Isnin, 29 April 2013

Beautiful Sunset di Tanjung Aru

Kalau tiap hujung minggu memang sah Tanjung Aru akan dipenuhi ramai pengunjung yang nak tengok sunset.... Tak kira orang tempatan atau pelancong.

Hari ni saya pergi tengok sunset bersama seorang kawan. Duduk kat tebing di tepi pantai tu dari jam 5.45PM sampai la jam 6.30PM. Just untuk tengok sunset saja. Pemandangan yang sangat cantik. Tak tau berapa kali la saya amik. Rasa nyesal juga tak bawa kamera yang canggih sikit sebab saya tak plan pula nak ke Tanjung Aru sebelum tu. Asalnya nak pergi tengok wayang saja.

Apa-apa pun enjoy gambar sunset ^^
Menggunakan scene mood "dawn"

Menggunakan scene mood "sunset"

 Menggunakan scene mood biasa

My friend, my friend

Sabtu, 27 April 2013

Bulan yang Nampak Dekat

Perasan tak masa 25 April 2013 hari tu bulan nampak dekat dan cantik? Hari tu kebetulan saya pulang awal sikit daripada biasa. Lebih kurang jam 6.15PM saya dah gerak daripada office. Sebelum saya blah balik.... Sempat juga saya tengok tingkap... Dan.... Cantiknya sunset!

Okay la. Berbalik kepada cerita... Masa saya nak out dari UMS.. Saya tengok masa tu bulan punya la cantik. Jadi saya pun amik la beberapa shot. Tapi tak jelas. Sampai kat rumah.... Tak puas hati... Amik camera DSLR.... Amik lagi beberapa shot. Kali ni jelas!

Sebenarnya masa 24 April tu pun.... Fu moon juga. Saya tau sebab saya tengok dalam application handphone saya. Moon 3D. Boleh tengok kitaran bulan. Saya dengan excitednya pergi keluarkan teleskop saya. Tapi cahaya bulan sangat terang. Jadi tak boleh tengok lama.

Tips untuk tengok bulan terutama ketika cahayanya yang terang.... Kita tak boleh tengok berterusan macam tu saja. Stop setiap 30 saat. Kenapa? Sebab bulan tak mengeluarkan cahaya. Cahaya yang kita tengok tu adalah hasil pantulan cahaya matahari. Bahaya tau!

Guna Canon D60

Moon 3D

Tengok bulan tu!

Sunset (Instagram)

Cara Mudah Elak Sinki Tersumbat

Ada satu cara mudah nak elak sinki tersumbat. Saya dapat petua ni dari rancangan masakan dalam TV.
Caranya mudah saja. Bahan-bahan yang diperlukan hanya la garam dan air suam. Cara-caranya:

1. Tuang air suam dalam mangkuk bersaiz sederhana.
2. Masukkan garam secukupnya.... Kira-kira tiga sudu makan.
3. Bancuh dan tuangkan ke dalam lubang sinki.
4. Biarkan sinki buat seketika.


Senang saja. Amalkan selalu :-)

Bila Orang yang Sibuk ni Pergi Bersuka Ria

Biasanya kalau orang-orang yang sibuk ngan kerja ni susah nak cari masa untuk bersuka ria. Rutin harian tentunya kerja kerja kerja. Kadang-kadang kita tengok muka orang tu tenang saja. Ada masa update blog, update facebook.... Bla bla bla pula tu. Tapi jangan sangka dia tak sibuk. Kerana time management tu penting. Maknanya dia pandai bahagikan masa untuk kerja dan aktiviti lain. Betul tak? ;-)

Yalah. Memang tak dapat dinafikan kerja saya juga memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang baik. Begitu juga rakan-rakan sepejabat saya. Tapi itu bukan alasan untuk kata kami tak ada masa bersuka-ria. Baru-baru ni kami bertiga tengok wayang sama-sama. Saya ingat lagi twngok cerita G.I Goe Retaliation  Okay juga la cerita tu cuma bukan cerita kegemaran saya setakat ni.

Lepas tu.... Ingat nak pergi tengok wayang sekali lagi. Nak tengok Ironman 3 sekali ngan my boss tapi kecewa sebab tiket sold out! Tak dapat plan A.... Plan B kena jalan juga. Jadi deal la pergi karaoke kat KK Box Karamunsing. Ramai juga yang datang. Apa lagi..... Menyanyi la sepuas-puas hati. Tapi saya tak nyanyi sangat la. Ada la 2-3 lagu... Selebihnya tu yang lain la menyanyi. Macam-macam suara keluar. Hahah. Namanya pun karaoke. ^^ Hentam saja yang penting nyanyi. Keluarkan semua tekanan kerja tu! Ada lagi buffet.... Maknanya sambil nyanyi sambil makan la. Best juga la sebab ada pelbagai menu. Ada udang goreng, ayam panggang, sup jagung etc.

