Selasa, 31 Disember 2013

Cherish the End of 2013

Tiap-tiap kali malam tahun baru.... saya tetap tak akan balik awal dari office punya la. Tahun ni ada okay sikit, balik jam 6.30PM sebab esok 1hb Januari 2014.... UMS ada sambutan ke 20 tahun. Jadi kena turun awal....

Tadi masa office hour memang rush, kerja banyak turun naik office.... raptai untuk event, kejar bos yang tengah cuti, menaip sepantas kilat, berhubung ngan bermacam individu, ada perubahan last minit etc + sakit tekak nak selsema + PC rosak... lastly mood down sikit. Lumrah orang bekerja.... Tapi thank you kepada yang mengambil berat. :-)

.
.
.
.

Tadi pulang.... kami gerak dari office bersama dan sebelum balik rumah... hajat nak makan malam kejap. Tak juga kata kami sambut tahun baharu (in fact saya memang tak celebrate tahun baharu) but actually we cherish and have fun pada malam ni. Bercerita sakan dan merepek ntah apa-apa dalam keta. Dan ya..... of course kelucuan tahap melampau berlaku lagi sampai saya rasa pening kepala pula ketawa. Adeiiii....

Then singgah makan malam kat area Putatan. Order simple menu, fried rice... ice lemon tea and corn soup. Lepas tu ada pertunjukkan khas silap mata lagi dari Hafiz tapi lucu sebab tak menjadi. Duit selit di jam tangan. Ahahaha! Kedapatan nih.

By the way, actually we want to end up 2013 with a happy moment.... I hope 2014 akan bawa banyak perubahan kepada kami.... dan tentulah perubahan yang positif. I wish I can handle all of my works and I know this January I have a very pack schedule. So time untuk bagi fit badan supaya bikin kerja pun laju semacam. Hehehe

Buka buku baharu, perkara yang lama usah diungkit lagi... jadikan kenangan sebagai pemangkin untuk diri kita. Jadilah orang yang positif, sentiasa bersemangat dan ceria selalu! ^^

To all my friends, saya doakan yang baik-baik untuk kamu semua. We all still keep in touch! Mana yang pernah berenggang dulu, kita dah baik balik. Mana yang dah lama jadi kawan, mesti akan terus jadi kawan sampai bila-bila. I appreciate your support, advice and yang paling penting.... no matter what happen, kawan tetap kawan ^^ Nothing can't change us! Ada yang saya dah anggap macam family sendiri, saya harap ikatan persaudaraan kita makin kuat dari hari ke hari.

To Hafiz.... Thank you kerana bagi support yang first class, bikin jokes everyday and truly understand me. We both know that we plan macam-macam for this 2014. Dan saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar. ^^

Last but not least.... my family. Without them..... saya bukan sesiapa. Saya tak akan capai kejayaan. Jadi mereka adalah segalanya buat saya. My mum, masak for us hari-hari, bagi makan miaw tiap hari.... hihihi.... I love all of you so much!

Semoga 2014 membawa lebih banyak makna buat kita semua. Goodbye 2013, I will miss you. Selamat datang 2014. Please be nice to us. ^^

Assalamualaikum...

11:58PM 31 Disember 2013

Duit 10 sen bikin main silap mata


Isnin, 30 Disember 2013

A Good Laugh

Despite today is so busy, until my friend cakap muka saya pucat dan saya tiada selera makan tengahari.... but.... I achieve several KPIs. Hari tu ada beberapa.....

1. Rambut style baharu - okay
2. Beli tudung baharu - okay
3. Rajin senaman balik - not okay. Haha
4. Rajin buat facial muka - okay

So these are my targets for 2014 and some of them already done in advance. Dah kata.... target tak leh buat banyak-banyak. Nanti tak tercapai. For senaman, me and Hafiz already janji akan kuatkuasakan undang-undang start 1 Januari 2014. Who manage to reduce more KGs in a month, so he / she will be a winner. Yeah...

Good laugh never die.

Ahad, 29 Disember 2013

Talking to the Moon?

Talking to the Moon by Bruno Mars, thumbs up for that song.

Nampak saja bulan terang..... ngam lagi langit masa tu tak ada awan, bintang bertaburan.... hati gembira amik teleskop dan kerusi, start dah sesi meneropong bulan. Ntah apa yang seronoknya tengok bulan lama-lama ni kan? Sebenarnya memang seronok pun.

