Selasa, 29 Januari 2013

Tanda-Tanda orang Kuat Cemburu dan Suka Mengongkong dalam Percintaan

Baiklah. Kali ni saya nak share sikit pasal tanda-tanda orang yang kuat cemburu dan suka mengongkong tak kira lelaki ataupun wanita. Individu seperti ini agak menakutkan kerana mereka boleh bertindak diluar kawalan. Sebenarnya cemburu itu baik, tapi kalau dah terlebih.... akan memakan diri dan membuatkan pasangan berasa tak selesa.

1. Kalau kita keluar ngan kawan-kawan kita.... dia akan marah. Dia rasa tersisih dan sepatutunya kita hanya perlu keluar ngan dia saja.

2. Dia akan selalu mengintip pergerakan kita, kawan-kawan kita sama ada secara online (Facebook, Twitter), daripada talian telefon ataupun di depan mata.

3. Ada saja orang tegur kita (berlawanan jantina), dia akan berasa cemburu yang amat sangat. Seterusnya benci ngan orang tu dan mula soal siasat kat kita sama ada kita kenal ngan orang tu atau tidak.

4. Dia akan sedaya upaya bagitau kat kaum keluarga dan kawan-kawan supaya jangan berkawan dengan orang yang dia rasa-rasa tak suka rapat ngan kita. Takut orang tu rampas kita kot....

5. Sentiasa berprasangka buruk terhadap kita. Kita nak pergi mana pun dia tak percaya. Kalau boleh, dia kena ikut sekali baru boleh percaya.

6. Manja yang lebih-lebih sebab nakkan perhatian. Tak nak perhatian tu jatuh ngan orang lain.

7. Post benda bukan-bukan kat dalam Facebook sebagai tanda protes. Nak jatuhkan air muka orang lain yang dia rasa-rasa dia benci sebab orang tu rapat ngan kita. Lepas tu rasa best sebab dah buat orang lain malu. 

Ahad, 20 Januari 2013

2nd TB Zero - Matunggong

Tengah seronok tengok gambar-gambar lama.... teringat pula saya tak pernah masukkan cerita Kempen Tuberkulosis kedua di Matunggong. 

Sebenarnya kempen tu telahpun diadakan pada 22hb September 2012 di Dewan Besar Matunggong. Antara pengunjung yang hadir adalah penduduk kampung dan pelajar sekolah. Masa tu saya jadi emcee bersama my friend, Fendy. 

Kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama penduduk luar bandar mengenai bahaya penyakit Tuberkulosis (TiBi). Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, telematch, ceramah oleh Dr Richard Avoi - Sabah Health State Department Assistant Director (TB/ Leprosy) dan lain-lain lagi.

Program itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Saya pun memperolehi ilmu pengetahuan baru sepanjang kempen tersebut ^^ Lepas ni ada kempen TB ke-3 dan ke-4 pula di sekitar Kudat. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Usaha dan kerjasama! Tahniah kepada AJK kempen ini!





Sabtu, 19 Januari 2013

Kelebihan Emas - Perhiasan Diri dan Boleh Buat Duit

Semalam agak tertarik juga la dengar cerita pasal emas ni. Masa lepak-lepak duduk bercerita ramai-ramai tu, ada rasionalnya juga benda ni kalau dibuat. Rasa dapat duit banyak kot lepas ni kan? ($_$ nak beli rumah!)

Dengar punya dengar.... baru la saya faham kebaikan jual beli emas ni rupanya. Ni la saya nak kongsi sikit ngan kawan-kawan sebab bagus juga input yang saya dapat ni. 
  1. Emas adalah aset terunggul. (Psst! Kaum wanita.... kena ada emas tau! Nampak cantik dan berseri)
  2. Harga emas ni makin lama makin naik. Jadi baik kita beli emas tu sekarang selagi kita mampu beli. Kiranya kalau kita simpan emas tu dalam masa setahun.... kita dapat memperolehi keuntungan sebab harga emas naik dari masa ke semasa. Lagi banyak kita beli emas, lagi banyak kita untung. Lepas ni boleh compare keuntungan kita melalui simpanan ASB.  
  3. Kita boleh buat duit juga ngan emas ni sebenarnya selain saham dan hartanah. Emas boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang dan boleh didagang pada bila-bila masa. 
  4. Tak rugi kalau beli emas ni sebab emas adalah salah satu benda yang paling berharga dan diiktiraf di seluruh dunia.
  5. Emas tidak boleh dimanipulasikan berbanding ngan duit yang kita boleh cetak sesuka hati.
  6. Etc... tak ingat dah
Saya pun terfikir juga sesuatu. Mum pernah cerita pasal jiran sebelah ni. Dulu dia ada beli emas agak murah berbanding harga sekarang. Dia beli dalam RM3,000 (emas 999) macam tu saja. (Tak tau tahun bila dia beli emas masa tu) Bila tanya-tanya kat kedai baru-baru ni.... harga emas tu dah tinggi. Terkejut juga tapi ni la hakikat sebenar. Lepas ni saya nak simpan emas la untuk kegunaan masa hadapan. 
$_$ (bukan mata duitan)

Setakat ni.... ni saja la saya dapat kongsi ngan kawan-kawan pasal kelebihan emas. Lagipun saya bukan tauke emas, jadi tak dapat nak explain panjang-panjang.