Sesibuk mana pun kami, selalu on call, travel ke sana-kemari.... Itu bukan alasan untuk kami tak ada masa bersuka-ria.... Dan kami telah buktikan bahawa kami juga ada masa untuk HAPPY HOUR!!

P/S - Pengurusan masa itu penting. Sesibuk mana pun kita.... Pastikan kita ada masa untuk diri kita dan orang yang tersayang. ;)

Jumaat, 26 April 2013

Bertemu PM Sekali Lagi

Dekat-dekat nak pilihanraya ni.... semuanya sibuk. Ada yang nak balik kampung sebab nak pergi mengundi.... sibuk berkempen dan lain-lain lagi.

Apa-apa pun... kali ni kami kena turun padang sekali lagi untuk hadir ke keberangkatan PM. Walaupun cuaca agak mendung tapi tak menjadi masalah.




P/S - Gambar kredit to Herman

Selasa, 23 April 2013

Lakaran demi Lakaran...

Bosan tak semestinya tak ada kerja.... Tapi kerana nak rehatkan minda, kena buat satu aktiviti yang lain. Dan saya dengang tekunnya melukis anime.

Ya.. Saya memang suka tengok anime sejak dari kecil. Sebab kalau dulu channel AXN suka tayang ceta anime. Antara favorite anime saya adalah Gensoumaden Saiyuki, Gatekeeper, Ayashi No Ceres, Dr Slump, Paradise Kiss, Astro Boy dan banyak lagi la. 

Dulu suka beli majalah KREKO sebab dalam tu semua cerita manga. Versi komik yang paling best setakat ni adalah Sailormoon (Naoko Taekuchi), Pusaran Puaka (Junji Ito), Naruto (Masashi Kishimoto), Dragon Ball (Akira Toriyama), Cardcaptor Sakura (CLAMP), Hana Yori Dango (Yoko Kamio) dan Saiyuki (Kazuya Minekura). Dan satu-satunya pelukis komik Hong Kong yang saya sangat admire adalah Tony Wong - Pelukis Lingkaran Terkunci Jaguh sakti atau Saint / Journey to the West.

Hobi melukis ni memang start dari dulu lagi. Masa kecil-kecil suka buat komik sendiri. Balik sekolah saja mesti melukis... Haha... Sampai mum pun marah sebab tak belajar :b Tapi apa boleh buat... saya memang suka melukis. Masa sekolah dulu.... orang amik 10 subjek SPM. Saya amik 11 subjek sebab tambah subjek Pendidikan Seni tapi tak pernah masuk kelas pun. (Syukur juga la akhirnya saya dapat A). Masa Diploma dulu pun.... saya mohon Diploma Seni Lukis tapi bukan rezeki saya.... nama saya letak kat Information Management pula. 

Setakat ni saya ada beberapa komik sendiri. Ada yang ada color... ada yang hitam putih. Ntah apa-apa la komik tu. Nanti ingat nak cari balik la kat bawah katil. Lepas tu baca balik. Then kalau ada masa nak buat next projek komik. Pernah juga hantar karya kat majalah KREKO dan dah beberapa kali keluar. Haha. Tapi tu cerita lama la. Sekarang tak beli komik lagi. Anime pun jarang dah tengok. Asyik sibuk saja kan.... Melukis anime pun dah jarang sangat. Lukis diagram atau ilustrasi perubatan ada la. Tu pun untuk projek sekolah. 

Dulu ramai penpals. Ada satu budak tu memang saya suka gila kat lukisan dia. Memang sangat cantik. Cara dia warna.... lukisan dia lagi... memang cantik la. Tak tau dia kat mana dah sekarang. Cuma dia pernah cakap dulu dia ditawarkan oleh sebuah syarikat untuk kerja ngan mereka. Tapi dia lambat submit artwork ... then tawaran dah pergi kat orang lain. Apa-apa pun lukisan dia memang cantik!

Time boring macam gini la.... Kira nak sketch satu watak lagi


Ni selingan sikit. Thank you kepada my friend yang sudi jadikan saya sebagai model lukisan ^^ Ada bakat melukis. Lukisan ni mesti yang saya pakai tudung warna peach tu. Sila klik sini kalau nak tengok gambar tu.