Memang impian saya dari dulu nak beli teleskop. Dan akhirnya saya berjaya juga beli ^^ Walaupun teleskop model biasa dan harga pun tak mahal sangat.... tapi kualiti bagus. Boleh nampak kawah bulan dengan jelas. Waktu yang paling best teropong bulan ni adalah masa bulan penuh. Ensure kalau merenung tak lebih 30 saat. Stop kejap dan lepas tu baru leh tengok balik. Kenapa? Sebab bulan tak mengeluarkan cahaya. Cahaya terang tu adalah cahaya matahari yang dipantulkan bulan. Oleh kerana ia adalah cahaya matahari, maka tengok cahaya bulan sama macam kita tengok cahaya matahari.

Teleskop ni dah lama saya ada, cuma sampai sekarang masih eksperimen macam mana nak gunakan semua lens tu. Ada yang sampai boleh tengok planet Muystari dan Zuhal. (Tapi tak clear sangat. Cuma nampak figure dan warna). Agak susah juga nak adjust lorrr.

-
-
-


Cerita selingan....

Nak cari kedudukan planet senang saja. Sekarang dah ada application dalam smartphone yang boleh trace kedudukan planet (dan bintang). Kalau nak guna cara konvensional pun boleh. Bila tengok langit, cari cahaya bintang yang tak berkelip. Kalau nampak warna merah, itu adalah planet Marikh. Kalau bintang tu terang semacam, tu adalah planet Zuhrah atau disebut juga sebagai Kejora.

Merenung langit malam (sambil ditemani kucing-kucing yang suka duk lepak di halaman rumah) boleh tenangkan fikiran. Kadang-kala duduk kat luar sampai 2 jam hanya untuk menikmati keindahan ciptaan-Nya. Dah banyak buruj yang saya temui. Orion, Canis Major dan Canis Minor (anjing kepada Orion), Scorpio, buruj Biduk, buruj Pari, Andromeda dan lain-lain. Setiap buruj juga mempunyai cerita tersendiri. ^^ Menarik bila baca ceta lagenda ni.

-
-
-
-
-

Okaylah. Nanti sambung lagi. :-)

Teleskop saya ^^

Sempat lagi amik gambar guna hp dari teleskop (tak nampak bulat bukan sebab bulan tu tak bulan. Tu terlindung dengan teleskop. Susah nak amik gambar bulan tu centre. Kalau tergerak sikit, tak cantik



Ni amik pada tarikh lain

P/S - Kat Giant Putatan dah tak ada jual teleskop. Kalau nak beli teleskop boleh ke kedai Toys R Us di 1Borneo. Sana ada jual! ^^

Kepala Salmon Panggang

Harga isi ikan salmon mentah kalau kat supermarket boleh cecah RM29.80 sekilo. Untuk kepala salmon pula ada special price. Hari tu beli hanya RM 6.90 sekilo. Jadi kira murah berbanding isi. Lagipun kepala salmon ni kira sedap juga. Ada rasa lemak ikan. Kalau selalu ke restoran Jepun, mesti tau harga menu kepala ikan salmon panggang.

Bahan-bahan:
- Kepala ikan salmon
- Garam
- Hirisan limau atau lemon


Cara-caranya:
- Bersihkan kepala ikan salmon. Buang insang ikan tu
- Sapukan kepala ikan dengan garam
- Panggang ikan tu sampai isi ikan nampak kemerahan. (Agak-agak masak)
- Hidangkan bersama hirisan limau / lemon


*Jangan perahkan limau/lemon sewaktu memanggang.

Cerita Yna? Di Mana Permulaannya?

Blog Cerita Yna ni dah wujud pada tahun 2010 masa saya belajar di Shah Alam lagi. Waktu student.... hiburan tak banyak. Suka duduk kat dalam hostel saja. Kalau tak pun.... kuar pergi bandar jalan-jalan ngan bestie. Saya suka menulis, amik video dan amik gambar untuk kenangan. (Sampai sekarang masih simpan kat laptop). Jadi sayang juga kalau kenangan tu tak dapat kongsi bersama. Lagipun, apa salahnya kalau kita dapat berkongsi tips dan pengalaman yang kita ada kepada kawan-kawan lain. Oleh itu, saya putuskan untuk wujudkan satu blog. Dari segi pemilihan nama.... saya agak straightforward. Jadi saya amik nama Cerita dari Yna. Tapi lepas tu tukar ke Cerita Yna. Amik nama ni sebab kelihatan general.... Dalam blog boleh ceta apa-apa saja kenapa Cerita Yna? Sebab semua hasil nukilan adalah 100% daripada saya. ^^

