Khamis, 21 Februari 2013

Fitnah dan Caci Maki : Dugaan

Saya bersyukur kerana ada individu yang masih percayakan saya, yang masih menyokong dan banyak menasihati saya dalam pelbagai perkara. Saya gembira bertemu mereka. Terima kasih yang tidak terhingga.

Saya tidak perlukan orang-orang yang baik di depan tetapi dibelakang penuh dengan tipu muslihat. Tetapi mereka ini sangat penting dalam kehidupan saya kerana merekalah, saya belajar erti kehidupan. Terima kasih yang tidak terhingga..... juga.

Tidak semua orang sukakan kita walau kita baik macam mana sekalipun. Walau apa pun berlaku, kita kena terima dengan positif. Allah itu Maha Adil dan dugaan itu datang sesuai dengan kemampuan kita menanggungnya. Semakin kita ingin memperbaiki diri kita ke arah kebaikan... di situ la dugaan itu bermula. Semakin kita meningkat naik, semakin ramai yang akan membenci kita. Ya..... ini ialah realiti. 

Jika kita tidak berpuas hati dengan seseorang, tidak perlulah kita menghina seseorang itu, lebih-lebih lagi di dalam Facebook. Buat apa? Untuk bagitau seluruh dunia yang kita benci kat dia? Atau untuk meraih populariti? Cukuplah kita mengadu kepada kawan-kawan terdekat dan yang paling penting, kepada yang Maha Esa. Kerana semua ini adalah ketentuanNya. Orang-orang yang melagakan orang lain ini sangat rugi. Banyak lagi perkara penting yang kita boleh buat selain melempar fitnah dan cacian.

Pada pendapat saya, orang-orang yang suka melakukan fitnah dan berkata buruk mengenai orang lain ini adalah kerana....

1. Hasad dengki
2. Tidak boleh menerima sesuatu dengan redha
3. Kurang kasih sayang dan kurang perhatian
4. Hati tidak bersih dan penuh perasaan benci
5. Rasa dirinya lebih baik berbanding orang lain
6. Sombong
7. Persekitaran yang negatif
8. Dendam di dalam hati

Manakala tips untuk kita menghadapi orang-orang seperti ini adalah:-

1. Sentiasa berfikiran positif
2. Terima dengan sabar dan percaya kepada ketentuan Illahi
3. Bersikap matang dan rasional
4. Kuatkan semangat dan yakin ada hikmah disebalik kejadian
5. Jangan pedulikan mereka ni. Sebab kalau kita fikir pun tak guna juga. Lebih baik kita teruskan hidup. Biar dihina orang asal dipuji Allah
6. Berdoa (Doa orang dizalimi adalah makbul)
7. Senyum selalu
8. Dekatkan diri dengan sahabat yang boleh dipercayai. 

Bagi saya, jika seseorang itu mempunyai masalah dengan orang lain, cukuplah untuk dia berbincang dan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Tidak perlu la membuka aib orang lain dan menyimpan dendam. Lebih-lebih lagi berniat untuk menjatuhkan orang itu.  Tiada gunanya dan hanya memalukan diri sendiri. 

Sama-sama la kita memperbaiki diri kita ke arah kebaikan. Fikir positif, bersihkan jiwa. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.

"Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!