Jumaat, 29 Mac 2013

Apa yang Saya Suka...

1. KUCING
Memang saya sangat-sangat sukakan kucing sejak dari kecil lagi. Ada saja kucing....mesti rasa nak tangkap dan usap dan cium-cium!! Pantang tengok kucing di rumah tu sakit... Rasa risau dan akan bawa ke klinik haiwan. Tak peduli la bayaran berapa yang penting kucing kena sihat. Tapi kalau boleh yang minimum cost la. ;-) Ya. Saya suka kucing!



2. BAWA ANAK BUAH SAYA JALAN DAN BERCERITA
Saya suka bawa budak-budak jalan. Entertain mereka. Bawa mereka ke pantai, taman permainan atau ke shopping complex. Belikan mereka makanan yang sedap, bawa mereka cerita dan buat mereka gembira. Pegang tangan mereka masa berjalan, lepak kat KFC, tengok wayang sama-sama dan jaga mereka sebaiknya. Yang bestnya bebudak ni tak nakal kalau ngan saya.



3. COLA LIGHT & PEPSI LIGHT
Kalau stress.... Suka minum Cola atau Pepsi Light. Doss tinggi sikit. Kalau tak stress pun suka juga tapi doss tak tinggi. Haha. Siap ada stok kat dalam peti ais office. Kat rumah pun sama. Dan kalau balik kampung.... Mesti akan beli beberapa tin juga buat stok.



4. PANTAI
Tempat yang paling best adalah pantai. Sebab kalau tengok pantai.... Rasa tenang. Tak fikir apa.... Cuma ketenangan. Lepak dengan seseorang sambil tengok keindahan pantai membuatkan saya gembira.



5. MATAHARI DAN BULAN
Matahari dan bulan adalah kejadian Allah yang terlalu indah. Bila tengok sunset, saya akan terpukau. Kalau kat tepi pantai lagi.... Tak rasa nak balik rumah. Antara lokasi yang paling cantik kalau nak tengok sunset di sekitar KK ni adalah Tanjung Aru, Tanjung Lipat dan Lokkawi. Bulan juga sangat cantik terutama ketika bulan purnama. Time tu saya akan keluarkan teleskop saya dan lepak kat halaman rumah sambil tengok bulan.



6. TENGOK WAYANG
Hehe.... Saya ni kira movie bug juga. Kalau ada wayang best.... Mesti nak tengok. Kadang-kadang tengok ngan my mum, kadang-kadang tengok dengan anak buah atau ngan kawan. Tapi tenhok cerita juga la. Cerita hantu tak berapa minat. Suka tengok sci-fi atau action.



7. MENANAM
Ni memang hobi saya. Suka tanam bunga, buah atau sayur. Sebab kalau dah ada hasil, rasa seronok. Kalau ada banyak rezeki, boleh bagi ngan kawan-kawan. Lagipun kalau banyak pokok-pokok kat tepi rumah ni... Udara jadi segar dan sejuk. :-)



8.  MEMASAK 
Ni pun hobi saya juga. Cuma sekarang saya dah jarang masak sebab sibuk kerja. Kalau ada masa.... Saya akan masak. Kadang-kadang kalau datang mood, mesti nak buatkan sesuatu untuk orang yang saya sayang. Baru-baru ni buat minuman jagung susu untuk seseorang. Walaupun benda tu nampak simple dan sesetengah orang mungkin anggap 'benda tu dia boleh buat sendiri la'.... Tapi bagi kita..... Feel nak buat tu yang penting. :-) Masa tu kita akan rasa betapa sayangnya kita kat orang tu. Jom express feel kita through masakan.



9. MENIKMATI MAKANAN
Aih..... Makan tu memang la perlu tapi saya juga suka menikmati makanan. Rasa nak makan sesuatu tapi bukan sebab lapar. Just nak rasa macam tu saja. Satu kebiasaan adalah tiap petang selepas office hour... saya akan turun membeli kudapan seperti pisang goreng, plum green tea dan lain-lain lagi. Tak kira la dengan sesiapa pun, yang penting ada kawan. Selalu pada hujung minggu, mesti rasa nak ke Tanjung Aru membeli buah-buahan. Ataupun kalau waktu lepak ngan kawan-kawan.... Suka beli macam-macam. Yum! Suka makan.


