Ahad, 20 Januari 2013

2nd TB Zero - Matunggong

Tengah seronok tengok gambar-gambar lama.... teringat pula saya tak pernah masukkan cerita Kempen Tuberkulosis kedua di Matunggong. 

Sebenarnya kempen tu telahpun diadakan pada 22hb September 2012 di Dewan Besar Matunggong. Antara pengunjung yang hadir adalah penduduk kampung dan pelajar sekolah. Masa tu saya jadi emcee bersama my friend, Fendy. 

Kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama penduduk luar bandar mengenai bahaya penyakit Tuberkulosis (TiBi). Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, telematch, ceramah oleh Dr Richard Avoi - Sabah Health State Department Assistant Director (TB/ Leprosy) dan lain-lain lagi.

Program itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Saya pun memperolehi ilmu pengetahuan baru sepanjang kempen tersebut ^^ Lepas ni ada kempen TB ke-3 dan ke-4 pula di sekitar Kudat. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Usaha dan kerjasama! Tahniah kepada AJK kempen ini!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!