Ahad, 14 April 2013

First time Masak Daging Kismis

Tiap kali Hari Raya Aidilfitri... Mum akan masak daging kismis. Dan itu adalah antara masakan kegemaran saya.

Resepi ni kira special sebab just masa raya saja akan masak. Sebab proses memasak ni memang amik masa terutama ketika nak melembutkan daging.

Buat masa ni mum kat kampung selama sebulan lebih. Jadi tak ada orang kat rumah. Tiba-tiba teringin nak makan daging masak kismis. Tapi seriously saya tak pernah masak lagi resipi ni. Then masa kat pejabat sempat juga la saya called my mum... Tanya pasal resepi.

Hujung minggu baru boleh buat resipi ni sebab kalau time kerja.... Pulang lewat. Nak beli bahan lagi, kan? (kan saya kata proses memasaknya makan masa sikit). Akhirnya saya masak juga dan memang best sebab dapat rasa daging masak kismis sendiri.

Oleh kerana saya masak ni 1st time.... jadi bahan-bahan tu memang saya tak ikut sukatan sangat. Tapi nak bagitau juga kat kamu resepinya.

- 1kg daging lembu
- 1 kotak kismis saiz sederhana
- Bawang merah
- Bawang putih
- Bawang besar
- Sedikit lada hitam
- Sedikit garam
- Sedikit gula

Cara-caranya
- Blend kismis sampai hancur
- Potong daging tu kecil-kecil dan rebus sampai lembut
- Dah siap rebus... goreng daging tu tapi kejap saja sampai nampak warna kehitaman
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang merah
- Masukkan kismis yang telah di blend
- Masukkan daging
- Masukkan lada hitam, garam dan gula.
- Agak-agak kalau dah wangi tu.... padamkan api.

Kalau nak lagi best, boleh letak cili boh juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!