Selasa, 16 April 2013

5 Mei 2013... Hari Mengundi

Bila turun kerja.... Kat tepi jalan banyak betul bendera parti terpacak sana sini.

Cantik juga tengok semua bendera tu berkibar. Nampak ceria juga Kota Kinabalu. Rakyat dah semangat nak mengundi. Macam-macam status facebook dah keluar. Tapi bagi saya.... Yang penting kita mengundi seorang yang berkebolehan, yang mampu membawa negeri kita ni ke arah lebih maju. Itu harapan kami sebagai rakyat.

5 Mei 2013 ini adalah hari mengundi. Saya memang dah daftar mengundi setelah masuk 21 tahun. Saya ingat lagi tu ada kaunter pendaftaran dibuka di KK Plaza. Jadi terus la daftar. Kepada yang tak mendaftar lagi.... Better daftar. Kepada yang tak mengundi lagi.... Better pergi mengundi.

Just nak ingatkan saja. Mengundi itu penting kerana kalau kita ignore.... Bayangkan suatu hari nanti negeri kita jatuh ke tangan yang salah. Apa akan jadi? So jangan buat tak endah. Masa depan terletak di tangan anda. Jom mengundi!

Kepada yang nak check status pendaftaran... Anda boleh check melalui internet. Di PlayStore pun boleh download free. Just search 'SPR Check Status' dan install. Mudah saja.

P/S - Undi anda adalah rahsia.





Boleh download application daripada PlayStore

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!