Sabtu, 27 April 2013

Bila Orang yang Sibuk ni Pergi Bersuka Ria

Biasanya kalau orang-orang yang sibuk ngan kerja ni susah nak cari masa untuk bersuka ria. Rutin harian tentunya kerja kerja kerja. Kadang-kadang kita tengok muka orang tu tenang saja. Ada masa update blog, update facebook.... Bla bla bla pula tu. Tapi jangan sangka dia tak sibuk. Kerana time management tu penting. Maknanya dia pandai bahagikan masa untuk kerja dan aktiviti lain. Betul tak? ;-)

Yalah. Memang tak dapat dinafikan kerja saya juga memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang baik. Begitu juga rakan-rakan sepejabat saya. Tapi itu bukan alasan untuk kata kami tak ada masa bersuka-ria. Baru-baru ni kami bertiga tengok wayang sama-sama. Saya ingat lagi twngok cerita G.I Goe Retaliation  Okay juga la cerita tu cuma bukan cerita kegemaran saya setakat ni.

Lepas tu.... Ingat nak pergi tengok wayang sekali lagi. Nak tengok Ironman 3 sekali ngan my boss tapi kecewa sebab tiket sold out! Tak dapat plan A.... Plan B kena jalan juga. Jadi deal la pergi karaoke kat KK Box Karamunsing. Ramai juga yang datang. Apa lagi..... Menyanyi la sepuas-puas hati. Tapi saya tak nyanyi sangat la. Ada la 2-3 lagu... Selebihnya tu yang lain la menyanyi. Macam-macam suara keluar. Hahah. Namanya pun karaoke. ^^ Hentam saja yang penting nyanyi. Keluarkan semua tekanan kerja tu! Ada lagi buffet.... Maknanya sambil nyanyi sambil makan la. Best juga la sebab ada pelbagai menu. Ada udang goreng, ayam panggang, sup jagung etc.

Sesibuk mana pun kami, selalu on call, travel ke sana-kemari.... Itu bukan alasan untuk kami tak ada masa bersuka-ria.... Dan kami telah buktikan bahawa kami juga ada masa untuk HAPPY HOUR!!

P/S - Pengurusan masa itu penting. Sesibuk mana pun kita.... Pastikan kita ada masa untuk diri kita dan orang yang tersayang. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!