Sebenarnya ada banyak benda lagi yang saya suka. Tapi tak sempat nak list kat sini. Setiap orang ada minat yang tersendiri. Kita semua unik, oleh itu.... Be original.... Be yourself. ;-)

Khamis, 28 Mac 2013

Menghilangkan Bau Badan dengan Limau Kasturi

Bau badan membuatkan kita tak selesa dengan diri kita. Dah guna deodorant pun kadang-kadang still bau juga. Tapi ada satu cara yang jimat dan berkesan iaitu dengan menggunakan limau kasturi. Cara ini sangat mudah dan hanya digunakan sewaktu mandi. Cara-caranya:



  1. Belah 2 biji limau kasturi
  2. Perah air limau di telapak tangan dan sapukan di bahagian badan
  3. Tunggu selama 10-15 minit
  4. Jirus dengan air dan mandi seperti biasa.
  5. Gunakan sekali sehari untuk kesan yang lebih efektif.


Nak kesan yang lagi baik? Amalkan minum air limau kasturi.

Selamat mencuba!

Rabu, 27 Mac 2013

Queen Control : Faktor-faktornya

Queen control dikaitkan dengan perempuan yang terlalu mengongkong lelaki sehingga si lelaki berasa rimas. Semua keputusan si perempuan kena buat. Bila kena suruh itu ini.... Si lelaki terpaksa ikut cakap. Kalau tak.... Mesti kena! Si lelaki juga tidak dibenarkan berkawan dengan perempuan lain. Pendek kata... Si lelaki dah jadi seperti loser. Tapi.... Kenapa ini berlaku? Pada pendapat saya kita tak boleh salahkan si perempuan 100%...

Faktor perempuan menjadi queen control


1. Si lelaki pernah berlaku curang
Ya. Ini biasanya terjadi bila lelaki mula berlaku curang dan diketahui oleh si perempuan... Kesannya si perempuan akan bertindak lebih tegas dalam perhubungan. Timbul perasaan cemburu. Mereka akan start check SMS, menjadi stalker dalam FB atau korek rahsia mengenai pasangan mereka dari rakan-rakan sepejabat.



2. Lelaki tidak tegas dan lemah dalam segala hal dan membiarkan si perempuan mengawal kehidupannya.
Pada pendapat saya.... Ini juga menjadikan seseorang itu queen control. Bila si lelaki tidak tegas dan mmmbiarkan semua keputuaan di tangan perempuan... Ini la akibatnya. Lama-lama dah biasa then tak lama lepas tu si perempuan ni start jadi ketua keluarga. Ingat. Sifat tolak ansur dalam perhubungan perlu ada. Sayang pun sayang juga tapi jangan menjadi lelaki yang lemah dan takutkan pasangan.



3.Kerjaya dan pangkat si perempuan lebih tinggi dari lelaki
Tak ada apa nak komen. Cuma kena ingat bahawa lelaki adalah ketua keluarga. Hormati mereka walaupun pekerjaan mereka lebih rendah jika dibandingkan dengan pasangannya. Kerja is kerja.... Personal ia personal la kiranya ni.



4. Hasutan rakan-rakan
Berhati-hati memilih kawan. Ada bermacam-macam jenis kawan dalam dunia ni. Jadi kalau dengar rakan-rakan suka cerita buruk pasal pasangan anda, jangan terus serang pasangan pula. Selidik betul-betul. Bawa berbincang...


Berikut hanyalah pendapat saya sahaja. Terpulang kepada anda untuk menilainya. Sebenarnya banyak lagi faktor yang membuatkan seseorang itu menjadi queen control. Apa yang penting... Jika kita cintakan pasangan kita.... Terima dia seadanya. Jika si lelaki rasa rimas dengan perangai pasangan... Jangan dibiarkan sahaja dan berusaha la untuk menegurnya dengan cara terbaik. Terpulang la si perempuan nak ikut masihat atau tak. Hati perempuan ini lembut. Perlu ada cara untuk menegur mereka. Dan kepada si perempuan, jangan terlalu mengikut emosi. Kerana itu hanya membawa keburukan kepada diri sendiri

Ahad, 24 Mac 2013

Inginkan Rambut Lembut?

