Selasa, 29 Januari 2013

Tanda-Tanda orang Kuat Cemburu dan Suka Mengongkong dalam Percintaan

Baiklah. Kali ni saya nak share sikit pasal tanda-tanda orang yang kuat cemburu dan suka mengongkong tak kira lelaki ataupun wanita. Individu seperti ini agak menakutkan kerana mereka boleh bertindak diluar kawalan. Sebenarnya cemburu itu baik, tapi kalau dah terlebih.... akan memakan diri dan membuatkan pasangan berasa tak selesa.

1. Kalau kita keluar ngan kawan-kawan kita.... dia akan marah. Dia rasa tersisih dan sepatutunya kita hanya perlu keluar ngan dia saja.

2. Dia akan selalu mengintip pergerakan kita, kawan-kawan kita sama ada secara online (Facebook, Twitter), daripada talian telefon ataupun di depan mata.

3. Ada saja orang tegur kita (berlawanan jantina), dia akan berasa cemburu yang amat sangat. Seterusnya benci ngan orang tu dan mula soal siasat kat kita sama ada kita kenal ngan orang tu atau tidak.

4. Dia akan sedaya upaya bagitau kat kaum keluarga dan kawan-kawan supaya jangan berkawan dengan orang yang dia rasa-rasa tak suka rapat ngan kita. Takut orang tu rampas kita kot....

5. Sentiasa berprasangka buruk terhadap kita. Kita nak pergi mana pun dia tak percaya. Kalau boleh, dia kena ikut sekali baru boleh percaya.

6. Manja yang lebih-lebih sebab nakkan perhatian. Tak nak perhatian tu jatuh ngan orang lain.

7. Post benda bukan-bukan kat dalam Facebook sebagai tanda protes. Nak jatuhkan air muka orang lain yang dia rasa-rasa dia benci sebab orang tu rapat ngan kita. Lepas tu rasa best sebab dah buat orang lain malu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!