Dulu masa amik Diploma (tahun 2005), ada lecturer minta kami buat blog sebab blog ni boleh enhance writing skill, express feeling, mengisi masa lapang dan lain-lain. Waktu tu macam tak teringin sangat nak buat blog.... sebab masih tak berapa mahir guna. Sekarang dah ada blog, rasa seronok pula. Betul kata my lecturer ^^

Sepatutnya entries tahun 2010, 2011 dan 2012 ada banyak lagi tapi kebanyakan gambar-gambar waktu tu saya tak pakai tudung. Jadi saya decide untuk buang terus. Lagipun cerita banyak link kepada gambar juga. Sebab kalau buang gambar saja.... entry jadi tak menarik da.... :-( then mana-mana entry yang saya rasa saya tak nak dah masukkan.... pun saya buang juga

Saya sendiri pun tak tau apa genre blog saya ni... mungkin lebih kepada personal blog kot. Sebab nak kata fesyen, tak juga. Nak kata hiburan.... pun tak. Apa-apa pun okay la. Professional knows better.

I am interested dengan blog yang cantik cute wonderful and lovely. I admire blog Xia Xue sebab gambar dia cute belaka. Saya juga sukakan blog Dawn Yang dan Kati - Clowing Snowflower ^^ yang cantik. Least favorite blog..... tak ada kot. Kecuali blog yang mengutuk, fitnah orang, suka burukkan orang lain kot... tak tau la.

Kesimpulannya.... itu la sedikit sebanyak asal-usul kewujudan blog saya. Thank you!

Skin Blog... Until 2014

Hooraaayy! Akhirnya berjaya apply skin baru! Sebenarnya skin pada kali ni saya buat untuk tahun 2014. Tapi memandangkan pada 30 dan 31 Disember jadual saya agak pack dan tentunya tak ada masa banyak untuk membuat rekaan, jadi saya decide untuk buat advance dari sikit dari tarikh 1 Januari 2014.

Dari tahun 2010 sampai la sekarang nak dekat tahun 2014.... dah banyak kali saya tukar skin. Untuk header, saya buat guna Adobe Photoshop. Sebenarnya ada banyak lagi design header yang lain tapi memandangkan waktu tu saya tak pakai tudung lagi, jadi saya tak nak pamerkan imej. ^///^ Huhuhu

Kenapa kali ni pilih hijau? Sebab favorite color saya adalah hijau dan apa saya juga support EcoCampus UMS. Hehehe..... 

Jadi ni antara header yang pernah saya gunakan selama ni:

 Ni la gambar saya pakai tudung  mula-mula sekali secara rasminya. 
Saya pilih biru dan background merah

 Then tukar lagi kepada skin dan header yang lain

 Saya suka menggunakan dark color sebab senang pembaca nak baca blog. Kalau guna color terang sangat sakit mata. Then tukar yang ni. (tudung tu my friend yang bagi ^^)

 Lepas tu tukar kepada merah hitam pula


 Oleh kerana hajat waktu tu nak tukar tema sahaja, jadi header tak tukar gambar. Malas nak tukar

 Dah boring.... tukar kepada yang ni pula.

Ni header sebelum yang terbaru ni. Warna pink dan hitam

Ni yang terbaru sekali setakat ni. Tukar sikit style la.... asyik gambar full face saja. Untuk tahun 2014. Tak akan kekal dan akan sentiasa bertukar ^^

Sabtu, 28 Disember 2013

Mihun Sup Isi Ikan - Kedai Kopi Ocean King

Kalau hajat nak makan mihun sup isi ikan best, boleh pergi ke Kedai Kopi Ocean King di Beverly, Bundusan. Antara banyak-banyak mihun sup isi ikan, ni la yang paling saya suka. Flavour dia.... isi ikan yang banyak, tomato yang lembut, sayur masin yang yum yum.... dan sambal lada yang superb... boleh membuatkan kita mouthwatering. Heheheh

Tak semestinya isi ikan saja, boleh juga add on yang lain seperti fish maw, fish cake, fishball, kulit ikan dan lain-lain. Makan bersama dengan minuman Teh o Ais dan Kit Chai Ping.... fuh. Best! Harga tak sampai RM10. Rugi kalau tak try. Selain daripada mihun sup isi ikan, ada juga lain menu seperti tomyam, bubur dan lain-lain.