Ahad, 21 April 2013

Sempat Berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Gambar ni diambil semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia datang melawat Sabah. Seperti biasa ramai boss besar akan turun padang untuk menyambut TPM.... begitu juga dengan pegawai-pegawai yang lain. Gembira sebab dapat bersalam ngan beliau. Walaupun dapat jumpa sekejap saja.... tapi ini merupakan pengalaman yang menarik untuk saya.






Waktu Operasi Poliklinik UMS, Kingfisher

Ni adalah waktu operasi poliklinik UMS yang terletak di King Fisher. 

Isnin-Khamis: 
8.00AM - 1.00PM
1.00PM - 2.00PM (rehat)
2.00PM - 5.00PM
5.00PM - 6.00PM (rehat)
6.00PM - 8.00PM


Jumaat: 
8.00AM - 11.30AM
11.30AM - 2.00PM (rehat)
2.00PM - 5.00PM
5.00PM - 6.00PM (rehat)
6.00PM - 8.00PM


Sabtu:
9.00AM - 1.00PM
1.00PM - 2.00PM (rehat)
2.00PM - 5.00PM

Ahad & cuti umum : 
TUTUP

Sekian, terima kasih. :-)
Page ini telah dikemaskini pada 11 Ogos 2015

Kebaikan Mempelajari Banyak Bahasa

Seronok kalau dapat belajar banyak bahasa. Tak kira la bahasa Cina, bahasa Inggeris, Kadazan dan lain-lain.

Saya ni kira okay juga la berbahasa asing. Tak kata terrer sangat tapi boleh la kampung-kampung. Tak lupa juga Bahasa Kedayan kerana saya adalah orang Kedayan. Basicly cakap Kedayan ni just cakap dalam Bahasa Melayu tapi ada banyak perkataan yang tak sama. Kena belajar juga tu. Contohnya: berlari = belusir, nyamuk = angit, sombong = ambung. Kalau nak tau lebih lanjut... Sila klik Kamus Kedayan ni.

Banyak kebaikan kalau kita tau berbahasa asing ni sebenarnya. Antaranya ialah:

  1. Senang cari kerja. Semua orang pun kalau boleh nak yang pandai berbahasa asing terutama kalau syarikat bertaraf antarabangsa.
  2. Dapat diskaun kalau nak beli barang. Kita membeli barang kat pasar... Terkena lagi kita boleh cakap bahasa yang sama ngan penjual tu.... Bawa cerita sikit.... Then minta diskaun.
  3. Boleh tau orang tu mengata kita atau tak. Perkara ni memang terjadi. Kadang-kadang orang tu pandang semacam ngan kita tapi tak tau apa benda dia cakap. Kalau kita tau.... Then ngam pula orang tu mengumpat kita... Pandai-pandai la kita nak buat apa lepas tu
  4. Mengeratkan hubungan sesama manusia. Kalau kita belajar bahasa asing ni seronok sebenarnya. Saya bagi contoh situasi saya. Kalau dulu kat tempat kerja saya dulu saya belajar bahasa Cina ngan seorang lecturer ni. Asal jumpa mesti cakap Cina. Lepas tu datang lagi sorang join conversation... Ngam lagi pandai speaking chinese juga.... Nah! Secara tak langsung boleh mengeratkan hubungan silaturahim...
  5. Menambah ilmu pengetahuan. Ilmu itu penting. Belajar bahasa asing pun salah satu ilmu juga :)
  6. Boleh berkomunikasi dengan ramai orang. Lepas ni tak payah dah nak bawa kamus ke sana kemari sebab kita dah tau macam-macam bahasa... Oleh itu kita yakin ngan diri kita. Bila kita yakin.... Kita boleh berkomunikasi ngan orang ramai secara baik.

Selain itu.... Ada beberapa cara kita boleh belajar bahasa asing ni secara mudah. Antaranya ialah:


1. Amik kelas bahasa
2. Praktis cakap ngan orang lain
3. Rajin tengok kamus bahasa.
4. Rajin tengok filem, anime dan drama asing.
5. Belajar bahasa melalui internet. Boleh tengok kat youtube, google translate dan lain-lain.


Semoga page ini bermanfaat buat semua. Apa-apa pun.... Bahasa ibunda tidak boleh dilupakan. :-)

Selamat maju jaya!

