Ahad, 3 Mac 2013

Pantai Tanjung Aru - Suka Beli Buah-Buahan

Siapa peminat jeruk atau buah-buahan, tempat paling best kalau nak beli ni di area Kota Kinabalu, anda boleh singgah ke pantai Tanjung Aru. Kat sana banyak pilihan jeruk dan buah-buahan. Anda boleh beli dengan harga serendah RM1 RM2. Antara buah-buahan yang available adalah..... jambu, jambu air, mangga, kedondong, nanas dan lain-lain lagi. 

Selain tu ada juga air tebu segar (RM1.50 secawan sekarang RM2), kacang tanah dan jagung rebus. Ada juga jual kerepek ubi dan pisang. Gerai-gerai ni buka setiap hari dan hari Sabtu Ahad adalah waktu yang meriah sekali.

Kiranya pantai Tanjung Aru ni adalah syurga makanan. Selain buah-buahan, ada juga jual sayap ayam panggang, makanan laut dan lain-lain lagi. Ada banyak pilihan gerai untuk anda nikmati... dengan harga yang berpatutan.

Jom la pergi Tanjung Aru!

Tips - Kalau nak ke Tanjung Aru masa weekend, make sure pergi awal sikit. Start jam 5 petang.... orang dah ramai sebab nak pergi tengok sunset. Masa tu parking susah nak cari. Untuk parking, RM1.50 dikenakan per entry. Berdekatan dengan pantai, ada juga Perdana Park, tempat family beriadah. Boleh juga berjogging dan melakukan senaman. Fasiliti amat baik bermula daripada toilet yang cantik dan playground yang besar.

Tanjung Aru

2 ulasan:

  1. kalu parking kat perdana park, jauh tak nak jalan kaki ke pantai tanjung aru tuh..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jalan kaki ada juga dalam 10 minit macam tu untuk sampai ke pantai. Better parking terus kat tepi pantai ek. :)

      Padam

Terima kasih!