Resipi Popia Ayam

Kalau ada masa setiap hujung minggu akan masak untuk family. ^^ Kali ni nak masak kuih popia pula.





Bahan-bahannya:

- Sayur kubis (Kalau nak rangup-rangup sikit boleh juga masukkan baby kailan, taugeh atau lobak merah)
- Isi ayam yang dipotong kecil
- Seulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Secubit garam
- Sedikit gula
- Sedikit sos tiram
- Kulit popia


Cara-caranya membuat inti popia (sayur goreng):

- Panaskan minyak
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih
- Masukkan ayam
- Tuang sedikit sos tiram
- Masukkan sedikit garam dan gula
- Masukkan baby kailan
- Masukkan kubis



Lepas tu dah siap masak inti popia, boleh gulungkan ke kulit popia.

-
-
-
-

Lepas tu gorengkan popia tu.

-
-
-
-
-

Taaaddaaa.... siap! Senang saja.

Cara-cara membuat sos popia. Bahan-bahannya:

- Sos cili
- Sedikit cuka
- Sedikit gula

Cara-caranya:

Tuang sos cili, masukkan sedikit cuka dan gula. Gaulkan hingga sebati.

Jumaat, 27 Disember 2013

Cerita Zaman Belajar

Lepas ni akan lebih concentrate kepada kerja dan akan try at least buat satu inovasi.... harap-harap menjadi la. Hidup perlu sentiasa bersemangat. Kalau kita tak kuat semangat... apa pun tak jalan....

Pengalaman dalam hidup ini banyak memberi makna. Disitu la kita belajar mengetahui kelemahan diri kita, belajar untuk bersabar, bergaul dengan ramai orang, bersikap lebih terbuka etc. Saya akui, masih banyak saya perlu belajar dan perjalanan hidup saya masih jauh. 

I thank to my parents sebab kerana mereka... saya menjadi orang yang berguna. Since kindergarden sampai la Darjah Tiga, I remember my mum yang hantar saya ulang alik ke sekolah tak kira hujan atau panas. Sekolah tak jauh dari rumah... jadi jalan kaki saja dalam sepuluh minit dah sampai. Dulu masa budak-budak kuat main. Asal rehat mesti lepak kat bawah tangki sambil makan mi dalam plastik. Lepas tu angan-angan tangki tu jadi van. Masa tu manga Sailormoon tengah famos. Saya memang die hard fan. Akhir tahun tak ada dah belajar lagi. Jadi kelas pun riuh. Satu kelas join main restoran-restoran. Bawa duit Saidina tu jadi wang untuk bayar makanan. Pas tu siap ada pinggan mangkuk dan sudu yang diperbuat dari kertas lagi. Ada yang jadi customer.... ada yang jadi waiter. Haha. Best juga kalau ingat kenangan lama ni. ^^

Masuk sekolah menengah, saya amik kelas Bahasa Arab dari Tingkatan Satu sampai Tiga. Tapi geng kami ni nakal sikit. Selalu tak concentrate belajar. Hahaha. Lucu juga kalau ingat. sampai ustaz tu merajuk ngan kami. Hahaha. Masa tu rasa cam best juga sebab kelas lain amik tujuh atau lapan subjek PMR. Tapi kami amik sembilan subjek. Alhamdulillah result PMR pun bagus. Then masuk ke Tingkatan Empat dan Lima. Dah jadi senior. Nak kata saya minat belajar tak ada la juga. Cikgu bercakap di depan, kadang-kadang pandai khayal juga atau bercerita dengan kawan sebelah. Heheh... Tapi saya suka amik subjek banyak. Dulu masa SPM saya amik 11 subjek. Tambah satu Pendidikan Seni. Kelas seni memang tak pernah masuk, hanya buat hasil seni saja. Jadi masa jawab teori tu main hentam saja la. Syukur juga la dapat A :-b Kalau tak memang kena bantai oleh mum. Hahah Subjek paling tak disukai adalah Maths. Orang lain ulangkaji Maths.... saya duk melukis kartun. Deiiii.... tentu-tentu result Maths tak dapat A. Hahah XD

