Rabu, 16 Januari 2013

Muhasabah Diri

Walaupun kerja saya dikira mencabar jugalah, tapi itu tidak melemahkan semangat saya untuk terus maju ke hadapan. Senyum, sabar dan doa itu kunci kekuatan diri ini.

Saya rasa bertuah kerana dengan semua ujian yang diberikan, saya menjadi seorang yang kuat semangat dan mampu mengawal perasaan dengan sebaiknya (setakat ini....). Saya bersyukur kerana masih ada orang yang sayangkan saya iaitu keluarga dan rakan-rakan. Saya akan sentiasa menyayangi mereka dan tak akan lupakan mereka sampai bila-bila. Susah senang mereka masih berada di sisi saya. Syukur.... syukur....

Saya tak nak bergaduh dengan sesiapa pun kerana pergaduhan itu hanyalah perkara yang sia-sia. Ada juga yang tak suka saya tu memang confirm ada. Tapi nak buat macam mana. Saya tak boleh paksa mereka untuk sukakan saya. The best way adalah jangan pedulikan orang-orang seperti ini kerana ia hanya menganggu kehidupan kita. Semakin lama kita fikir pasal mereka, semakin kita diselubungi perasaan negatif yang akhirnya memakan diri. Kenapa saya perlu bergaduh dengan mereka sedangkan ada banyak lagi perkara berfaedah yang saya boleh buat?

Kalau boleh, jangan sesekali mengeluh kerana keluhan itu tidak mendatangkan hasil. Sebaliknya kita perlu berfikir sejenak.... kenapa benda ni boleh jadi macam ni. Apa yang telah saya buat? Apa penyelesaian yang paling wajar? Disertakan dengan doa kepadaNya, Insya Allah semua perkara yang dilakukan akan berjalan lancar.

Tips untuk sentiasa hidup tenang dan gembira

  • Doa itu penting. Berdoalah bersungguh-sungguh agar mendapat apa yang dihajati
  • Hindari perkara remeh-temeh di dalam kehidupan. Jangan pedulikan orang-orang yang tak suka kat kita.
  • Amalkan kehidupan yang sihat.Contohnya bersukan, bercucuk tanam, membaca buku etc
  • Sentiasa senyum
  • Sentiasa bersabar
  • Berfikiran positif. Orang marah kat kita pun, kita jangan terus melenting. Kita hadapinya dengan tenang.
  • Lihat kebaikan orang itu terlebih dahulu sebelum melihat keburukannya
  • Mempunyai matlamat hidup
  • Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan walau sesibuk mana pun. Kerana pergaulan itu penting
  • Jangan stress sangat ngan kerja. 
  • Hidup kena profesional dan matang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!