Selasa, 2 April 2013

5 Perkara TIDAK Kepada Pasangan

Bercinta ni ada adat dan tertibnya juga. Disini saya nak kongsi ngan kawan-kawan tentang 5 perkara TIDAK kepada pasangan.


1. Bandingkan / samakan pasangan ngan orang lain
Tak ada sesiapa yang suka dibandingkan atau disamakan dengan orang lain terutama bekas kekasih dulu. Setiap orang ada kekuatan sendiri.... Mahupun kelemahan yang perlu diperbaiki. Terima la si dia dengan seadanya. Maksud buat perbandingan di sini.. Contohnya si polan kata girlfriend dia yang dulu lagi cantik dari yang sekarang. Maksud samakan pula.... Contohnya si polan kata perangai girlfriend dia sama ngan perangai ex girlfriend dia dulu. Kalau rasa-rasa suka banding / samakan.. . Baik tak payah sibuk nak cari lain. Kan?



2. Memperlihatkan aib pasangan
Ni pun kes berat juga ni. Kepada pasangan yang sedang bercinta... Atau yang dah berkahwin.... Tak perlu la nak mention aib pasangan di kepada orang lain. Apa tujuan untuk berbuat sedemikian? Untuk meraih simpati? Populariti? Atau sekadar suka-suka. Hati pasangan boleh berubah sekiranya si pelaku agak keterlaluan. Long story short.... Hal peribadi... Kekalkan sebagai peribadi. Tak perlu nak cerita 1 dunia tentang keburukan yang si dia lakukan.



3. Ignore pasangan
Jangan sesekali ignore orang yang kamu sayangi kerana percintaan itu juga wujud daripada komunikasi. Sesibuk mana pun kamu, try la contact si dia walaupun sekejap. Tanya khabar... Tanya dah makan atau belum. Tak susah pun. SMS atau Wattsap saja. Dan itu menunjukkan betapa anda sayang ngan si dia.



4. Memaksa pasangan
Dalam hidup ni ada benda yang kita boleh paksa dan ada yang tak boleh. Daripada paksa... Kan lebih bagus untuk seseorang itu menasihati atau menegur secara lembut kepada pasangan. Terpulang la pasangan nak ikut cakap atau tak. Kalau dah berbuih mulut menasihati.... Then dia tak nak ikut juga... Nak buat macam mana. Yang penting kita dah nasihat. Kalau dia bijak... Dia akan pandai fikir juga mana baik dan buruk. Fikiran kena matang. Kalau tak matang lagi... Jangan bercinta dulu.



5. Hipokrit
Jangan hipokrit! Kerana jika seseorang itu berbuat sedemikian... Fikirkan la apa yang terjadi bila dah kahwin nanti. Takkan selama-lamanya nak hipokrit. Lama-lama perangai sebenar akan terbongkar juga. Contohnya kalau kat depan pasangan... Pijak semut pun tak mati. Kat belakang...  Tuhan saja yang tau perangainya  Buatlah sesuatu itu dengan ikhlas... Bukan kerana nak tarik perhatian pasangan.


P/s- Semua ni adalah pendapat saya saja. Terpulang kepada anda untuk menilai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!