Lepas tu..... tiba-tiba saya dapat panggilan PLKN. Masa tu saya Batch 2 / Siri 2. Tak ada dah yang tinggal kat kampus selama sebulan tu. Tiga bulan terus dalam hutan. Sebenarnya saya tak berharap dapat masuk PLKN, tup tup nama keluar kat paper pula. Jadi kena masuk jugalah. Handphone pun kena simpan, tak leh pegang sendiri kecuali Sabtu dan Ahad.... -_- Best juga sebab dapat kenal ngan ramai kawan. Paling best tersama-sama pula ngan cousin saya. Mula-mula saya tak tau dia tu cousin saya sebab kalau balik kampung pun jarang melawat ke rumah dia. Mum ada bagitau cousin saya sekali masuk PLKN sama-sama kem ngan saya. Cari punya cari... rupanya satu kelas. Cis! Sebab budak ni fasih cakap cina, saya tak. Jadi saya sangka dia ni betul-betul cina la. Rupanya dia la cousin saya yang saya cari selama ni. Dia pun mencari juga sebab mum and dad dia cakap, kami sama-sama masuk PLKN. Yang jadi masalah... kami tak kenal antara satu sama lain. Yang boleh kenal, masa dia bagitau nama sebenar dan asal dia. Hahaha... gila betul.

Dah masuk PLKN.... beberapa bulan lepas tu masuk universiti pula. Amik Diploma selama tiga tahun. Dulu masa Diploma kat Kampus Kota Samarahan, Sarawak. Bole la klaka Sarawak. Program yang saya amik tu tak ada Matematik. Jadi memang syukur sangat. Hujung minggu boring..... kami keluar jalan ke Kuching. Naik van sapu, 30 minit dari Samarahan. Then tahun 2007, saya dah ada lesen memandu. Jadi upgrade sikit naik keta sewa. Hahaha... Roomate pun bertukar-tukar. Roomate yang saya masih keep in touch hingga kini.... dia kerja kat Semenanjung. Dulu belajar amik QS. Bagus budak tu. Nama dia Syuhadda. Ada lagi saya simpan video klip lama masa belajar dulu. Bila tengok memang rindu gila.

Dah nak habis Diploma, kena mohon pergi Ijazah Sarjana Muda pula. Mula-mula ingat nak amik MASCOM tapi memandangkan itu bukan major course, jadi kena sambung tiga tahun. Jadi saya decide untuk sambung major course saya. Tempat pengajian di Kampus Puncak Perdana, Shah Alam. Time tu Farid Kamil masih study sana. Pernah la nampak dia sekali saja. Lain-lain... makanan kat bawah fakulti tu saja saya nampak. Wahahaha! Masa Bachelor Degree tak ada semester satu dan dua. Terus lompat ke semester tiga sebab yang lain tu dah belajar masa Diploma dulu. Masa ni la saya kenal ngan bestie saya, Zetty. Dia sekarang dah amik PhD sebab dia ni genius. Tapi otak sama gila-gila. In Shaa Allah kalau ada rezeki saya akan amik Master. Dah bincang ngan my colleagues, Herman dan Syahrul. Mereka pun nak sambung juga. Hafiz pun tengah amik Master, jadi saya  pun on saja la. Hehe ^^ .... Berbalik kepada cerita masa Bachelor Degree... saya ada amik foreign language, Perancis. Lama dah tak praktis bahasa ni. Kalau dulu ingat lagi, kitaorang bercakap Perancis masa dalam LRT. Saja eksyen. Ahahaahah! Dah kata.... perangai bengong. Orang lain belajar, kami berdua blah pergi Shah Alam makan-makan.... Orang lain study hard, kami main game The Sims 2. Adoiyai.... Napa la malas betul ni belajar. Kat dalam kelas pun sama, mata pandang depan, otak melayang. Lepas tu sempat lagi selfie. Lucu la. Lastly... grade on time juga. Syukur.... alhamdulillah. Result pun allright.

Tu la sedikit sebanyak ceta saya masa saya belajar dulu. Kalau ikutkan, banyak lagi saya nak taip tapi memandangkan rehat dah habis... jadi saya kena sambung kerja saya dulu. Syukur la dari usaha saya belajar (la sangat), doa dan tawakkal, sokongan kawan-kawan dan family, juga tidak dilupakan cikgu dan pensyarah.... akhirnya saya kerja kat UMS. Perjalanan hidup masih jauh. Jika ada rezeki, tuntutlah ilmu pengetahuan kerana ilmu itu begitu luas. Sebarkan ilmu yang berguna kepada orang lain, jika ikhlas... pahala itu diberikan kepada kita. Itu janji Allah S.W.T.

