Selasa, 25 Disember 2012

Ada Hantu di Canselori?

Ramai yang kata Universiti Malaysia Sabah ni tempatnya agak “keras”. Antara salah satu tempat tu adalah di bangunan Canselori. Ye ke?


Ada beberapa orang kakitangan cerita kat saya tentang kejadian-kejadian aneh yang telah berlaku. Saya dengan super excitednya mendengar cerita mereka. Saya ni selalu pulang lewat untuk menyiapkan kerja-kerja (sambil melepak di dalam pejabat).

Ada juga yang pernah tegur saya jangan selalu balik lewat tapi saya tak endah sangat. Datuk VC pun pernah nasihatkan saya juga jangan pulang melebihi jam 10 malam. Sehingga pada suatu hari tu, saya dan kawan saya lepak kat dalam office buat kerja sambil bercerita sakan. Waktu tu rasanya baru dalam jam 7.40PM kot. Tiba—tiba saya terdengar bunyi orang berlari di atas ceiling. Sangat kuat. Saya sangka tikus. Tapi fikir-fikir balik…. Takkan tikus berlari sekuat itu. Masa tu buat tak peduli saja. (Tapi dalam hati....)

Makin lama makin ramai pula yang bercerita kat area Canselori ni “keras”. Ada yang terlanggar makhluk budak kat bawah meja la, ada yang terserempak "benda" rambut panjang dan macam-macam lagi la. Sehingga pada suatu malam, saya bersendirian tengah buat kerja. Masa tu tak ingat jam berapa tapi rasanya dekat-dekat jam 8.

Saya dengar bunyi orang nak buka pintu kaca utama tu. Ingatkan kawan saya yang datang tapi tengok-tengok tak ada apa pula. Lepas tu bunyi tu berpindah ke bilik setiausaha pula. Saya okay lagi….. sehinggakan saya terdengar bunyi tapak kaki orang tengah berjalan di atas karpet. Agak seram tapi saya buat tak peduli sangat. Tapi last-last tu saya blah juga sebab rasa lain macam.

Ntah betul atau hanya imaginasi saya.... saya pun tak tau. Apa-apa pun, percaya kepada Allah S.W.T

2 ulasan:

Terima kasih!