Sangat tak best kalau rambut rasa kusut, susah nak sikat dan keras semacam. Dah guna conditioner pun still lagi rasa tak berapa lembut. Nak bubuh mask rambut, kena tunggu beberapa minit lagi.

Tapi jangan risau. Saya dah try produk ni dan ternyata berkesan. V16 Hair Care Repair Spray Milk Vitamins Keratin. Produk ini boleh didapati di saloon-saloon tertentu dan saya telah membelinya kat saloon KK Plaza, ground floor (saya tak ingat nama saloon tu), RM38.

Caranya senang saja. Lepas mandi, spray saja kat rambut. Lepas tu rasa la keberkesanannya. Rambut menjadi sangat lembut. Terutama kepada yang buat rebonding rambut, saya syorkan anda menggunakan produk ini.

Hari yang Semuanya tiba-tiba Berlaku

Dah set nak keluar ngan kawan. Nak pergi beli baju, tudung dan seluar. Tapi dari tadi pagi asyik ada yang tak kena.

Mula-mula nak pergi keluarkan duit ASB kat post office. Nak buat peruntukan untuk membeli belah. Tapi tak jadi pula sebab ada kucing baru beranak. Mum dia tak pandai jaga anak. Asyik nak bawa anak ke sana kemari dan nak masuk rumah. Lama-lama anak pandai lemas kalau asyik dia gigit tengkuk anak tu. Dah pernah experience dulu sekali. Mum kucing tu asyik gigit anak dia.... Last-last anak dia mati..... Dah tu saya kena la pegang mum dia baik-baik supaya anak kucing tu semua dapat menyusu. Dah tu saya keluarkan mum dia. Tiba-tiba mum dia pergi angkut anak kucing lain pula (yang dag besar sikit) ke sana kemari. Dah la susah nak lepaskan. Tapi saya dapat juga ambil anak kucing yang besar sikit tu kurung di rumah juga supaya tak jadi mangsa angkutan. Lepas tu tak sempat dah nak pergi post office sebab dah tengahari.

Semalam dah janji ngn kawan nak bawa dia jalan. Nak pergi beli belah. Tiba-tiba kena pergi lewat pula dalam jam 5 sebab abang saya bagitau yang saya kena urus kereta my dad. Urus punya urus.... Singgah jap melilau kat Servay Hypermarket sebab mum tiba-tiba suruh beli tempat simpan makanan. Suruh bawa ke Labuan untuk pakai kenduri. (mum masa ni kat Labuan coz baru-baru ni my uncle passed away)

Dah beli semua benda dan sampai rumah..... Bakul tempat letak barang-barang saya jatuh. Kucing kecil tu punya pasal. Tapi tak apa. Saya pun letak dia kat luar balik. Tak lama lepas tu.... Saya pun buka la contact lens yang saya pakai. Tiba-tiba saya dengar bunyi kucing berteriak. Sekali tengok..... Biawak makan anak kucing kecil tadi tu. Punya la saya panik. Abang saya sempat pukul biawak. Terus biawak tu lepaskan anak kucing tapi dah tak dapat diselamatkan lagi. Mati dah.... :-(

Abang saya punya la marah. Then dia nak pergi bunuh biawak tu. (biawak tu besar. Bukan saiz biasa). Biawak tu lari masuk longkang. Dah tu biawak tu sembunyi kat longkang yang ada pasang grill besi. Masa tu muka dah merah padam. Memang marah gila. Tak puas hati sebab bunuh kucing yang comel. Memang nak toche berabis la memandangkan biawak tu dah terperangkap. Nak pukul tak dapat sebab ada grill besi. Fikiran dah buntu.