Assalamualaikum...

Thank You :-)

Kalau di hujung bulan Disember ni... semua orang masih mood cuti. Tapi kat tingkat 5 dan 6 ni nampaknya ramai yang kelam kabut. Sebab tahun depan banyak dah program nak dibuat. Tak menjadi masalah. Saya akan tetap update blog saya kalau ada idea. ^^

Hari ni hari Jumaat, ingat nak balik awal. In Shaa Allah dapat siapkan kerja-kerja yang perlu lekas. Tadi Hafiz kata dia nak bagi makanan dengan saya. Saya ingat dia bagi tapau. Hehehe... Maklumlah kalau hari Jumaat saya jarang keluar masa rehat. Suka duduk dalam office saja. Kadang-kadang nak makan pun malas. Tapi tadi Hafiz ajak keluar makan sekejap ngan Zahrin sebelum pergi solat Jumaat. 

Rupanya yang dia nak bagi ni benda alah macam dalam gambar tu. Sedap ni! Saya pun tak tau apa nama dia tapi dalam tu ada biskut marie yang dah lembut. Kalau makan sejuk-sejuk memang best. 

Thank you Hafiz.


Juga nak ucap thank you kepada Datuk VC sebab belikan cenderahati untuk kami bertiga kat dalam office. Kalau Datuk outstation mesti belikan hadiah untuk kami. Gitu juga Prof. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah balas balik dengan kebaikan. Amin ya rabbal alamin...

Khamis, 26 Disember 2013

Dilmah : Luxury Leaf Bag - Pure and Excellent

Saya kipas susah mati teh. Kalau di kedai makan pasti akan order Teh O Ais ataupun Lemon Teh Ais. Kalau yang rapat ngan saya tau la tu minuman kegemaran saya. Hehehe....

Selain tu, saya juga kipas susah mati kepada Green Tea ataupun Peppermint Tea. Sekarang terpikat ngan this product of luxury tea brand, Dilmah. Try rasa Teh Lycee with Rose and Almond.... fuhhh! Betul-betul wangi. Bikin high terus. Heheh.... 

Sebenarnya ada banyak jenis teh berperisa dijual di pasaran. Teh Sabah juga ada keluarkan teh berperisa begini. Kepada peminat teh, sure terpikat ngan rasa teh sebenar dan ditambah ngan perisa-perisa lain yang begitu wangi! Waaaaahhhh ^^

Teh mempunyai banyak khasiat seperti untuk perawatan kulit, mencegah kanser, menstabilkan tekanan darah dan menurunkan berat badan. Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. ^^




Good day mate!

Rabu, 25 Disember 2013

I Love You Miaws

Ni la antara miaw kesayangan saya. Nama dia Owren. Sebenarnya gambar ni dah lama. Masa dia naik kat atas pokok tu saya shoot gambar dia. ^^ Rindu ngan semua miaw saya!

Sekarang saya ada 7 ekor kucing. Tapi ada yang suka merayap pergi rumah jiran. Memang dari kecil dah pelihara kucing. Dulu masa tinggal kat rumah lama, saya banyak kucing hitam berekor panjang. Macam Luna dalam Sailormoon. ^^ Lepas tu ada miaw warna kelabu, coklat dan lain-lain lagi. Cuma sekarang ni kalau lepas pegang kucing, kena terus cuci tangan. Tersentuh hidung.... jadi gatal teruk. Huhu.... :-(


P/S - Ingat nanti kalau dah ada rumah sendiri, nak bawa miaw tinggal sana. Tapi kena minta permission big boss dulu kalau dia bagi. Ngeeee.....

Review : Watsons Mini Wet Wipes

Wet wipes ni amat diperlukan terutama ketika travel. Saya syorkan kalau nak sesiapa nak ke China, jangan lupa untuk membawa wet wipes!

Sekarang dah ada dalam saiz yang mini dengan wangian yang menarik. Antara jenama yang cam best adalah Watsons. Dijual dengan harga RM1.90/pek dan juga dijual satu set mengandungi 4 warna berlainan (Dapat harga lebih murah). Mudah dibawa ke mana sahaja. Bau harum juga tidak terlalu kuat and everybadeh like it!! ^^ Ada warna lain dan semua pun nampak menarik. Alcohol free.