Khamis, 17 Januari 2013

Kenangan Bersama Ahli-Ahli Majlis Profesor Negara

Saja nak tunjuk ngan kawan-kawan sedikit gambar majlis makan malam Majlis Profesor Negara pada Disember 2012. Tahniah kepada urusetia daripada pihak UMS yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Makan malam telahpun diadakan di Restoran Port View Kota Kinabalu. 

All the best!



Antara barisan profesor yang hadir sewaktu majlis makan malam. Rasa teruja juga kerana mereka semua ni adalah golongan bijak pandai dan terkenal. Tak sangka dapat berjumpa mereka ^^

Nak mengetahui lebih lanjut mengenai Majlis Profesor Negara, klik kat link ni

Rabu, 16 Januari 2013

Muhasabah Diri

Walaupun kerja saya dikira mencabar jugalah, tapi itu tidak melemahkan semangat saya untuk terus maju ke hadapan. Senyum, sabar dan doa itu kunci kekuatan diri ini.

Saya rasa bertuah kerana dengan semua ujian yang diberikan, saya menjadi seorang yang kuat semangat dan mampu mengawal perasaan dengan sebaiknya (setakat ini....). Saya bersyukur kerana masih ada orang yang sayangkan saya iaitu keluarga dan rakan-rakan. Saya akan sentiasa menyayangi mereka dan tak akan lupakan mereka sampai bila-bila. Susah senang mereka masih berada di sisi saya. Syukur.... syukur....

Saya tak nak bergaduh dengan sesiapa pun kerana pergaduhan itu hanyalah perkara yang sia-sia. Ada juga yang tak suka saya tu memang confirm ada. Tapi nak buat macam mana. Saya tak boleh paksa mereka untuk sukakan saya. The best way adalah jangan pedulikan orang-orang seperti ini kerana ia hanya menganggu kehidupan kita. Semakin lama kita fikir pasal mereka, semakin kita diselubungi perasaan negatif yang akhirnya memakan diri. Kenapa saya perlu bergaduh dengan mereka sedangkan ada banyak lagi perkara berfaedah yang saya boleh buat?

Kalau boleh, jangan sesekali mengeluh kerana keluhan itu tidak mendatangkan hasil. Sebaliknya kita perlu berfikir sejenak.... kenapa benda ni boleh jadi macam ni. Apa yang telah saya buat? Apa penyelesaian yang paling wajar? Disertakan dengan doa kepadaNya, Insya Allah semua perkara yang dilakukan akan berjalan lancar.

Tips untuk sentiasa hidup tenang dan gembira

  • Doa itu penting. Berdoalah bersungguh-sungguh agar mendapat apa yang dihajati
  • Hindari perkara remeh-temeh di dalam kehidupan. Jangan pedulikan orang-orang yang tak suka kat kita.
  • Amalkan kehidupan yang sihat.Contohnya bersukan, bercucuk tanam, membaca buku etc
  • Sentiasa senyum
  • Sentiasa bersabar
  • Berfikiran positif. Orang marah kat kita pun, kita jangan terus melenting. Kita hadapinya dengan tenang.
  • Lihat kebaikan orang itu terlebih dahulu sebelum melihat keburukannya
  • Mempunyai matlamat hidup
  • Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan walau sesibuk mana pun. Kerana pergaulan itu penting
  • Jangan stress sangat ngan kerja. 
  • Hidup kena profesional dan matang

Sabtu, 12 Januari 2013

Gambar Semasa Melawat Petrosains KLCC

Saja nak share gambar-gambar sewaktu saya masuk ke Petrosains di KLCC. Harga tiket untuk dewasa yang ada MyKad... RM15. Jom masuk beramai-ramai! Ni adalah first time saya masuk kat sana. Dah tu sorang-sorang pula tu. Seronok juga la sebab banyak perkara baru yang saya pelajari dan banyak benda kita boleh explore kat dalam tu. Berbaloi juga la bayar RM15. Lepas tu singgah kejap kat kedai cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan saya kat Sabah.








