Sabtu, 6 April 2013

Chimney Labuan

Kampung saya kat Labuan. Dan saya suka balik kampung sebab rasa seronok. Rumah atok ada dusun buah-buahan.... Tanah yang luas... Dan persekitaran yang nyaman. Sebab tu saya suka sangat pergi Labuan. Orang Labuan tak pandu laju-laju. Rasa aman damai kalau jalan-jalan kat sana.

Salah satu mercu tanda Labuan adalah chimney. Ataupun serombong asap. Ada kaitan dengan sejarah kedatangan Jepun dan Perlombongan arang batu. Kalau nak tau lebih lanjut, layari  link ini dan apa kata anda datang ke Labuan. Jangan lupa masuk Muzium Chimney Labuan. Tiada yuran dikenakan. Lokasi adalah di Tanjung Kubong, Labuan.

Dulu masa saya kecil.... Rumah atok kat tepi chimney ni saja. Tapi kerajaan dah beli tanah untuk dimajukan... Jadi kena pindah rumah kat tempat lain tak jauh dari sana. Bila tengok chimney.... Rasa rindu zaman kanak-kanak dulu sebab suka main kat area chimney tu. Lepaskan plastik di tengah serombong dan pas tu plastik tu terbang macam layang-layang.

Dulu struktur chimney tu lain sikit dari yang sekarang. Ada rosak sikit dan batu bata pun ada yang pecah. Sekarang ni dah dibaik pulih sepenuhnya. Tangga naik ke atas pun dah ada. Dulu tak ada. Atok pernah kata dulu banyak arang batu kat sana tu. Kalau arang batu ni terbakar... Susah nak padam. Jadi mereka suka timbus arang tu dalam tanah. Jadi hati-hati jangan sampai kaki termasuk pula.

Apa-apa pun... Tak rugi anda melawat Labuan. Berdekatan dengan chimney.... Ada Taman Burung Labuan. Tiket RM3 untuk dewasa dan kanak-kanak RM1. Di bawah 5 tahun.... Percuma.


Chimney

Taman Burung Labuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!