Wet wipes ni perlu kalau kita nak membersihkan diri. Manalah tau masa tu tandas jauh atau tak ada air.... boleh gunakan ni sebagai alternatif.

P/S - Kebersihan diri harus dijaga :-)


Saiz mini senang masuk ke dalam handbag atau poket

Cara Mudah Bersihkan Bahagian Pusat (Tubuh Badan)

Kebersihan badan harus dijaga. Bagi yang tak tau macam mana nak hilangkan daki di bahagian pusat.... sini ada tips mudah. Sebenarnya tips digunakan bukan sahaja kepada kanak-kanak tapi juga untuk orang dewasa. Tips ni kawan saya yang kongsi ngan saya dulu.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah putik kapas dan losyen. 

Caranya.... tuang sedikit losyen ke putik kapas. Lepas tu gosok di bahagian pusat sehingga hilang daki dan kotoran.

Itu sahaja :-)

Selasa, 24 Disember 2013

SimplySiti, Another Good Local Product

Kalau di Sabah, produk SimplySiti boleh didapati di farmasi Guardian dan Watson. Sebelum ni tak pernah guna produk ni tapi terasa macam nak try pula. Kebetulan hari tu nak cari gincu warna Fuchsia. Then suka pula tengok gincu Janji Kasih (ultra moist lipstick), harga RM35. Jadi saya beli la.  Siapakah pengasas produk ni? Diasaskan oleh Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi wanita tempatan. She is a very successful person, from zero to hero. 

Ada banyak lagi barangan lain yang dijual selain gincu seperti foundation, compact powder, eyeshadows dan paling menarik perhatian... body mist. Warna-warna meriah, haruman yang menawan dan botol sebegitu rupa membuatkan saya teringatkan body mist jenama Victoria's Secret... one of my favorite brand. Yeah! Lain kali memang nak beli yang tu pula.

Sedikit review mengenai gincu ni. Ada pelbagai lagi pilihan warna lain yang boleh didapati. Tekstur lembut. Sesuai digunakan untuk semua umur. Harga berpatutan, packaging menarik. 

Jom beli product SimplySity!  
  

Janji Kasih

Jasamu Dikenang, Pak Mail

Jasamu dikenang, Pak Mail atau nama sebenar beliau Encik Ismail Abdul Jalil, ketua Bahagian Audit Dalam UMS.

Walaupun majlis ini dibuat ringkas tapi amat bermakna kepada kami semua, terutama kepada beliau. Sepanjang majlis, Pak Mail sempat juga nyanyi lagu Widuri. Suara phew! Mantap! Tengahari tadi sewaktu majlis berlangsung, semua pun happy. Tak nak sedih. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Pak Mail dan jika ada masa terluang dan rezeki lebih, sudi datang ke Sabah lagi. In Shaa Allah kalau ada jodoh ngan Hafiz, saya akan hantar kad jemputan kat Pak Mail seperti yang kena request. Hehehe....

Thank you juga sebab sudi melawat kami kat tingkat 6 pada hari tu hanya untuk ucapkan selamat jalan. Kami semua nak Pak Mail sentiasa happy ^^

Tak lupa kepada urusetia yang bertungkus lumus menjayakan majlis (kita memang best!) dan kepada tetamu.... terima kasih sebab sudi datang.

Walaupun saya tak kenal lama sangat ngan beliau, tapi pertemuan selama saya start bekerja kat Canselori.... saya cukup menghormati beliau. Nak tau cerita lebih lanjut, sila klik link ini.

Jasamu dikenang.....





Bayam dan Lada Besar

Hidup rasa tak lengkap tanpa tanaman di sekeliling rumah. Semalam baru tengok-tengok pokok kelapa pandan tepi rumah tu dah banyak buah. Kira nak minum air kelapa tapi tunggu satu family berkumpul baru best untuk menikmati hidangan.