Tiba-tiba dah dekat pukul 5. Ada temujanji ngan kawan lagi. Saya SMS kat dia nanti saya jemput lambat sikit. Dah lama-lama toche biawak.... Saya teringat pula something. Memandangkan kawan saya ni jenis yang berani, apa kata saya minta tolong (sangat-sangat!!!) kat dia. Ngam pula saya memang nak keluar ngan dia juga. (walau tak jadi pergi beli belah). Jadi saya pun call dia minta bantuan dan terus saya pergi amik dia.
Sampai kat rumah.... Abang saya dah fed-up. Dia naik atas dah. Suruh saya yang settlekan semua hal. Dia pun terkejut tengok biawak ni punya la besar. Tak macam selalu. Tools pun tak lengkap masa tu. Tak ada idea nak bunuh macam mana. Fikiran buntu.... Baik pergi kubur anak kucing yang mati tu dulu. Korek lubang bagi dalam sikit.... Bungkus anak kucing tu elok-elok dalam surat khabar..... Lepas tu tanam baik-baik.

Balik lagi kepada cerita biawak. Memang ger tengok. Nak lepaskan tak boleh juga. Nanti lain kali mesti datang lagi tangkap kucing lain. Nak bunuh..... Tak tau macam mana. Then call Jabatan Pertahanan Awam (yang amat hebat!)

Tak lama lepas tu mereka pun sampai. Dengan semangatnya mereka pergi tangkap biawak tu dengan peralatan mereka. Terima kasih kepada pihak JPA yang berdedikasi! Dah setel semua.... Tak sempat dah nak pergi jalan-jalan. Jadi pergi makan saja la memandangkan dah lapar. Aebelum tu sempat lagi tengok bulan kat teleskop. Memang cantik!! Kawan saya amat bertuah sebab awan teb tapi yang hairannya.... Dekat bulan tu tak ada awan langsung. GBU!!

Lepas tu pergi makan. Makan butter prawn, dori fish with mango slice, tomyam seafood dan sayur. Saya belanja. Sebab dia dah banyak tolong saya tadi. Then lepak kejap.... And hantar dia balik rumah.

Sampai kat rumah...  Tiba-tiba kawan lain pula SMS. Bagitau ada student meninggal dunia pagi tadi tapi nak kepastian betul atau tak. Minta tolong pegawai lain check sistem hostel.... Nama budak tu tak ada. Ertinya non resident la. Lepas tu tak tau apa cerita sebab pihak lain yang uruskan. Belum dapat jawapan lagi sebab dah tengah malam pun masa tu.....

Begitu la ceritanya.... Uihhh..... Nak tidur...



Sabtu, 23 Mac 2013

Amsterdam. Cantiknya!

Saya tak pernah ke Amsterdam lagi. Gambar-gambar ni dikirim oleh my boss masa mereka ke sana hari tu. Rasa macam best pula sebab ada salji, cuaca sejuk pula tu. Nampak menarik. Kalau buat photoshoot kat sana mesti nampak cantik :-)

Amsterdam adalah kat Netherlands.


Jumaat, 22 Mac 2013

Review : Produk T3 untuk Hilangkan Acne di Belakang Badan

Kebersihan badan perlu dijaga. Antara main area yang perlu kita concern adalah belakang badan kita. 

Rasa tak best sebab kadang-kadang benda tu gatal dan bila orang lain nampak, mesti mereka akan kata kita tak mandi. Sebenarnya bukan begitu. Banyak perkara yang membuatkan belakang kita ni ada acne. Antaranya adalah badan kita banyak peluh, pemakanan yang tidak sihat, resdung dan persekitaran yang kotor (tilam... cadar.... tuala... yang tak dicuci dengan kerap). 

Antara cara yang boleh dilakukan untuk kita untuk mengurangkan acne adalah mesti mandi! (terutama kepada yang lepas pulang kerja, terus tukar baju dan tidur... tak boleh la. Kena mandi juga), tukar cadar semua tu dengan kerap, amalkan pemakanan yang seimbang dan pakai baju yang bersih. Jangan dah pakai hari ni... esok pakai lagi. Dan.... jangan gatal tangan garu acne kat belakang badan. Nanti melarat.

Ada lagi cara lain. Salah satu alternatif yang kita boleh buat adalah gunakan T3 Acne Body Wash dan T3 Acne Body Spray. Produk ini berkesan dan boleh didapati dengan mudah di pasaraya dan farmasi.

