Sabtu, 13 April 2013

Anugerah Penyelidik UMS 2012 : My Perspective

Hari Jumaat tu... 12hb April 2013... Memang sibuk dengan event. Pagi tu ada Penyerahan Biasiswa Tun Said Keruak. Tapi saya kena berlari pergi meeting pula sebab boss dah panggil. Lepas tu saya miss seminar leadership yang sepatutnya saya kena hadir. Petang tu stuck siapkan kerja... Dan sepatutnya saya disuruh wakil meeting pula tapi syukur sebab ada pegawai lain sudi wakilkan.

Jam 5 petang berlari nak balik rumah dengan harapan dapat sampai awal sebab malam tu ada Anugerah Penyelidik UMS. Tapi hampa... Sebab traffic jam yang sangat teruk.sah jam 5.20pm... Saya masih stuck sebelum sampai ke King Fisher. Last-last saya pergi Poliklinik UMS tempat kengkawan saya. Singgah sana pakai mekap. Haha.

Dah dekat jam 6 gitu baru saya blah dari sana. Memang lalu lintas sangat sesak. Sampai kat hotel Promenade.... Dalam 6.30pm. Ketibaan pegawai utama adalah 7.10pm. Sempat lagi rehat kejap.

Dah start semua.... Nasib baik ada Syahrul dan Pakcik Rostam. Ada juga kawan saya bercakap. Event berjalan lancar. Students dari sekolah seni pun best persembahan nyanyian mereka. Ada montaj dan makanan yang sedap. Jadi semuanya okay. Boss-boss pun semua happy.

Tahniah kepada penganjur majlis ni! Anda memang hebat. Team PPI!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!