Rabu, 20 Jun 2012

Klinik Veterinar di Kota Kinabalu

Haiwan kesayangan juga memerlukan rawatan. Di bandaraya Kota Kinabalu, terdapat beberapa veterinar kerajaan dan juga swasta. Butiran adalah seperti yang tertera di bawah.


1. JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN DAN PERUSAHAAN TERNAK  (Dept. of Veterinary Services & Agricultural Industry)

Alamat:
Berhadapan ibu pejabat Polis (PDRM), Kepayan.

Tel: 088 251 233 / 251 235

Laman web:
http://vet.sabah.gov.my/index.php?q=welcome


Maklumat lain:
∎ Wawktu operasi - Office hour (ISNIN - KHAMIS : 8.00AM - 12.30PM & 2.00PM - 5.00PM
JUMAAT : 8.00AM - 11.30AM & 2.00PM - 5.00PM). Sabtu, Ahad dan cuti umum TUTUP
∎ Cas perkhidmatan adalah murah. Vaksin kucing RM21. Ubat cacing RM1 untuk sebiji. Kalau nak kembiri haiwan, kena booking dulu untuk tempoh 2-3 bulan. Untuk rawatan biasa, selalunya kalau saya tak pernah lebih RM50. Paling-paling pun RM25 untuk seekor kucing.
∎ Ada some penyakit yang kadang kala mereka tak dapat rawat dan memerlukan rawatan specialist. Jadi haiwan kesayangan kena dihantar ke klinik swasta juga. Sebab hari tu saya nampak kucing orang tu tak dapat kencing beberapa hari. Then doktor nasihatkan kucing tu dihantar ke specialist.
∎ Kalau anda rasa kucing anda memerlukan rawatan yang special... better send to private terus. Itu advice saya.



2. DR HADY VETERINARY CLINIC

Alamat:
Block B, Lot No 17-0,
Riverside Plaza, KK Land
Kingfisher Park
88450 Kota Kinabalu, Sabah

Email:
drhady2007@yahoo.com

Telefon:
010 766 3861

Maklumat lain:
∎ Lokasi terletak bersebelahan Poliklinik Permai, King Fisher.
∎ Juga mempunyai pet hotel service. RM40-RM50 semalam (makanan & pasir diberikan). RM10 semalam (tanpa makanan & pasir - pelanggan bawa sendiri)
∎ Waktu operasi adalah ISNIN - SABTU: 9.00AM - 5.00PM, AHAD 11.00AM - 3.00PM (call dulu sebab kadang-kadang pandai tutup). Cuti umum BUKA (tapi call dulu sebab kadang-kadang pandai tutup juga)
∎ Cas perkhidmatan berpatutan. Vaksin RM30. Multivitamin RM10, antibiotik RM10 dan lain-lain lagi. Untuk rawatan biasa kucing selalunya saya bayar dalam RM40 untuk seekor kucing termasuk multivitamin sebotol.


3. SABAH ANIMAL MEDICAL CENTRE

Alamat:
No. 4, Ground Floor, Lrg Angsa 1,
Taman Fu Yen Fasa 3,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Tel:
088 253 481

Maklumat lain:
∎ Masa beroperasi ISNIN - AHAD. Masa operasi tak berapa ingat sangat tapi rasanya sekarang dah 24 jam. Cuma kalau hari Sabtu & Ahad ada extra charge kalau kita hantar haiwan kesayangan melebihi jam 2 petang. Extra charge tu adalah RM50.
∎ Terletak berdekatan dengan Petronas. Betul-betul kat sebelah Petronas tu saja.
∎ Servis baik dan harga berpatutan. Doktor dia pun baik juga. Hari tu kucing demam kena cas RM60 sebab masukkan air, vitamin, antibiotik dan bla bla bla. Dan kucing tu sihat sepenuhnya.



4. SKINNER VETERINARY CLINIC

Alamat:
Ground Floor, Fu Yen, Jalan Tuaran, Batu 1 1/2, Sunny Garden (Across Razz-ma-tazz)

Tel: 088-257 275



5. COMPANION ANIMAL CLINIC

Alamat:
Lintas Jaya Uptownship (Depan Open University)

Tel: 088 728 991



6. BORNEO VETERINARY CENTRE SDN. BHD

Alamat:
DBKK No. 24-0, Lot No 5, Block A
Inanam Business Centre
88450 Inanam, Kota Kinabalu
Sabah

Tel : 088 423 032
Fax : 088 423 032
Email : borneovet@yahoo.com



Okeh kalau sesiapa yang berminat mau join SPCA Sabah, jadi sukarelawan untuk bantu binatang terbiar ini.... try masuk link SPCA.

Link facebook untuk peminat kucing di Sabah:
Borneo Catlover Community

Jom tengok link saya Info Mengenai Kucing

Isnin, 18 Jun 2012

UK Funfair, Alam Mesra

Akhirnya saya dapat juga ke UK Funfair, Alam Mesra bersama dorang MyC dan Hammie. Ingatkan funfair ni mau tutup dah tapi rupanya di extend lagi sampai 1 Julai 2012. Jadi best la ni kiranya.

- Bayaran masuk RM2
- 1 token pula RM2. Setiap permainan ada yang guna 2 token  / 3 token.