Jumaat, 19 April 2013

Hari Perhutanan Sedunia UMS kali ke-6... My Perspective

Ada perasmian di Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa untuk sambutan Hari Perhutanan Sedunia peringkat UMS. Seronok sebab foyer tu dihias cantik ala-ala macam kat dalam hutan.

Ramai budak sekolah join sekali. Ada banyak aktiviti yang dijalankan terutama sekali pertandingan mewarna. Memang best. Saya tengok semua orang pun happy masa tu. Sempat lagi saya buat wish then gantung kad di ranting pokok. Lepas tu dapat ole-ole. ^^ Hadirin boleh tengok booths yang telah disediakan dan ada pelajar yang bertugas menyampaikan maklumat kepada pengunjung.... Mengenai topik perhutanan ni la.

Banyak souvenirs untuk my boss... Tapi yang paling best dapat anak pokok kapur paji. Last-last pokok tu jadi saya punya sebab boss tak tau nak tanam kat mana. (Punya la gembira dapat anak pokok). Tersengih saja kat dalam keta time drive balik. Haha

Apa-apa pun tahniah SPTA. Anda memang best!







Selasa, 16 April 2013

Sunting Gambar Secara Online

Antara editing software yang saya suka gunakan adalah Adobe Photoshop.

Tapi kita juga boleh sunting gambar secara online. Antara link yang saya suggest kat anda adalah iPiccy. Sangat mudah digunakan dan ianya adalah percuma. 

Jom kita explore.


Kalau rasa nak edit gambar muka, klik "lets faces shine with Retouch" (yang ada gambar perempuan rambut blonde tu)


Kita boleh upload gambar melalui desktop. Then start menyunting. Ada airbrush, wrinkle remover.... lipstick dan macam-macam lagi la. (Gambar original seperti di atas)

5 Mei 2013... Hari Mengundi

Bila turun kerja.... Kat tepi jalan banyak betul bendera parti terpacak sana sini.

Cantik juga tengok semua bendera tu berkibar. Nampak ceria juga Kota Kinabalu. Rakyat dah semangat nak mengundi. Macam-macam status facebook dah keluar. Tapi bagi saya.... Yang penting kita mengundi seorang yang berkebolehan, yang mampu membawa negeri kita ni ke arah lebih maju. Itu harapan kami sebagai rakyat.

5 Mei 2013 ini adalah hari mengundi. Saya memang dah daftar mengundi setelah masuk 21 tahun. Saya ingat lagi tu ada kaunter pendaftaran dibuka di KK Plaza. Jadi terus la daftar. Kepada yang tak mendaftar lagi.... Better daftar. Kepada yang tak mengundi lagi.... Better pergi mengundi.

Just nak ingatkan saja. Mengundi itu penting kerana kalau kita ignore.... Bayangkan suatu hari nanti negeri kita jatuh ke tangan yang salah. Apa akan jadi? So jangan buat tak endah. Masa depan terletak di tangan anda. Jom mengundi!

Kepada yang nak check status pendaftaran... Anda boleh check melalui internet. Di PlayStore pun boleh download free. Just search 'SPR Check Status' dan install. Mudah saja.

P/S - Undi anda adalah rahsia.





Boleh download application daripada PlayStore

Makan di Kepsi (KFC) dengan Bebudak ni

Orang kata hari Isnin kurang sikit mood kerja. Tapi mood saya tetap seperti biasa. Sebab awal-awal lagi masakan saya dah kena puji. Haha. Seronok!

Pagi tu turun kejap ke tingkat 2 tempat my staff ni buat pelupusan fail. Mereka sangat rajin and very cheerful. Jadi after duduk lepak ngan mereka sebentar.... Tengahari tu bawa ke KFC 1Borneo sebab hari tu pernah janji nak belanja mereka. Jadi ditunaikan la.....

Sampai kat kepsi.... Ngam pula ada Korean Spicy chicken.... Jadi tak ada spicy flavor (yang biasa tu) dijual. Saya memang tak berapa minat sangat yang terlalu pedas ni. So pilih original saja la. Best makan sambil cerita-cerita. Sempat lagi amik gambar untuk kenangan. ^^

 Lily, Diman & Amy

Ahad, 14 April 2013

Aksi Kucing Saya

Tahun ni saja saya kehilangan 3 ekor kucing yang tercinta. Walaupun sedih tapi itu adalah kehendak Allah s.w.t. Dan saya harus menerimanya dengan redha.

Kat sini ada aksi-aksi kekucing yang sempat saya snap gambar dari la dulu sampai sekarang. Haha. Enjoy!