Caranya senang saja. Setiap kali mandi, sapukan T3 acne body wash kat belakang badan (macam sabun biasa). Lagi best kalau ada sponge. Untuk penjagaan lebihan, gunakan T3 Acne Body Spray selepas mandi. Spray saja kat belakang badan tu dan selesai. 

Tapi tak boleh depend sangat kat benda ni. Kena juga buat cara penjagaan yang saya nyatakan di atas tadi. Baru la hasilnya lebih baik ^^
T3 Acne Body Wash

    T3 Acne Body Spray

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat, Jabatan Canselori 2013

Dengan sukacitanya pada hari Jumaat yang mulia ini, kakitangan Jabatan Canselori telah mengadakan majlis baccan yasin dan doa selamat. Tapi malangnya saya tak sempat nak join majlis tersebut kerana saya diserang panik. Haha... Panik sebab duit kutipan derma hilang dari saya. Saya tak pasti saya letak kat mana. Cari punya cari.... sampai kemas meja saya dibuatnya. Hahaha. Kenapa la benda ni boleh jadi. Last-last tertinggal majlis.

Apa-apapun majlis berjalan dengan lancar. Banyak juadah enak disediakan (potluck). Majlis jamuannya tidak dirayakan oleh yang muslim sahaja. Jangan jadikan perbezaan agama itu sebagai dinding kita untuk tidak bersama-sama sebagai satu komuniti. Kita rakyat berbilang bangsa, perlu ada semangat berpasukan. Semangat kekauman. ^^ Saya bangga jadi orang Sabah. Eiikk... Melalut pula saya.

Mudah-mudahan majlis seperti ini sentiasa diadakan untuk merapatkan hubungan antara kakitangan.




Rabu, 20 Mac 2013

Tulis Blog dengan Mudah

Dengan adanya smartphone.... Kita boleh menulis blog dengan mudah.

Application Blogspot boleh didapati di Play Store Android dengan percuma. As long as smartphone anda mempunyai internet, blog anda sedia di publish begitu sahaja. Jadi kita tak payah nak buka laptop lagi kalau nak tulis blog. On the spot idea kita datang, kita taip saja then kita dah boleh publish hasil tulisan kita ke dalam blog. Saya pun kadang-kadang malas juga nak buka laptop. Guna application ni lagi bagus. Jimat masa. :-)








International Seminar on Marine Science & Aquaculture

Tiba-tiba diarahkan untuk join dinner anjuran IPMB. Jadi saya perlu menjalankan tugasan saya. Fikir punya fikir.... Siapa kawan saya nanti ek selain daripada big boss. Terus teringat kat Yusdi... Kawan saya kat IPMB. Boleh la tu gerak sekali sama-sama.

Dinner tu kat Grand Ballroom, 1 Borneo. Seronok juga la sebab dapat makan best. Dan ada persembahan dari students Sekolah Seni. Apa-apa pun tahniah kepada yang menjayakan majlis ini!




Nak tau lebih lanjut mengenai event ini... sila klik link ini ^^

Ucaptama : Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di IPT, UMS

Hari ni, 20 Mac 2013.... Ybhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Lee Lam Thye datang ke UMS untuk mmmberi ucapan mengenai Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di IPT.

Saya seperti biasa akan mengiring big boss saya dan lepas tu terus duduk dengar ceramah la. Event ni diadakan di Galeri UMS. Ada dapat CPD point lagi. Boleh tambah markah :b

Ceramah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Perlu ada amalan bekerja yang betul supaya kita tak cedera pula nanti masa buat kerja. Utamakan keselamatan! Tak kira la yang kerja kat dalam office.... Yang kerja bangunan dan lain-lain. Semuanya kena ada prosedur yang perlu diikuti.  Baiklah. Selain daripada ucaptama... Soalan-soalan juga amat dialu-alukan daripada para hadirin. Saya pun nak tanya juga. Tapi terlalu ramai yang tanya.... Jadi saya tak jadi dah nak tanya.

Yang saya dapat dari apa yang diperkatakan oleh Tan Sri, kepada yang mengikuti program PLKN.... Jangan risau kerana pihak NIOSH akan sentiasa memantau keselamatan peralatan latihan fizikal yang digunakan seperti peralatan flyingfox etc.