Memories in Kuala Lumpur 2013

Dapat short notice pada petang 7hb kerana diarahkan bertugas ke KL pada 8hb - 11hb Januari. Semalam selamat sampai ke Sabah kembali! ^^

HARI PERTAMA
Flight adalah pada jam 9.55 pagi, sejam lebih awal dari flight boss dan big boss. Sampai kat KL dalam tengahari. Terus ada kawan amik di epot. Nak jumpa ngan Aizat tapi masa tu tak ada rezeki pula. Tak pergi check-in hotel dulu sebab terus selesaikan urusan rasmi. Jam 7.30PM. rombongan UMS dah berkumpul kat depan lobi. Pergi makan kat Restoran Rebung kat Bangsar (Sempat duduk bersama Chef Ismail dan cerita banyak benda). Dah tu sambung lepak kat restoran di hotel, bercerita sambil tengok live band.


HARI KE-2
Still kena selesaikan urusan rasmi. Dalam tengahari ada urusan lain pulak ngan big boss. Lepas tu terus hantar semua bos-bos yang ada ke lapangan terbang sebab mereka kena balik awal. Saya yang kena stay kat KL sampai 11hb sebab ada konvo diraja kat UKM. Aktiviti pada malam hari.... jalan ngan Lukman & Syak. Pergi KLCC, beli-belah. Lepak kat Dome. Then makan kat Andalus. Seterusnya pergi karaoke.


HARI KE-3
Masa ni free. Boleh pergi jalan-jalan. Tapi saya tak jalan jauh sangat pun. Pergi KLCC sekali lagi sebab nak jumpa kawan saya, Lea. Best dapat ceta-ceta ngan dia walaupun sekejap saja. Lepak kat Secret Recipe.  saya makan salad. Lea makan lasagna. Dah tu saya round-round lagi kat sekitar sana. Pergi Petrosains (RM15 tiket masuk untuk dewasa yang ada MyKad). Then pergi beli souvenir dan lain-lain. Balik hotel makan sushi yang saya beli (total RM28++). Tengok tv.... tidur. Bangun. Buka Facebook. Bertelefon ngan kawan. Tak makan malam sebab dah kenyang makan sushi tadi. Rasa nak order juga menu kat hotel tapi semua Western food, jadi agak tak menarik. Tunggu Prof sampai kat KL balik. Iron baju jubah konvo.... dan tido balik!


HARI KE-4
Bangun awal pagi sebab nak pergi bersiap untuk ke UKM. Ada konvokesyen diraja. Ada masalah check-out hotel tapi kak Nurul akan uruskan dari pejabat. ^^ Thank you kak! Ada driver khas dari UKM datang amik. Terima kasih. Sebelum start majlis, ceta-ceta dulu ngan Prof pasal kenangan kat UKM. Dah start majlis, rasa seronok sebab dapat tengok DYMM Yg Dipertuan Besar Negeri Sembilan secara live dan puteranya. Then balik ke hotel Concorde sebab nak uruskan check-out, lepas tu terus ke KL Central naik KLIA express. Sebelum tu apply Enrich Card dulu sebab selalu selalu outstation. Dah sampai KLIA, pergi beli bun Gardenia banyak-banyak sebab kawan-kawan kirim. Duduk kat Golden Lounge. Pergi gate A7. Naik kapal terbang, terlepas lagi untuk berjumpa ngan Aizad. Tak apa. Lain kali la jumpa okay!

Selamat sampai ke Kota Kinabalu. ^^








Rabu, 2 Januari 2013

Gambar Kenangan di Sandakan Sempena Lawatan ke SPL

Masa tu saya iringi Datuk VC ke Sandakan untuk lawatan ke Sekolah Pertanian Lestari. Ada ramai lagi pegawai-pegawai lain yang ikut juga. Pelbagai aktiviti telahpun diadakan seperti aktiviti menanam pokok, mesyuarat pelarasan dan perjumpaan bersama para pelajar SPL.

Tak nak cerita banyak pasal ni... cuma nak share ngan kawan-kawan gambar menarik yang saya ada! ^^








Selasa, 1 Januari 2013

Cuti-Cuti di Kundasang, Ranau (Senarai Hotel / Resort / Homestay / Chalet / Resthouse / Backpacker)

Kalau ada masa lapang, bawa la keluarga ke Kundasang. Bukan sahaja pemandangannya cantik, ada beberapa tempat peranginan yang boleh dilawat, cuaca yang sejuk dan nyaman... malah ada banyak tempat penginapan yang boleh menjadi pilihan anda. Nak yang selesa pun ada... nak yang bajet pun lagi banyak.

Sedikit tips nak melawat ke Kundasang. Apabila masuk musim cuti sekolah biasanya tempat penginapan FULLHOUSE. Untuk mengelakkan tak dapat hotel, kena buat booking awal. Untuk cara lebih mudah buat booking, sekaligus compare harga tempat penginapan, boleh layari website seperti Booking.com, Agoda atau Trivago.