Jadi kami pun memulakan game. Mula-mula sekali kami main Pusing Payung (pandai-pandai jak bagi nama). Best juga la sebab tinggi dan nampak pemandangan sekitar Alam Mesra. Hammie & MyC tengah menunggu untuk payung berpusing. Ada budak di belakang tu nangis sebab payung tak pandai berpusing dari tadi. Rating ⋆⋆⋆


Lepas selesai saja main payung, kami terus pergi main Putaran Sotong pula. Mula-mula tiada orang, lepas kami naik... terus ramai orang lain berpusu-pusu untuk naik juga. Bagi saya, ini la yang paling best setakat ni. Sotong tu berpusing, lepas tu kami pun ikut berpusing juga. Terus rasa melayang badan. Rating ⋆⋆⋆⋆⋆


Oleh kerana Hammie gayat, jadi saya dan MyC pun teruskan dengan permainan Paris Wheel. Relax sikit. Best juga la. Rating ⋆⋆⋆

Lepas tu pergi main Roller Coster tapi tak best sebab kin sait badan. Rail dia pendek dan besi tu bising betul la. Jadi tak recommend yang tu. Rating ⋆

After Roller Coster, kami singgah ke pernmainan Tacada. Yang ni bahaya sikit. Kalau nak main kena pegang kuat-kuat. Silap-silap boleh terjatuh dari kerusi. Tapi yang uniknya ada orang menari kat tengah-tengah tu. Punya la expert orang tu menari. Kami yang duduk kat tepi ni semua nak terjatuh sebab pusingan terlalu laju. Hahaha! Rating ⋆⋆⋆⋆

Lepas tu kami ke Rumah Hantu. Tak best. Tak nampak apa-apa. Cuma ada benda yang pegang kepala saya saja. Nak sampai pintu keluar, ada patung rambut afro warna oren. Tak best! Rugi. Rating ⋆

Seterusnya tak tau mau main apa lagi. Jadi menghabiskan duit dengan bermain dart. Pas tu blah keluar singgah makan kat Sinario Cafe. Makan sate, mee Tuaran, Roti Bakar Kahwin dan minum Milo sejuk.

Ada banyak lagi permainan yang menanti sehingga 1 Julai 2012 ni bermula dari jam 6-11 malam. Ada permainan Apollo, Kereta Elektrik, Keretapi, Space Gun, Sudden Impact dan lain-lain lagi. Datang la beramai-ramai ke Funfair Alam Mesra!







Isnin, 4 Jun 2012

Moon Through My Telescope

Akhirnya saya beli teleskop F70060. Untuk beginner. Harga pun berpatutan. Sangat excited untuk tengok bulan. Tapi perlukan kemahiran untuk menggunakan lensa kerana kadang-kadang jadi kabur pula. 

Saya cuba cari kat Internet mengenai teleskop dan terbaca satu forum. Orang tu kata teleskop jenis ni boleh juga tengok planet. Mulanya tak percaya tapi akhirnya dia sendiri berjaya membuktikan bahawa teleskop ni juga boleh tengok planet. Saya pun nak cuba juga la. Tapi amat memerlukan masa, kan?

Okey. Ni antara imej bulan melalui teleskop saya. Gambar asli ada kabur sikit tapi saya dah bagi sharp sikit menggunakan Adobe Photoshop. Enjoy!




Jumaat, 1 Jun 2012

Matawang Asing Menjadi Azimat

Matawang dari atas: Filipina, China, Indonesia, Korea, Arab Saudi. Matawang Australia dah tak ada kerana kebetulan kawan saya ke sana, jadi saya minta kirim souvenirs menggunakan duit tu. 

Sebenarnya saya juga berminat mengumpul matawang asing. Walaupun tak banyak sangat, tapi seronok juga kalau tengok matawang yang berbeza-beza ni. Koleksi wang kertas ni saya simpan dalam sarung angpow dan diletakkan dalam dompet saya. Sesiapa yang ada koleksi matawang yang banyak, jom la share. ^^

Jumpa Specialist ENT. Semua Dah Ok

Masalah hidung tersumbat yang saya alami selama 4 tahun pada mulanya amat teruk. Setiap pagi saya akan bersin (Hhhaaaccchhooo!), hidung gatal, sakit kepala dan susah nak tidur (hidung tersumbat) dan hilang deria rasa. Sangat terseksa. Saya hanya diberikan "nasal spray" untuk mengurangkan simptom.

Sehingga pada suatu hari tu saya dengan sukarelanya berjumpa dengan seorang pakar Ear, Nose & Throat (ENT) di Poliklinik UMS, King Fisher, Kota Kinabalu, Sabah. 

Doktor ni adalah seorang pensyarah di tempat saya kerja juga. Kebetulan saya terserempak ngan dia kat pejabat dan dia tegur kenapa ada jerawat kecil di pipi saya. Lepas tu dia tanya, saya ada allergic apa-apa ke. Saya kata tak ada. Cuma masalah resdung yang teruk saja. Dan dia kata esok baik saya datang jumpa dia. Mungkin dia boleh bantu saya.

Pada keesokan harinya, saya pun jumpa la dia. Habis la hidung, mulut dan telinga saya dibuat uji kaji. Haha. Last-last dia suruh saya pergi X-ray muka untuk tengok sama ada betul atau tidak saya ni mengidap resdung. Dan keputusannya....saya memang ada resdung tetapi hanya sedikit. Yang menjadikan hidup saya terumbang-ambing selama ni (hidung sumbat saja pun...) adalah alahan. Cuma tak pasti alahan kepada apa. 

Doktor tu pun terus bagi ubat dan perlu dihabiskan. Selepas sebulan saya perlu berjumpa doktor tu lagi. Dan kalau tak ada perubahan, nampak gayanya saya kena pergi ke specialist di Hospital Queen Elizabeth pula. 

Sekarang syukur alhamdulillah kerana saya semakin pulih dan tiada masalah hidung tersumbat lagi.

Kepada anda yang ingin berjumpa pakar ENT, sila ke:

1. Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu - Rabu, sebelah pagi

2. Poliklinik UMS, King Fisher, Riverside, Kota Kinabalu - Rabu, bermula jam 4 petang (tidak memerlukan appointment. Hanya datang saja)