Tengah sign guestbook

Nak tau lebih lanjut mengenai event ini? Sila klik link ini ^^

Nak tau lebih lanjut mengenai NIOSH Malaysia? Klik link ini pula.

Sunset di Pancur Hitam, Labuan

Kebetulan pada 16 Mac yang lalu, saya terpaksa ke Labuan kerana ada hal emergency. Sepatutnya time tu saya on duty untuk Syarahan Perdana Tun Mahathir di UMS dan esoknya saya on duty kat Bilik Gerakan Hotline UMS. 

Walaubagaimanapun, hal emergency tersebut tidak dapat dielakkan. Dah kelam kabut drive kereta dari Kota Kinabalu ke Menumbok, lepas tu terus beli tiket speed boat, sewa kereta kat Labuan.... akhirnya sampai ke destinasi. Syukur alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Sempat juga berjumpa dengan my dad masa tu.

Petang tu ada relax sikit setelah semuanya di selesaikan. Kebetulan dad ajak jumpa kat Pancur Hitam. Masa tu dah dekat Maghrib. Ramai orang kata tempat tu tak berapa bagus sangat kalau pergi waktu macam tu. Tapi nak jumpa dad punya pasal, semua on. Masa perjalanan tak ada la jauh sangat sebab dekat ngan rumah aunty. 

Waktu tu sunset kat sana serius memang cantik sangat! Saya pun terus la keluarkan handphone saya dan amik gambar. Sangat-sangat cantik! Matahari nampak clear,warna oren. Tak ada awan. Tak tau macam mana nak cakap lagi tapi memang cantik! Ramai juga orang lain berdiri kat tepi pantai tu dan buat photoshoot. Lepas jumpa dad, sempat lagi makan satay kambing dan minum ABC.


Rabu, 13 Mac 2013

Makan Malam 3rd Borneo Surgical Delight

Antara ramai-ramai lecturers di Sekolah Perubatan, PM Dr Ariff adalah antara orang yang sangat cool. Tahniah kepada AJK 3rd Borneo Surgical Delight kerana telah bertungkus-lumus menjayakan event ini. Dan saya juga berterima kasih kerana sudi menjemput saya sebagai pengacara majlis jemputan, walaupun saya tak berkhidmat kat SPU lagi. Makan malam berlangsung kat Sutera Harbour. Saya ingat lagi masa tu saya direct terus dari UMS. Memang agak penat tapi oleh kerana dah menjadi tugas saya kerana saya yang bertanggungjawab mengurus dinner tu, saya kena bersemangat juga. Lagipun seronok dapat berjumpa ngan kawan-kawan saya kembali ^^




Perasaan Selepas Memakai Tudung

Kawan-kawan dapat menerima dengan baik apabila saya bertudung.

Niat bertudung memang dah ada sejak dari awal lagi dan akhirnya saya bertudung juga. Walau ada juga yang menggelar saya "ustazah", "makcik", bertudung kerana boyfriend dan bila jumpa saya asyik-asyik nak bagi salam.... tapi saya anggap semua tu tidak berniat apa-apa selain gurauan.

Sejak bertudung ni, saya rasa lebih aman. Kalau dulu orang suka kacau-kacau, sekarang dah kurang. Perangai pun dah pandai automatik berubah. Dulu saya ni agak memanas masa memandu kereta. Sekarang.... saya lebih banyak bersabar. Kalau rasa macam nak gaduh.... saya terfikir.... saya dah bertudung. Jangan malukan imej wanita bertudung. Lama-lama perasaan panas baran tu beransur hilang.... hilang dan hilang... (walaupun kadang-kadang ada juga benda yang bikin panas la). Terima kasih kepada yang telah memberi nasihat kepada saya dan memberi saya semangat untuk bertudung. 

Saya harap saya akan terus begini sampai bila-bila pun. Saya bersyukur kerana Allah telah membuka hati saya untuk bertudung. Ada hikmah di sebalik kejadian. ^^

Oh ya. Ada satu kedai tudung online yang saya sangat suka. TudungPeople. Model dia cantik dan tudung-tudung yang dijual juga agak best.