Tapi tak semua tempat penginapan disenaraikan di dalam website tersebut. Cara alternatif ialah melayari website setiap hotel untuk maklumat lanjut.

Sebelum tu, nak share ngan anda gambar saya sewaktu di Kundasang pada tahun 2013.

   Walaupun saya orang Sabah, ni adalah kali pertama saya ke War Memorial Kundasang. Tiket masuk adalah RM2. Terletak tak jauh dari pekan Kundasang. Cantik kalau buat photoshoot kat sini




Banyak jual buah-buahan dan sayur-sayuran di pekan Kundasang

Selain itu, ada beberapa tempat pelacongan lain yang anda boleh lawati di Kundasang seperti Desa Cattle Farm, Kinabalu Park, Sabah Tea Garden dan Kolam Air Panas Poring



SENARAI TEMPAT PENGINAPAN DI KUNDASANG DAN RANAU (updated 12 Julai 2016)
  1. Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (Perkasa Hotel)
  2. The Cottage Hotel
  3. Strawberry Garden Hotel
  4. Kinabalu Pine Resort
  5. Celyn Resort
  6. Mesilau Nature Resort
  7. Puncak Borneo Resort
  8. Seri Kinabalu Resort Kundasang
  9. Dream World Resort
  10. TM Resort Kundasang
  11. D'Villa Rina Ria Lodge
  12. Walai Tokou Homestay
  13. Kinabalu Rose Cabin 
  14. Fairy Garden Resort 
  15. U-Merlin Resort (088 889 366)
  16. Golden Kundasang Highlands (019 831 23 85)
  17. Nabalu Kundasang Lodge
  18. J Residence 
  19. Kiram's Village Cabin
  20. Panorama Resort (088 216 025 / 216 026 / 216 027)
  21. Mountain Resthouse (016 837 4060)
  22. Bayu Lodge (088 889 693 / 013 853 2145)
  23. Mile 36 lodge a.k.a Sony Village Lodge
  24. Kinabalu Mt. Lodge 
  25. Nikgold Garden Resort 
  26. Kundasang Guesthouse (017- 831 8797) 
  27. Ayana Holiday Resort
  28. Sabah Tea Garden Cottages (088 440 882)
  29. Maya Homestay
  30. Delightful Holiday Inn
  31. Liwagu Lodge
  32. MK Hotel
  33. Lodge 37
  34. Ranau Country Lodge
  35. Slagon Homestay
  36. Arnab Village Homestay
  37. Jabez Resort
  38. Kundasang Rosewood Home Cottage Lodge
  39. Kundsang Inn
  40. Sunduan Lodge
  41. Sinurambi Homestay
  42. Soboroong Farmer's Cottage
  43. Wind Paradise Mongolian Yurt
  44. Salman's Lodge
  45. Anjung Rehat Jamsari
  46. Midori Homestay
  47. Kopi Valley
  48. Rocky Mountain Lodge Kundasang
  49. Alpine D'Bayu Chalet
  50. Kinabalu View Chalet
  51. H.Benjamin Residence
  52. Kundasang Greenhill Homestay
  53. D'Arsyah Homestay
  54. Jungle Jack Backpacker
Ada banyak lagi homestay kat Kundasang dan boleh tengok signboard kat tepi jalan

Credit to Beautiful KK.com

Majlis Makan Malam Konvo UMS ke-14

Cerita pasal belakang tabir Majlis Konvo UMS ke-14 dah buat, tapi saya terlupa cerita majlis makan malam  sempena konvo pula.

Majlis makan malam di adakan di Pan Pacific Sutera Harbour (mula-mula ingat buat kat Sutera Magellan!). VVIP yang datang termasuk TYT Sabah selaku Canselor UMS, pegawai-pegawai utama dan lain-lin. 

Makanan pun sedap. Siap ada gift coklat perisa buah-buahan tempatan dari Sekolah Sains Makanan & Pemakanan, UMS. Terima kasih. ^^




Pengalaman Masuk Istana Yang Dipertua Negeri Sabah

Kalau nak masuk istana..... ada protokol tertentu yang perlu dipatuhi.

Tak sangka saya dapat kat dalam istana Yang Dipertua Negeri Sabah untuk mengiring Datuk VC dan Datin sempena jemputan Makan Malam Bersama Mahasiswa Cemerlang UMS. (Tahniah kepada para pelajar tersebut!). Selama ni pernah juga terfikir bagaimana agaknya rupa dalam istana. Selain saya, ada beberapa lagi pegawai-pegawai utama yang hadir ke majlis tersebut termasuk my colleague Herman dan Syahrul Hazizi.