Ahad, 24 Februari 2013

Demo Silat Cekak Ustaz Hanafi

21 Februari 2013, kebetulan  di ajak pergi tengok Demo Silat Cekak Hanafi kat kafe di Kampung E, UMS. Sesiapa yang berminat nak join, boleh la apply jadi ahli.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai Silat Cekak Hanafi.... sila klik kat sini. Ni antara random pictures yang ada.










Sarapan kat Dome, 1Borneo

Oleh kerana dah kena ajak makan, jadi saya pun on sajalah. Tak tau nak makan kat mana, lastly makan kat Dome di 1Borneo.

  Menu pada hari tu adalah toast bread and scramble egg. Nampak sikit tapi sebenarnya banyak

Gula pasir dalam paket. Comel =)

Khamis, 21 Februari 2013

Fitnah dan Caci Maki : Dugaan

Saya bersyukur kerana ada individu yang masih percayakan saya, yang masih menyokong dan banyak menasihati saya dalam pelbagai perkara. Saya gembira bertemu mereka. Terima kasih yang tidak terhingga.

Saya tidak perlukan orang-orang yang baik di depan tetapi dibelakang penuh dengan tipu muslihat. Tetapi mereka ini sangat penting dalam kehidupan saya kerana merekalah, saya belajar erti kehidupan. Terima kasih yang tidak terhingga..... juga.

Tidak semua orang sukakan kita walau kita baik macam mana sekalipun. Walau apa pun berlaku, kita kena terima dengan positif. Allah itu Maha Adil dan dugaan itu datang sesuai dengan kemampuan kita menanggungnya. Semakin kita ingin memperbaiki diri kita ke arah kebaikan... di situ la dugaan itu bermula. Semakin kita meningkat naik, semakin ramai yang akan membenci kita. Ya..... ini ialah realiti. 

Jika kita tidak berpuas hati dengan seseorang, tidak perlulah kita menghina seseorang itu, lebih-lebih lagi di dalam Facebook. Buat apa? Untuk bagitau seluruh dunia yang kita benci kat dia? Atau untuk meraih populariti? Cukuplah kita mengadu kepada kawan-kawan terdekat dan yang paling penting, kepada yang Maha Esa. Kerana semua ini adalah ketentuanNya. Orang-orang yang melagakan orang lain ini sangat rugi. Banyak lagi perkara penting yang kita boleh buat selain melempar fitnah dan cacian.

Pada pendapat saya, orang-orang yang suka melakukan fitnah dan berkata buruk mengenai orang lain ini adalah kerana....

1. Hasad dengki
2. Tidak boleh menerima sesuatu dengan redha
3. Kurang kasih sayang dan kurang perhatian
4. Hati tidak bersih dan penuh perasaan benci
5. Rasa dirinya lebih baik berbanding orang lain
6. Sombong
7. Persekitaran yang negatif
8. Dendam di dalam hati

Manakala tips untuk kita menghadapi orang-orang seperti ini adalah:-

1. Sentiasa berfikiran positif
2. Terima dengan sabar dan percaya kepada ketentuan Illahi
3. Bersikap matang dan rasional
4. Kuatkan semangat dan yakin ada hikmah disebalik kejadian
5. Jangan pedulikan mereka ni. Sebab kalau kita fikir pun tak guna juga. Lebih baik kita teruskan hidup. Biar dihina orang asal dipuji Allah
6. Berdoa (Doa orang dizalimi adalah makbul)
7. Senyum selalu
8. Dekatkan diri dengan sahabat yang boleh dipercayai. 

Bagi saya, jika seseorang itu mempunyai masalah dengan orang lain, cukuplah untuk dia berbincang dan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Tidak perlu la membuka aib orang lain dan menyimpan dendam. Lebih-lebih lagi berniat untuk menjatuhkan orang itu.  Tiada gunanya dan hanya memalukan diri sendiri. 

Sama-sama la kita memperbaiki diri kita ke arah kebaikan. Fikir positif, bersihkan jiwa. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.

"Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah"

Selasa, 12 Februari 2013

Koleksi Gambar Kaktus

Saya memang suka kaktus. Kat rumah ada beberapa jenis kaktus. Pantang nampak kaktus kat rumah orang, mesti rasa nak minta. Pantang nampak kaktus dijual, rasa macam nak beli. 

Baiklah. Sebenarnya kaktus saya tak ada la banyak sangat. Cuma nak kongsi ngan kawan-kawan gambar kaktus kat tepi rumah dan kat rumah aunty di kampung.









Ahad, 10 Februari 2013

Majlis Pelancaran Blueprint EcoCampus UMS - Superb!

Pada 7hb Februari 2013, telah berlangsungnya satu majlis bersejarah di Universiti Malaysia Sabah iaitu Majlis Pelancaran Blueprint EcoCampus. Majlis tersebut diadakan di ODEC (tepi pantai yang indah). 

Antara AJK belakang tabir yang telah berusaha sedaya upaya adalah kami semua (warga UMS). Walaupun masa untuk prepare majlis ini begitu singkat, tetapi semangat kerjasama membuatkan kerja-kerja yang dijalankan smooth dan semua orang sentiasa happy.

Tahniah warga UMS, dengan usaha anda semua...... event ini dapat dijayakan dengan cemerlang!




Jumaat, 1 Februari 2013

Saya Pilih Sunlight Pharmacy

Kenapa saya pilih Sunlight Pharmacy?

Jawapannya senang saja. Sebab farmasi ni menawarkan harga ubat-ubatan yang murah berbanding farmasi lain. Yang paling best kita boleh jadi member dan valid kepada semua cawangan Sunlight Pharmacy di Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Kalau dah jadi member, semua ubat-ubatan dan lain-lain barangan dijual dengan harga diskaun.

Saya selalu beli Oxy Nase sebab masalah hidung kerap tersumbat. Kalau harga non member adalah RM15.40. Kalau dah jadi member hanya perlu bayar RM13 sahaja. Berbanding dengan farmasi lain, kira kat sini murah tau. 

Ok. Nak kongsi sikit pasal branches Sunlight Pharmacy:-

1. Tawau (Sabindo)
T - 089 771 086

2. Tawau (TB24, Dunlop Street)
T - 089 761 088
F - 089 761 080

3. Tawau (Ground Floor, Servay Supermarket)
T - 089 770 379

4. Lahad Datu (Sedco Shophouse, Blk 24, Lot 5, Jalan Kastam Lama)
T - 089 882 088

5. Kota Kinabalu (Lot 30, Jln Pantai )
T - 088 250 802
F 088 250 801

6. Kota Kinabalu (G41, Centre Point)
T - 088 213 899
F - 088 213 899

7. Kota Kinabalu (G105, Gr Floor, 1Borneo Hypermall)
T - 088 485 882
F - 088 485 881

8. Kota Kinabalu (No 8, Jln Haji Yakub, Kg Air)
T - 088 258 802 / 258 803
F - 088 255 801