Ini adalah pokok bayam. Sebenarnya bayam ni saya dapat dari kawan saya. Dia kata dia ada magazine WWF, dalam magazine tu ada bagi percuma anak bayam. Jadi dia tanam kat dalam pasu. Saya nampak dia post kat dalam facebook, jadi saya pun rasa cam best juga. Then dia bagi la saya satu pasu. Masa tu bayam tu kecil lagi. Saya beli pasu besar sikit dan tanam kat dalam tu. Lama-lama bayam tu tumbuh subur... then tua, lepas tu tumbuh lagi yang lain. Jadi saya biarkan saja bayam tu tumbuh sendiri sampai la sekarang. Bukan hajat tanam bayam sebab nak buat sayur, tapi dengan bayam ni... macam ni la saya ingat kat kawan saya tu. Dah janji nak jaga bayam ni sampai dah tak ada lagi... and I keep my promise. Ni dah generasi ntah ke berapa punya bayam ^^

Kalau nak jaga tanaman ni kena sabar dan penuh teliti. Tapi saya ni kadang-kadang tak boleh pakai juga. Main hentam saja, tapi syukur la orang kata... bukan tangan panas. Jadi tumbuhan cepat menjadi. Ni adalah anak lada besar. Hari tu saya dan Hafiz pergi Kundasang pergi jalan-jalan. Lagipun tak jauh dari Kota Kinabalu. Lebih kurang 1 jam 30 minit dah sampai. Jadi okay lah. Kat sana ada banyak jual sayur-sayuran... bunga-bungaan dan buah-buahan. Saya memang pantang nampak semua nih. Mesti nak singgah. Then terpikat ngan pokok lada tu. Terus beli....

Ni hasil semaian lada besar. Sebab lada ni tak tahan lama. Pokok ni kalau dah tua memang akan mati. Jadi sebelum tu, baik petik buah lada, keringkan dan tanam biji benih. Dan itu, kita akan dapat hasil yang lebih berganda. Nak tanam lada ni perlu penjagaan rapi. Kutu (yang warna putih tu) suka hinggap kat pokok lada. Tu la punca lada tak menjadi selain cahaya matahari yang kurang sesuai. ^^

Baskin Robbins di Kota Kinabalu

Bila rasa teringin nak makan aiskrim.... mesti akan terus cari aiskrim.

Antara favorite aiskrim saya ialah Baskin Robbins. Ni tak leh makan sorang-sorang. Tak seronok. Mesti bawa kawan. Okaylah. Kalau kat area Kota Kinabalu ni... cawangan Baskin Robbins boleh didapati di 1Borneo Hypermall dan Suria Sabah. Siapa yang mencipta Baskin Robbins ni? Burt Baskin dan Ivy Robbins pada tahun 1945 di Glendale, California. Kalau nak tau lebih banyak sejarah mengenai Baskin Robbins, sila klik link ini.

Ada pelbagai perisa seperti Mango Tango, Mint Chocolate Chip, Hokey Pokey etc. Tapi favorite saya setakat ni adalah Chocolate Overload (no sugar added) tapi memang gila-gila rasa coklat. Heheh... Kalau aiskrim atau kek coklat saya suka (coklat betul-betul coklat tak berapa... -_-)

Kalau macam gambar kat bawah ni, saya amik Junior 2 scoops, harga RM15. Walaupun namanya junior tetap susah juga nak habiskan. Boleh add on topping juga kalau nak seperti Dipping Choc, Maple Walnut etc. Selain ais-krim, Baskin Robbins juga menyediakan minuman dan kek yang sangat cute. Sesuai untuk sambutan ulang tahun, birthday dan holidays. ^^

Sesiapa yang tak familiar kedudukan Baskin Robbins kat 1 Borneo, terletak tak jauh dari pintu hadapan, berdepan dengan kedai Dunkin Donat atau Habib Jewels.


P/S - Ada satu lagi kedai ais-krim yang menjadi all time favorite saya, Caramel Almondo. Memang aiskrim less sugar dan sesuai kepada sesiapa yang tak gemar manis. Cawangan boleh didapati di 1Borneo Hypermall dan Centre Point Sabah.

Isnin, 23 Disember 2013

Kali ni Lebih Meriah!

Seperti tahun lepas juga, kami ada buat majlis pertukaran hadiah sempena Tahun Baharu. 

Kali ni sepatutnya slot dimasukkan semasa retreat tempoh hari tapi oleh kerana ada yang tak dapat hadir sebab nak pulang ke kampung halaman etc... jadi kami buat kat dalam office sahaja. Masing-masing pun dapat hadiah. ^^





Thank you for the cake - From Horizon Hotel

Ni hadiah yang saya dapat ^^ Yeah. Cantik!