Sabtu, 19 Januari 2013

Kelebihan Emas - Perhiasan Diri dan Boleh Buat Duit

Semalam agak tertarik juga la dengar cerita pasal emas ni. Masa lepak-lepak duduk bercerita ramai-ramai tu, ada rasionalnya juga benda ni kalau dibuat. Rasa dapat duit banyak kot lepas ni kan? ($_$ nak beli rumah!)

Dengar punya dengar.... baru la saya faham kebaikan jual beli emas ni rupanya. Ni la saya nak kongsi sikit ngan kawan-kawan sebab bagus juga input yang saya dapat ni. 
  1. Emas adalah aset terunggul. (Psst! Kaum wanita.... kena ada emas tau! Nampak cantik dan berseri)
  2. Harga emas ni makin lama makin naik. Jadi baik kita beli emas tu sekarang selagi kita mampu beli. Kiranya kalau kita simpan emas tu dalam masa setahun.... kita dapat memperolehi keuntungan sebab harga emas naik dari masa ke semasa. Lagi banyak kita beli emas, lagi banyak kita untung. Lepas ni boleh compare keuntungan kita melalui simpanan ASB.  
  3. Kita boleh buat duit juga ngan emas ni sebenarnya selain saham dan hartanah. Emas boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang dan boleh didagang pada bila-bila masa. 
  4. Tak rugi kalau beli emas ni sebab emas adalah salah satu benda yang paling berharga dan diiktiraf di seluruh dunia.
  5. Emas tidak boleh dimanipulasikan berbanding ngan duit yang kita boleh cetak sesuka hati.
  6. Etc... tak ingat dah
Saya pun terfikir juga sesuatu. Mum pernah cerita pasal jiran sebelah ni. Dulu dia ada beli emas agak murah berbanding harga sekarang. Dia beli dalam RM3,000 (emas 999) macam tu saja. (Tak tau tahun bila dia beli emas masa tu) Bila tanya-tanya kat kedai baru-baru ni.... harga emas tu dah tinggi. Terkejut juga tapi ni la hakikat sebenar. Lepas ni saya nak simpan emas la untuk kegunaan masa hadapan. 
$_$ (bukan mata duitan)

Setakat ni.... ni saja la saya dapat kongsi ngan kawan-kawan pasal kelebihan emas. Lagipun saya bukan tauke emas, jadi tak dapat nak explain panjang-panjang.

2 ulasan:

Terima kasih!