Ahad, 14 April 2013

Kuih Donat Kampung

Memang saya suka memasak. Sebab memasak ni best (memasak dengan penuh perasaan). Kalau hujung minggu tak buat apa kat rumah... lebih baik buat kuih untuk minum petang kalau tak pergi tengok tanaman tepi rumah. Kadang-kadang suka buat goreng pisang... kalau tak saya suka buat kuih donat kampung. 

Haha. Sebenarnya bahan untuk kuih donat ni tak adalah banyak sangat. Cuma perlukan tepung gandum, yis dan secubit garam. Lepas tu bancuh tepung + yis + garam sehingga menjadi doh, buat bentuk donat dan tunggu doh kembang dulu. Then dalam 30 minit macam tu... tepung dah naik. Boleh dah goreng. Untuk sedap lagi, makan ngan icing sugar. Memang best. Oleh kerana sekarang makin ramai yang mengidap diabetes, better kurangkan gula dalam makanan (Kempen Makanan Sihat).... Hehe.. (Tapi kali ni saya nak icing sugar yang banyak. Tengok gambar tu... -_-)

2 ulasan:

Terima kasih!