Ahad, 3 Mac 2013

Ikan Bakar Pasar Sim-Sim, Sandakan

First time saya makan kat pasar Sim-Sim!

Kebetulan masa tu outstation kat Sandakan dengan Prof. Jadi Prof bawa makan kat Sim-Sim. Saya tak tau kat mana tempat tu. Driver pun orang baru waktu tu, jadi still tak biasa lagi ngan bandar Sandakan. 

Last-last jumpa juga sebab boss dah biasa makan kat sana kalau outstation kat Sandakan. Sangat seronok sebab ikan-ikan nampak meriah dan besar. Harga juga berpatutan. 

Ikan bakar pasar Sim-Sim ni kira antara yang famous kat Sandakan. Sebut saja Sim-Sim, mesti teringat ikan bakar. Selain ikan bakar, ada juga sotong bakar yang besar dan ayam. Hari tu makan seorang satu sotong putih. Dah Prof belanja, apa lagi..... makan saja la!

Kepada sesiapa yang nak ke Sandakan, jangan lupa ke pasar Sim-Sim kat:

Jalan Sim-Sim, 90000 Sandakan, Sabah.

Pantai Tanjung Aru - Suka Beli Buah-Buahan

Siapa peminat jeruk atau buah-buahan, tempat paling best kalau nak beli ni di area Kota Kinabalu, anda boleh singgah ke pantai Tanjung Aru. Kat sana banyak pilihan jeruk dan buah-buahan. Anda boleh beli dengan harga serendah RM1 RM2. Antara buah-buahan yang available adalah..... jambu, jambu air, mangga, kedondong, nanas dan lain-lain lagi. 

Selain tu ada juga air tebu segar (RM1.50 secawan sekarang RM2), kacang tanah dan jagung rebus. Ada juga jual kerepek ubi dan pisang. Gerai-gerai ni buka setiap hari dan hari Sabtu Ahad adalah waktu yang meriah sekali.

Kiranya pantai Tanjung Aru ni adalah syurga makanan. Selain buah-buahan, ada juga jual sayap ayam panggang, makanan laut dan lain-lain lagi. Ada banyak pilihan gerai untuk anda nikmati... dengan harga yang berpatutan.

Jom la pergi Tanjung Aru!

Tips - Kalau nak ke Tanjung Aru masa weekend, make sure pergi awal sikit. Start jam 5 petang.... orang dah ramai sebab nak pergi tengok sunset. Masa tu parking susah nak cari. Untuk parking, RM1.50 dikenakan per entry. Berdekatan dengan pantai, ada juga Perdana Park, tempat family beriadah. Boleh juga berjogging dan melakukan senaman. Fasiliti amat baik bermula daripada toilet yang cantik dan playground yang besar.

Tanjung Aru

Jumaat, 1 Mac 2013

Jatuh Cinta dengan Bulan

Saya sanggup beli teleskop semata-mata untuk tengok bulan. 

Ya. Saya suka tengok bulan. Tak kira berapa lama pun.... takkan jemu tengok. Susah nak explain kenapa saya suka bulan.... Tapi bulan sangat cantik. Kalau masa tu bulan purnama dan tak ada awan yang menutup, rasa gembira sangat sebab dapat tengok bulan. Walau tengah malam sekalipun, saya sanggup ke halaman rumah dan duduk seorang diri tengok bulan.

Call me crazy tapi tengok bulan membuatkan saya tersenyum. Semua masalah yang difikirkan tu boleh hilang serta merta (sama macam tengok laut). Kalau ada orang yang ingatkan saya supaya tengok bulan pada malam tu.... rasa teringat pula kat orang tu. Dapat rasa orang tu juga sukakan bulan. Betapa besarnya jiwa dia. Seorang yang penyabar, penyayang dan sensitif. Memang saya tak tau macam mana nak explain kenapa saya boleh jatuh cinta dengan bulan. Tapi bulan yang bewarna putih itu sangat cantik.....nampak tenang..... menyimpan banyak makna tersirat....


Bulan dari teleskop saya