Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tinggal Tahun 2012

31hb Disember 2012....

Banyak kenangan yang ditinggalkan sepanjang tahun ini. Ada suka dan duka. Bagi sesetengah orang... pasti tahun 2012 adalah tahun yang tak dapat dilupakan kerana banyak kenangan manis yang telah di ukirkan. Bagi saya pula, tahun 2012 adalah tahun yang penuh cabaran dan kejutan.

Dalam tahun ni saja, ramai kakitangan Sekolah Perubatan yang dah berkahwin. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu! Saya juga telah berpindah dari SPU ke Jabatan Canselori. Dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru, pemandangan luar tingkap yang baru dan environment kerja yang berlainan. Dalam aspek kehidupan, saya banyak belajar perkara yang berbeza. Namun begitu, masih banyak lagi yang saya perlu pelajari dan saya akan sedaya upaya push diri saya supaya maju ke hadapan. Sila berikan tunjuk ajar!

Saya mengharapkan bahawa tahun 2013 akan membawa banyak kebaikan, keberkatan dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita.. Semoga azam kalian dapat dilaksanakan dengan baik. Insya Allah.... Amin... 

Tahun 2012 akan sentiasa dirindui... Apa kata kita tengok apa yang bakal terjadi pada tahun 2013....

2 ulasan:

  1. Happy new year 2013! Kita buka lembaran baru. lembaran lepas jadikan rujukan dan pedoman :)

    BalasPadam

Terima kasih!