Ahad, 21 April 2013

Kebaikan Mempelajari Banyak Bahasa

Seronok kalau dapat belajar banyak bahasa. Tak kira la bahasa Cina, bahasa Inggeris, Kadazan dan lain-lain.

Saya ni kira okay juga la berbahasa asing. Tak kata terrer sangat tapi boleh la kampung-kampung. Tak lupa juga Bahasa Kedayan kerana saya adalah orang Kedayan. Basicly cakap Kedayan ni just cakap dalam Bahasa Melayu tapi ada banyak perkataan yang tak sama. Kena belajar juga tu. Contohnya: berlari = belusir, nyamuk = angit, sombong = ambung. Kalau nak tau lebih lanjut... Sila klik Kamus Kedayan ni.

Banyak kebaikan kalau kita tau berbahasa asing ni sebenarnya. Antaranya ialah:

  1. Senang cari kerja. Semua orang pun kalau boleh nak yang pandai berbahasa asing terutama kalau syarikat bertaraf antarabangsa.
  2. Dapat diskaun kalau nak beli barang. Kita membeli barang kat pasar... Terkena lagi kita boleh cakap bahasa yang sama ngan penjual tu.... Bawa cerita sikit.... Then minta diskaun.
  3. Boleh tau orang tu mengata kita atau tak. Perkara ni memang terjadi. Kadang-kadang orang tu pandang semacam ngan kita tapi tak tau apa benda dia cakap. Kalau kita tau.... Then ngam pula orang tu mengumpat kita... Pandai-pandai la kita nak buat apa lepas tu
  4. Mengeratkan hubungan sesama manusia. Kalau kita belajar bahasa asing ni seronok sebenarnya. Saya bagi contoh situasi saya. Kalau dulu kat tempat kerja saya dulu saya belajar bahasa Cina ngan seorang lecturer ni. Asal jumpa mesti cakap Cina. Lepas tu datang lagi sorang join conversation... Ngam lagi pandai speaking chinese juga.... Nah! Secara tak langsung boleh mengeratkan hubungan silaturahim...
  5. Menambah ilmu pengetahuan. Ilmu itu penting. Belajar bahasa asing pun salah satu ilmu juga :)
  6. Boleh berkomunikasi dengan ramai orang. Lepas ni tak payah dah nak bawa kamus ke sana kemari sebab kita dah tau macam-macam bahasa... Oleh itu kita yakin ngan diri kita. Bila kita yakin.... Kita boleh berkomunikasi ngan orang ramai secara baik.

Selain itu.... Ada beberapa cara kita boleh belajar bahasa asing ni secara mudah. Antaranya ialah:


1. Amik kelas bahasa
2. Praktis cakap ngan orang lain
3. Rajin tengok kamus bahasa.
4. Rajin tengok filem, anime dan drama asing.
5. Belajar bahasa melalui internet. Boleh tengok kat youtube, google translate dan lain-lain.


Semoga page ini bermanfaat buat semua. Apa-apa pun.... Bahasa ibunda tidak boleh dilupakan. :-)

Selamat maju jaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!