Sabtu, 27 April 2013

Bulan yang Nampak Dekat

Perasan tak masa 25 April 2013 hari tu bulan nampak dekat dan cantik? Hari tu kebetulan saya pulang awal sikit daripada biasa. Lebih kurang jam 6.15PM saya dah gerak daripada office. Sebelum saya blah balik.... Sempat juga saya tengok tingkap... Dan.... Cantiknya sunset!

Okay la. Berbalik kepada cerita... Masa saya nak out dari UMS.. Saya tengok masa tu bulan punya la cantik. Jadi saya pun amik la beberapa shot. Tapi tak jelas. Sampai kat rumah.... Tak puas hati... Amik camera DSLR.... Amik lagi beberapa shot. Kali ni jelas!

Sebenarnya masa 24 April tu pun.... Fu moon juga. Saya tau sebab saya tengok dalam application handphone saya. Moon 3D. Boleh tengok kitaran bulan. Saya dengan excitednya pergi keluarkan teleskop saya. Tapi cahaya bulan sangat terang. Jadi tak boleh tengok lama.

Tips untuk tengok bulan terutama ketika cahayanya yang terang.... Kita tak boleh tengok berterusan macam tu saja. Stop setiap 30 saat. Kenapa? Sebab bulan tak mengeluarkan cahaya. Cahaya yang kita tengok tu adalah hasil pantulan cahaya matahari. Bahaya tau!

Guna Canon D60

Moon 3D

Tengok bulan tu!

Sunset (Instagram)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!