Sabtu, 12 Januari 2013

Memories in Kuala Lumpur 2013

Dapat short notice pada petang 7hb kerana diarahkan bertugas ke KL pada 8hb - 11hb Januari. Semalam selamat sampai ke Sabah kembali! ^^

HARI PERTAMA
Flight adalah pada jam 9.55 pagi, sejam lebih awal dari flight boss dan big boss. Sampai kat KL dalam tengahari. Terus ada kawan amik di epot. Nak jumpa ngan Aizat tapi masa tu tak ada rezeki pula. Tak pergi check-in hotel dulu sebab terus selesaikan urusan rasmi. Jam 7.30PM. rombongan UMS dah berkumpul kat depan lobi. Pergi makan kat Restoran Rebung kat Bangsar (Sempat duduk bersama Chef Ismail dan cerita banyak benda). Dah tu sambung lepak kat restoran di hotel, bercerita sambil tengok live band.


HARI KE-2
Still kena selesaikan urusan rasmi. Dalam tengahari ada urusan lain pulak ngan big boss. Lepas tu terus hantar semua bos-bos yang ada ke lapangan terbang sebab mereka kena balik awal. Saya yang kena stay kat KL sampai 11hb sebab ada konvo diraja kat UKM. Aktiviti pada malam hari.... jalan ngan Lukman & Syak. Pergi KLCC, beli-belah. Lepak kat Dome. Then makan kat Andalus. Seterusnya pergi karaoke.


HARI KE-3
Masa ni free. Boleh pergi jalan-jalan. Tapi saya tak jalan jauh sangat pun. Pergi KLCC sekali lagi sebab nak jumpa kawan saya, Lea. Best dapat ceta-ceta ngan dia walaupun sekejap saja. Lepak kat Secret Recipe.  saya makan salad. Lea makan lasagna. Dah tu saya round-round lagi kat sekitar sana. Pergi Petrosains (RM15 tiket masuk untuk dewasa yang ada MyKad). Then pergi beli souvenir dan lain-lain. Balik hotel makan sushi yang saya beli (total RM28++). Tengok tv.... tidur. Bangun. Buka Facebook. Bertelefon ngan kawan. Tak makan malam sebab dah kenyang makan sushi tadi. Rasa nak order juga menu kat hotel tapi semua Western food, jadi agak tak menarik. Tunggu Prof sampai kat KL balik. Iron baju jubah konvo.... dan tido balik!


HARI KE-4
Bangun awal pagi sebab nak pergi bersiap untuk ke UKM. Ada konvokesyen diraja. Ada masalah check-out hotel tapi kak Nurul akan uruskan dari pejabat. ^^ Thank you kak! Ada driver khas dari UKM datang amik. Terima kasih. Sebelum start majlis, ceta-ceta dulu ngan Prof pasal kenangan kat UKM. Dah start majlis, rasa seronok sebab dapat tengok DYMM Yg Dipertuan Besar Negeri Sembilan secara live dan puteranya. Then balik ke hotel Concorde sebab nak uruskan check-out, lepas tu terus ke KL Central naik KLIA express. Sebelum tu apply Enrich Card dulu sebab selalu selalu outstation. Dah sampai KLIA, pergi beli bun Gardenia banyak-banyak sebab kawan-kawan kirim. Duduk kat Golden Lounge. Pergi gate A7. Naik kapal terbang, terlepas lagi untuk berjumpa ngan Aizad. Tak apa. Lain kali la jumpa okay!

Selamat sampai ke Kota Kinabalu. ^^








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!