then kalau ada masa nak buat next projek komik. Pernah juga hantar karya kat majalah KREKO dan dah beberapa kali keluar. Haha. Tapi tu cerita lama la. Sekarang tak beli komik lagi. Anime pun jarang dah tengok. Asyik sibuk saja kan.... Melukis anime pun dah jarang sangat. Lukis diagram atau ilustrasi perubatan ada la. Tu pun untuk projek sekolah. 

Dulu ramai penpals. Ada satu budak tu memang saya suka gila kat lukisan dia. Memang sangat cantik. Cara dia warna.... lukisan dia lagi... memang cantik la. Tak tau dia kat mana dah sekarang. Cuma dia pernah cakap dulu dia ditawarkan oleh sebuah syarikat untuk kerja ngan mereka. Tapi dia lambat submit artwork ... then tawaran dah pergi kat orang lain. Apa-apa pun lukisan dia memang cantik!

Time boring macam gini la.... Kira nak sketch satu watak lagi


Ni selingan sikit. Thank you kepada my friend yang sudi jadikan saya sebagai model lukisan ^^ Ada bakat melukis. Lukisan ni mesti yang saya pakai tudung warna peach tu. Sila klik sini kalau nak tengok gambar tu.

2 ulasan:

  1. Wah! Tak tau pula kakak minat anime! Hehe. ^^ Saya pun peminat setia anime. I agree, skrg makin sibuk jarang dpt tgk anime. TT__TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya mmg kipas susah mati anime sebenarnya tapi kes kita ni sama nmpknya.... jrg da dapat tgk anime sebab makin sibuk... :(

      Padam

Terima kasih!